Friday, April 30, 2010

Status telah diketahui akhirnya

Berehat sebentar bersama bloggy xD [tengah study Philosophy of Science & Muslim Technorat sebenarnya]

Akhirnya dapat juga tahu rahsia peribadi seseorang ni yang telah lama di-private-kan. Beliau akhirnya telah beritahu di publice mengenai isu ini.

Seperti yang kita, ku sedia maklum, GACKT ialah seorang duda. Perkara ni memang dah tau lama. Tapi rupa2nya beliau memang dah lama sangat menduda. Ini kerana beliau telah pun mendirikan rumahtangga pada usia yang sungguh muda! (O__O) Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun [pergh~ dahsyat gila! Sedangkan aku yang sekarang ni umur tersebut pun belum ada calon sesiapa lagi -_-]

Kenapa ek begitu awal GACKT mendirikan rumahtangga? Mungkin sebab ikut keputusan parents beliau kot. Parents beliau yang jodohkan mereka berdua kot. Yelah, GACKT ni seorang anak yang taat terutama pada ayahnya. Buktinya, masa kecil beliau sudah bermain piano (masa umur 3 tahun) & tak dibenarkan tengok rancangan tv selain daripada rancangan yang berunsurkan education. Semua ni ayah beliau yang suruh. [agak kesian kehidupan GACKT sewaktu kecil :( Kehidupannya tak macam kehidupan biasa kanak2]

GACKT waktu kecil [zettai kawaii~~~ (^w^)]

Kemudian, beliau mula menduda sejak masuk band MALICE MIZER [kalau tak silaplah sebab masa tu pun tengok gaya beliau time tu kelihatan seorang yang bukan sedang berumahtangga]. Tapi GACKT tak beritaulah siapa isteri dia tu (T^T)

Di bawah ni adalah petikan mengenai isu GACKT dedahkan status sebenar beliau :

During the discussion Nishikawa came up with the question, whether there was the wish to get married among them, to which GACKT revealed, that he had been married once when he was 20.

"At that time, I was young and I did not understand her properly either. However, I still don't think is had been a mistake. I think it was good to have met like that, because she was there, I am who I am today" GACKT said about his marriage.

And as if Nishikawa had been told not to talk about marriage since his first wife, he did not touch the issue personally. However, he did seem to be grateful to have met her, as well.

Tuesday, April 27, 2010

Cerita di Kg. Pandan & Metro Kajang

Huh, hari ni 1 hari suntuk keluar berjalan. Mana tak nye keluar pagi sampaile ke petang, dari Kuala Lumpur-Kajang-Bangi. Bukan pergi KL pun sebenarnya, pergi Institut Profesional Baitulmal (IPB) je. Saje nak melawat kawan2 lama di situ. Pendek kata mengubat rindu lah katakan xD First time tu datang IPB dengan pandu sendiri tapi bertemankan kawan2 sekolah ah. Kalau tak, tak berani de nak bawa jauh2 ni dengan solo. Tadi pun dah sesat sikit masa tengah mencari jalan ke sana. Siap sempat tengok peta di google lagi sebelum bertolak. Akhirnya terubat juga rindu pada member2 IPB. Huhu~ Hampir sejam lebih kot lepak dekat sana dan lepak di bilik member2. Pergh, memang rindu habis ah dengan biliknya, cafenya, suasananya, CC yang ownernya suka sangat mainkan lagu2 L'Arc~En~Ciel, suraunya, lifnya, dan suasananya. Adalah juga beberapa kenangan ku menjalani kehidupan di sana even sebulan. Tapi an yang tak syoknya an, haih~ (-,-) 'orang' yang ku minat time berada di IPB ni dulu dapat terserempak kejap je tu pun dapat sempat tengok belakang dia jelah. Lagi tak boleh blah time tu dia tengah jalan dengan aweknya yang free hair~ [hak2, sempat selitkan kegatalan sikit dalam entry ni xp]

Next chapter. Tadi cerita terubat rindu di IPB. Sekarang lak mau kongsi pasal "Sony Handycam DCR-SX63E"!! (^o^) Akhirnya ku dah beli jua~ [haish, masuk ni dah kali ke berapa ku korbankan PSP TT_TT] Penat tu beb mengumpul duit seribu dalam bank semata-mata nak beli handycam ni. Mungkin bagi orang lain akan mengata tentang aku beli handycam ni. Membazirlah, baik guna camera digital je untuk rakam lah, dan macam2 lagi ayat2 yang membawa unsur2 negatif. BUT! I don't CARE those! This's my choice, decision, and money. So, suka hati aku lah nak buat apa. Peduli apa dengan orang kata. Jangan biarkan hidup anda diselebungi dengan kata2 yang melemahkan semangat anda & membuatkan anda tidak tetap pendirian. Aku dah mula beware on this lepas dah kena kaunseling yang sungguh berkesan buat diriku oleh sorang member ni (^^)

Siapa kata takde faedah & gunanya? Tengok, sekarang sudah pun ada 1 projek (contest tu) yang memerlukan handycam ni sebagai salah satu pelengkap projek, selain bertujuan untuk merakam kenangan2 terindah bersama member2 rapat di Port Dickson nanti (^_^)

Oh ye, orang Cina yang menjual handycam ni sungguh mesra alam dan baik hati (^_^) even tak dapat nak offer less lagi. Dia siap tunjuk semua2 termasuk sanggup buka tripod stand sampai habis, dan free2 jadi ahli membership di kedai tu. Yelah, biasa an setengah penjual malas nak buka semua terutama tripod stand ni (>,>) Harga asal dalam RM14++ tapi ada less turun banyak gila beb~ RM1250! Try minta kurang lagi dengan bodek student price tapi dia tak bagi (T^T) So, dia gantikan dengan protector LCD screen percuma! Biasanya mende tu kena bayar tau. Tapi yang agak kelakarnya dia ni, suka gelak sendiri (=_=") Kitorang rasa tak kelakar pun, tapi nak tak nak aku pun tak pasal2 gelaklah gak, gelak tak ikhlas xD [kejam gila]. Oh, tapi ada 1 part lawak [bagiku jelah]. Ku tanya lah an boleh ambil duit dari akaun bank tak, dia kata boleh, then masa pergi buat dekat mesin yang kutip duit dari akaun bank tu, dia siap cakap lagi "ha, tengok. Dengan cara ini pun sudah boleh ambil" *dia cakap style loghat Cina pelat melayu beserta sengih* Haha, lawak2. Alhamdulillah ah, aku menghadap penjual yang mesra alam ni kalau nak dibandingkan dengan yang lagi satu tu, tengok rupa pun dah tau tak mesra alam langsung. Masa, mula2 masuk kedai tu, laki Cina yang tak mesra alam tu layan dulu, kemudian tah camne tetiba lak, laki Cina tu yang ambil alih dan layan daku.

Itulah cerita peristiwa2 yang berlaku di 2 tempat.

This is it, my beloved handycam X3 (2nd valuable & beloved thing after PS2) :


untuk mengetahui specs mengenai Sony Handycam DCR-SX63E silalah ke laman sesawang -> http://www.sony.com.my/product/dcr-sx63e

Sunday, April 25, 2010

Misi berjaya! Yossha! (^o^)o

Misi apakah itu? 'Misi tak mustahil' lakonan Tom Cruise xD

Hak2, main je xD Misi untuk membuatkan koro-neechan kembali ke dunia melukis (^u^)
Lebih kurang setahun 1/2 dak dah lama tak melukis? Ntohle, tapi yang pasti sejak dah kahwin ah [kan?] Dah berapa kali dah suruh dia kembali ke arena melukis melainkan dengan 1 syarat ni yang akan membuatkan semangat melukisnya kembali muncul, yakni, kena ada 1 set alatan melukis. So, pe lagi ku pun hadiahkanlah 1 set alatan melukis beserta buku dan fail sempena hadiah birthdaynya. Then, koro-neechan pun dah kembali semula ke dunia melukis [yaayy! dapat tengok semula lukisan2 dari dia dan boleh buat quest dgn banyak *sinaran di hujung mata*]

Pergh, tahun ni baru dapat artwork quest yang diminta sekian begitu lama, yakni, quest pasal Cloud into jrock fashion. Sankkyu koro-neechan! (^^)

Cloudyjrock xD


Cuba teka siapakah kelibat 2 orang di atas ini? xD



Itulah dia antara lukisan2 yang dilukis lepas koro-neechan dah kembali ke dunia melukis (^_^)

Innovation contest

Ingat lagi tak yang entry post sebelum ni ada sebut tentang diriku jadi wakil untuk course DIT (Diploma Information Technology) masuk satu contest ni? [Sure tak ingat punya -_-"] Ha, ni ku mau beritau apakah contest itu.

Yakni "Innovation & Creatif" contest. Tau tak FessTis tu pe? FessTis tu adalah Festival Sains Teknologi Inovasi Selangor. Deranglah yang menganjurkan program dan pertandingan ni. Selain buat pertandingan, derang ada buat program "Anugerah Inovasi Cemerlang Negeri Selangor". Antara pertandingan2 yang diadakan ialah rekacipta inovatif (2 kategori -> penciptaan kegunaan industri atau penciptaan kegunaan awam), animax (buat animasi yang inovatif), short documentary (temanya 'I Love Selangor'), dan fotografi. Hmm~ taktau nak masuk yang mana 1. Tapi antara semua2 tu duit yang paling masyuk dapat yang rekacipta inovatif tulah. 1st place RM8000, 2nd place RM5000, 3rd place RM3000~~~*mata bersinar-sinar*

Ni mau tunjuk brochure yang dapat :



untuk maklumat lanjut sila ke http://www.fesstis.com

Saturday, April 24, 2010

Showoff

Heh, bukan mau showoff yang berlagak tu le tapi mau saje je nak tunjuk 2 benda yang menarik bagiku untuk membelinya [bagi orang lain sudah semestinya taklah]. Tapi sebenarnya takdelah menarik sangat sebab benda2 ni benda yang biasa je pun (-_-)


Nilah dia replika gitar Reita~ xD Takdelah, saje je tu. Sape percaya memanglah (-_-") Reita an guna bass mana de guna gitar. Tapi rupa gitar ni seakan-akan macam bass Reita punya. Tak percaya pergi tengok sendiri dekat mana2 gambar Reita bersama bass nya atau dalam live show. Gitar hiasan ni dibeli di airport Medan, Indonesia [orang patutnya beli kraftangan Indonesia dekat airport (-_-")]




Ha, 1-1nye alas kaki yang menarik pernah ku tengok. Yelah biasanya balik2 jumpa yang Pooh, Mickey, bunga2, corak2 abstrak. Ni alas kaki DRAGON BALL tu beb! Dan gak guna Vegeta (my most fav character of DB) & Gohan sebagai model alas kaki ni. 1-1nye alas kaki yang guna gambar anime pernah ku jumpa [kesian gila~]. Sampai sekarang map ni masih bersih dan tiada kehitaman daki2. Maklumlah, sayang nak gunakannya sebagai alas kaki. So, ku simpan dalam bilik je jadikannya sebagai barang perhiasan bukannya jadikannya sebagai alas kaki. Beli kat GIANT, Nilai, dan guna duit mak xp pasal masa tu tengah shopping dengan mak dekat sana (^^)




Eh? Kata 2 je mau tayang? O_o
Ha~ Memangle 2 je BENDA yang mau tayang. Yang dekat atas tu bukannya BENDA tapi GAMBAR. Saje je mau tayang current desktop yang tengah guna sekarang xD
Siapakah gerangan lelaki itu? Lelaki itu adalah REITA! (^u^) merupakan bassist of the GazettE.

Friday, April 23, 2010

I HATE BUSINESS!!!! (>.<) BUT I LUV MONEY~ X3

Aih, tengah serabut2 buat laporan mengenai 'business plan' pun sempat lagi singgah sini kejap an xp Yelah, hanya sini je tempat yang paling sesuai untuk releasekan tension + keserabutan [Release ke? Ntohle].

Berdasarkan tajuk entry kali ni dengan kesemuanya menggunakan uppercase, di sini, mahu memberitahu mengapa begitu benci pada business. No wonder I run off from this course in 2 years ago. Why? Because.........segala perkara di dalam business modules ni memang sukar nak difahami. Bukan takat sukar tapi takleh. Agaknya sebab dari awal ku dah tanamkannya sebegitu kot [Yeke?]. Sekarang nak ubah untuk minat balik pun bukan dah terlambat tapi memang tak boleh ubah. Nak tau mengapa? Meh sini ku ceritakan sedikit puncanya.

Dulu pada tahun 2008, ku dapatlah offer dari sebuah kolej under UITM nye (bukan UITM tau tapi hanya kolej under UITM je). Dalam tawaran tu, ku dapat course Business Study [tapi padahal masa mohon, ku mohon Comp Science tapi tak dapat. Ch' kuso! >.<]. Then, belajar sebulan dekat sana sebab nak tengok boleh catch up tak dan anggap mana tau 1 hari nanti boleh buka syarikat perniagaan sendiri. Tapi hanya sebulan jelah pun ku study bidang ni. Lepas tu, ku cabut lari dan ambil bidang yang diminati.

Ha see! Betapa menunjukkan dari situlah ku dah mula tak suka pada business ni. Tapi masa tu takdelah sampai tahap benci. Tahap benci ni mula wujud pada tahun ni, gara2 kena buat pasal 'business plan'. Kalau 'business idea' ['business idea' dan 'business plan' adalah 1 perkara yang berbeza] tu takpe lagi, aku masih boleh terima lagi dan tak serabut sangat. 'Business plan' ni ha yang betul2 telah menyerabutkan kepala otak aku dan membuatkan ku jadi benci yang amat pada business. Grr~

Haih~ *keluh* Agaknya inilah padahnya lari dari bidang business kot masa dulu. Ingatkan dah lari tu, dah takkan jumpa lagi dah dengan subjek business ni. Sekali jumpa daa~~~ (=_=) Tapi bukan belajar 'Business Studies', belajar 'Entrepreneurship in IT'. Subjek ni ah paling toughest yang pernah ku rasa dalam course IT ni. Kalah subjek programming dan object-oriented programming tu beb! Haih~ (-,-)

Tengok, tak pasal2 aku dah buat post entry pada subuh waktu ni (Sila lihat pada waktu posting ni dibuat).

Wednesday, April 21, 2010

Even funny but still the cutest is maintain

Nak tau siapakah dia orangnya? Beliau adalah.....JENSEN ACKLES! X3 Ok, mungkin ramai yang tak berapa kenal kalau melalui nama sebenar. So, Jensen ni lebih disinonimkan dengan watak Dean Winchester! Bila sebut je Dean barulah orang kenal siapa itu Jensen. Sampaikan Jensen sendiri dah terbawa-bawa watak Dean dalam dirinya sendiri. Tak percaya tengok Cut Scene Supernatural bagi episod "Yellow Fever" (SN season 4).



Dah tengokkan? [Kalau tengokle -_-] Tu Jensen sendiri yang buat. Maksudnya, time tu beliau bukan buat sebagai Dean tapi sebagai dirinya sendiri (^^)
Tengok Jensen beria benar buat lips sync membuatkan beliau lagi bertambah comel plak X3

Video bawah ni lak, adegan2 lawak dalam cerita Supernatural. Betapa hebatnya pengarah cerita ni sebab membuat drama bersiri yang berunsurkan horror/action/comedy.

Tuesday, April 20, 2010

Alhamdulillah, rezeki murah ^_^

Syukurlah Alhamdulillah yang amat. Pada 19/4/2010, telah terima rezeki yang sangat murah. What's it? Dapat jadi wakil Diploma Multimedia untuk pertandingan reka cipta. Bukan reka cipta macam engineers buat tu tau yang macam robot tu semua, tapi ni reka cipta yang berkaitan dengan multimedia. Wow! Memang tidak sangka gila beb~ Shock pun ada gak. Yelah, dalam banyak2 student2 Multimedia, student sem 4 (naik sem depan derang sem 5 dah) majority ramai yang kreatif2 dan pakar menggunakan software2 terutama software Adobe Flash. So, kenapa lecturer2 mulimedia ni tak pilih derang2????????? (O,O) Sedangkan ku ni Adobe Flash & Photoshop pun masih terkial-kial dan peringkat novice lagi. Why? Limaza? Doushite? Kenapa & mengapa???? Nak kata sebab derang nanti dah naik sem 5 tapi kenapa yang wakil dari Diploma Sains Komputer ada je student2 yang sem 4 masuk. Nanti derang pun naik sem 5 gak. Hmmmm~ Ada kemusykilan yang tinggi di situ dan persoalan yang tak dapat jawapan sampai sekarang.

By the way, bukan ku sorang je yang jadi wakil, 3 orang termasuklah daku. Walaupun masih ada kemusykilan yang tinggi ku tetap bersyukur yang amatlah dan sankkyu ne lecturers bagi diriku terpilih dalam perwakilan pertandingan tu (^^)
Tapi tak sure lagi masuk ke tak sebab kena ikut gak kata putus daripada 2 orang lagi tu.

Thursday, April 15, 2010

Again! Yosha!

SAL~!! (tukar panggilan nama sebab cam tak syok lak rasa panggil ko Ina). Lagi sekali buat kali ke2 aku dapat kepujian dari lecturer mengenai presentation aku~!!! *muka bahagia + gembira* Kali ni present pasal 'business idea' lak.

Hoho, ingat lagi kali pertama dipuji oleh lecturer semasa sem1 dulu. Waaah, memang masa tu rasa bahagia & gembira yang amat hingga tak terkata. Masa tu presentation apa ek, oh ni, 'storyboard'. Buat cerita pasal "Becoz of U, SMS". Idea ni bkn milik aku, tapi aku telah buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Apa dia? Ha! Aku tambah sedikit sesuatu yang tak dijangkakan orang lain include lecturer. Yakni, storyboard tu, eh tak, cerita tu aku jadikan dalam bentuk video. Alah tapi video yang sungguh simple je. Guna movie maker je. Bukannya video yang canggih-manggih guna flash/adobe premier pro tu. Ni semata-mata takmo kasi presentation jadi hambar. Itulah sebabnya aku tambah buat video daripada storyboard tu. Tu memang 1st timelah aku dipuji oleh tenaga pengajar. Masa sekolah dulu mana ada dowh~ Ingat lagi ayat2 lecturer tu sampai sekarang, salah 1 nya adalah, "You've much effort doing on this" "Sehingga saya pun tak sangka yang kamu akan buat lebih daripada apa yang saya harapkan" (^_^)

Tu cerita sewaktu sem1. Ni lak, yang terkini. Hmm, dah 2 setengah sem gak lah aku tidak merasa mende ni hinggalah hari ni dapat merasanya balik. Kenapa? Sem2 takde presentation yang menarik untuk dibuat lebih, dan sem3 lak.... ada masalah teknikal.

Ha! Business idea ni pergh~ boleh tahan payah gak nak buat. Ambil masa dalam 2 minggu kot baru idea yang bernas kuar. Yolah, encik nak bisnes yang berkaitan dengan IT environment. Mula2, plan nak buat jualan online. Ni member yang bagi cadangan. Pastu aku cadangkanlah jual burger sebab tak pernah dibuat orang lagi jual burger melalui online. Tapi aku tak ambil serius sangat dengan plan ni sebab dalam kepala otak ni masih mencari-cari idea yang betul2 buat aku rasa puas dan serius dengannya. Yelah, barulah ada semangat nak buat an. So, bila hari pertama presentation tu [kitorang nya group tak buat 1 hapak pun lagi xD], adalah sesetengah yang dah present. Tapi mostly tengok macam tak memuaskan puan ah (gantikan en. Halim yang tak dapat datang). So, puan pun bagilah contoh sikit macam mana bisnes idea ni. Then dari situlah, terpetiknya idea dari otak aku ni.

Apakah bisnes idea yang ku buat? Hehe *grinned* Syarikat ku yang bernama 'IMPERIALISME CORP.' mengeluarkan produk2 -> game, digital comic, kartun animasi, movie in CGI mode, original soundtrack, dan merchandises. These products based on our project -> "FINAL CONQUER". Bunyi cam cilok daripada syarikat SQUARE ENIX nye idea je an. Ya, I'm admit it but I change its theme. Yang derang lebihkan kepada dunia2 fantasy an, tapi aku nya ni lebihkan kepada dunia sebenar yakni dunia sejarah Tanah Melayu & Islam.

So, tadi bila dah habis present nya, encik cakap bagus dan siap bagi cadangan lagi. Beliau kata, jangan buat projek ni semata-mata untuk bisnes idea ni je. Lagi satu, projek aku ni boleh dijadikan untuk final project masa sem second last nanti. Dan lagi cadangan beliau, beliau cadangkan kalau boleh teruskanlah ke masa hadapan sebab mana tau 1 hari nanti idea ni dapat digunakan dalam industri multimedia ke dan menjadi graduan pertama yang membuat movie animasi Malaysia dalam bentuk CGI. WOW! Absolutely that's MY DREAM! Encik macam tau2 je ek. Hehe xD

Anyway, memang sebahagian idea ni aku amik dari impian aku sendiri. Tapi impian ni sebelum encik bagi cadangan sebegitu, aku hanyalah menganggap impian semata-mata sebab tau mesti tak tercapainya. Yelah, aku mana pakar sangat pun guna software2 yang hebat2 ni. Sedangkan adobe photoshop & flash pun masih terkial-kial. Tapi setelah dengar encik kata camtu, impian aku tadi tu nak diambil seriuslah. Insya Allah, akan ku cuba kecapinya. Em!

By the way, sankkyu bebanyak lagi sekali ah atas pertolongan dari sorang member aku ni. Dah 2 kali dia tolong sumbangkan lukisan dia dalam presentation aku. Dan 2-2 tu lak mendapat kepujian & kepuasan dari lecturer. Hikmah ko tolong aku wey. Haha. Adeh, dah hutang budi ah pulak dengan ko. Aku belanja ko makanlah eh. Even ko tolak pun aku tetap belanja gak. Tak kira. Kalau tak nanti hutang2 aku tak dibalas sebelum mati. Takmo ah.

Wednesday, April 07, 2010

nak tengok org handsomest tak? xD

Here he is......

TADA~!!!

GACKT CAMUI wa hontou ni kawaii to kakkoi desu! X3


The both pictures are same guy. This guy makes me totally melting each time I looking his piccies (^w^) But these 2 piccies are totally much3 melting me and fall in love more with HIM! X333333