Sunday, September 27, 2009

takde mende pun

Whoa~ agak 1 bulan lebih aku dah x update mende alah ni. Alah tapi bukannya penting pun update blog ni sebab takde sape pun yg mengharap blog ni di-update-kan.

So, amende yang nak dirapukan kat posting ni ek. Hmm... Oh ye, ada berita sedih buat para Shin-chan maniac yakni telah kehilangan manga-ka yg mempunyai idea sungguh brilliant menyebabkan manga famous yg dikaryakan oleh nya, Crayon Shin-chan menjadi sungguh popular di pelusuk dunia. Beliau dah pun masuk ke dunia kubur. Berdasarkan berita kematian yg ku baca kat 1 blog ni, mula2 sebelum beliau mati, beliau telah pergi ke gunung kat daerah Gunma. Pastu hilang, then brape hari pastu polis jumpa mayatnya berdekatan dgn cliff mountain tu. Huhu, pasni dah takde lagilah manga Shin-chan (TT_TT) Dahle aku pun salah sorang peminat manganime Shin-chan gak. Tapi nak wat camne an ajal beliau dah tiba.
Itulah, ajal ni memang kita sukar menjangkakan bila kerana ianya datang tanpa diduga. So, buat para umat Islam kena sentiasa beringat-ingat pasal kematian. Cukupkanlah amalan pahala anda sebelum anda dicabutkan nyawa.

Tu sekadar posting tempelan berita ringkas yg tak brape penting pun.

Semua orang suka cuti an. Bila cuti muncul je "YAAAAYYYY~!!!" \(^O^)/ Aku pun suka giler hari cuti ni sebab masa nilah kita merilekskan otak drpd bekerja keras. Pastu bleh buat aktiviti2 yg dilarang buat semasa musim exam. Tapi tulah, ada masanya cuti ni pun bleh jadi membosankan. Cuti membosankan bila kita asyik buat aktiviti yg sama berulang kali, duduk kat rumah je, dan takde aktiviti yg menarik lagi dah nak dibuat. Itulah dipanggil cuti membosankan.

Ada pe lagi nak dirapukan? Hmm, takde dah kot. Blah dulu ah. Adios