Wednesday, March 30, 2011

adaptasi artwork lama

artwork lama yang hanya lukis di sehelai kertas A4 :

lihatlah PENUH KECACATAN di lukisan ini~ dan yang PALING KETARA adalah di bahagian JERSI~~~


Kemudian, lukisan itu tadi telah bertukar, HENSHIN!!!

kono otoka wa dare ka???? xD
(who is this guy?)

guess who is this
lalala~ ( -3-)~~~


it took around 2 or 3 hour to finish it all (including BG), started drawing around at 1 and above am

[psst~ it REALL REALLY REALLY DIFFICULT to sketch his back spiky-hair (X_X)]


// the background & the logo is belonging to SQUARE ENIX & FF7 \\

Thursday, March 24, 2011

Sejarah konsol.......

- do not own this picture / drawing-

Am I a gamer? Yeah of course! Absolutely I'm a gamer. Masakan tidak aku mempunyai 3 konsol permainan video [maklumle ni je yang mampu aku beli untuk dimiliki (=A=)] kalau aku bukannya kaki game. Konsol permainan video yang pertama aku main adalah Micro Genius. Sesiapa yang sudah mula hidup daripada zaman 90-an sudah tentu pernah dengar konsol ni dan pernah jumpanya. Masa zaman tu (90-an) kira Micro Genius ni paling HANGAT a. Tapi konsol ni bukan aku punya, abang aku yang punya. Bagi mereka yang tidak tahu macam mana Micro Genius tu, ia sejenis konsol permainan video yang menggunakan tape ala-ala macam kaset tu. Ingat lagi, game yang selalu dimainkannya ketika itu adalah Contra, Super Mario, Rockman, dan Megaman. Tapi paling kerap main adalah game Contra.

Seterusnya konsol permainan video yang ke-2 pula, adalah Game Boy Color (GBC). Yang ni lak kakak aku yang punya. Game yang aku selalu main dekat GBC ni Pokemon, Donkey Kong, dan Super Mario. Paling kerap main game Pokemon a. Sekarang GBC dah tak boleh main sebab dah rosak (TAT)

Yang ke-3 lak, ha! Masa nilah bermulanya kehidupan bersama dengan Play Station (PS). PS1, sememangnya konsol permainan video yang paling paling paling HANGAT lah ketika awal kemunculan PS ni. Bagi seorang gamer kira macam kurang lengkap kehidupannya tanpa miliki PS1 tu. Begitu jugalah dengan kami berdua. Ha, yang ni 1st aku dapat merasa miliki konsol sendiri dengan duit sendiri. Tapi tak dapat miliki sepenuhnya sebab berkongsi duit dengan kakak. Kitorang masing-masing menggunakan duit raya dan ada sebahagiannya duit RM1 yang begitu banyak sampai menjadi RM100 kalau tak silap yang telah lama dikumpulkan oleh kakak.

Kemudian, yang ke-4, akhirnya... aku miliki SEPENUHNYA jua~~~ PS2 is only my own belonging!! No share with anybody anymore! Tapi tu pun aku dapatnya setelah aku tamat zaman persekolahan. Tak silap aku masa umur 19 tahun kot baru aku dapat miliki ni. Haih, impian nak milikinya sejak sekolah tapi dapatnya 2 tahun lepas dah tamat sekolah. Takpelah janji dapat. Maklumle aku beli PS2 ni without MAS (Mak Ayah Support). Jadi, tu yang lambat milikinya. Tak macam kanak-kanak atau remaja-remaja zaman sekarang ni, yang mana senang saja nak dapatkan konsol permainan video yang terkini. Even handphone yang canggih-manggih pun boleh dapatkannya dengan sekadar permintaan mereka ini (-,-)

Ok sekarang yang paling TERKINI konsol permainan video aku miliki SEPENUHNYA juga, adalah PSP~ Bulan 9 sehari sebelum raya tahun lepas belinya. PSP ni pun lebih kurang sama juga situasinya dengan PS2. Mengidamkannya sejak tingkatan 2 ke 3 macam tu, kemudian umur 20 tahun baru dapat milikinya. Tengoklah betapa lamanya aku mengidam PSP & PS2. Ni PS3 dah keluar pula, ntah berapa tahun yang akan datang lagi baru aku dapat milikinya. Ntah umur aku yang ke berapa tah barule aku dapat miliki PS3 pula. Haih~ (-,-)

Begitulah kisah sejarah konsol permaianan video dalam kehidupan ku....


Di bawah ini pula antara games yang telah aku berjaya habiskannya :

THE GODFATHER (PS2)


BULLY (PS2)


DRAGON BALL Z SPARKING METEOR - Story Mode (PS2)


FINAL FANTASY VII (PS1)


FINAL FANTASY VII DIRGE OF CERBERUS (PS2)


FINAL FANTASY VII CRISIS CORE(PSP)

FF7 Crisis Core ni aku dah mainnya 3 kali. 2 normal mode 1 hard mode. Kali pertama main game ni di PSP kakak. Kemudian, dah habiskan normal mode, cuba pula main yang hard mode. Tapi tak habis main sebab nak main Crisis Core di PSP sendiri pula. Tapi kena bermula semulalah main yang normal mode punya sebab baru mula main di PSP sendiri an. Hard mode takkan muncul selagi tak habis main yang normal mode punya

Wednesday, March 23, 2011

mood : Dissidia =D

Sungguh bagus cuti kan. Macam-macam boleh buat, malah boleh buat apa-apa sahaja yang kita nak. Sudah menjadi lumrah kita akan merancang sesuatu perkara best yang nak dibuat waktu cuti nanti. Dan aku pun ada buatnya tapi akhir sekali takde 1 pun yang aku ikutinya xD Mengapa? Sebab aku hanya merancangnya dalam otak saja~~~ xD

1st plan dulu adalah nak KERJA. Tapi sampai dah masuk hujung bulan 3 aku masih menganggur (=_=) Dulu ada dapat tapi sudah berhentinya sebab.... TAKMO! Jadi, di waktu cuti sem ini aku hanya luangkan masa BERSAMA MARIMO KENSHI ku~~~!

Marimo Kenshi


Tiap-tiap hari tak kira waktu aku asyik berdating dgn Marimo Kenshi je. Aaa, disebabkan ini juga aku telah sedar yang SEMEMANGNYA aku sudah berlaku CURANG HABIS DENGAN PS2~~~ Hee xD [Habis madu sepah dibuang betul (* ̄. ̄)]



Ok, dulu2 tengah hangat layan game "Split Second". Lepas dapat tau ada game "Taiko no Tatsujin" (terima kasih Gaku-chan kerana telah memperkenalkan game tersebut =D) aku terus downloadnya, lepas tu melayan game tersebut pula.

Sekarang pula, bermulanya Ahad lepas baru ni sampailah sekarang, aku kembali melayan "Final Fantasy Dissidia". Tak tahu macam mana tetiba saja boleh nak melayan kembali game ni. Mungkin mood nak main Dissidia datang semula kot. Lebih-lebih lagi, dengan tambah mood & semangat nak naikkan level Cloud-kun hingga ke 100! Dan kini aku telah berjaya menaikkan level Cloud-kun ke 100!

Ok, and now this is my reviews or should I say is opinions of the characters in Dissidia. Cloud-kun is the BEST among other characters in Dissidia! Not because of I lik- love him, it's because of his battle techniques are really really really AMAZING & AWESOME among others!!! That's make me have been accustomed to use his. Furthermore, when I wanna use Squall (because he's the next to raise up the level) I feel like a 'kekok'. Doushite? Ini kerana aku sudah terbiasa menggunakan Cloud-kun beserta skills beliau.

Dalam banyak-banyak teknik lawan Cloud-kun aku paling suka tengok 'Omnislash' (Limit Break), 'Omnislash ver.5', 'Rising Fang', & 'Finishing Touch'.

Dalam banyak-banyak karakter yang aku lawan juga, hanya Squall saja yang aku dapat tewaskannya HANYA SEKALI saja. Ntoh apsal aku pun tak tau kenapa. Dan paling aku tak suka lawan ialah Kuja, the Emperor, Warrior of The Light, & Terra.

Bila Cloud-kun tu dah level 100, aku cubalah lawan Sephiroth dan jadikan dia sama taraf level dengan Cloud-kun juga, yakni 100. Pergh~~~!!!! Bukan main payah & susah gilababas douh~~~ (X_X) Berkali-kali jugalah aku lawan si Sephy tu. Lebih 10 kali rasanya. Dan dengan itu juga, aku telah dapat 1 idea & strategy nak tewaskan Sephy yang level 100 tu. Yakni, lawan Sephiroth dengan menggunakan teknik 'Omnislash ver.5' banyak kali pada Sephiroth supaya dia takde peluang langsung nak serang Cloud-kun. Huahaha~!! ( ´∀`)


Di bawah ini, adalah beberapa kepingan gambar rupa game Dissidia tu :

(1)


(2)


(3)


(4)


(5)



Currently listening "Dissidia duoedecim (Dissidia012)" theme song through its website. And also is waiting for "Dissidia duoedecim (Dissidia012)" release in Malaysia. Then I wanna buy it the original one (⌒▽⌒)

Wednesday, March 16, 2011

akhirnya beli buku yg dilihat pd kali pertama

Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin & muslimat (^_^) Yo (-o-)/ Sashiburi (sudah lama tidak jumpa). Ini akibat sudah lama tidak meng-update blog ini. Kerana apa? Kerana M-A-L-A-S xD Tambahan, asyik tiada mood je nak update blog [malasle tu~ (¬_¬)]

Permulaan 'entry post' yang sungguh merepek + membosankan (=_=) sebab tak tahu nak mula macam mana.

Alakulihal, 'entry post' kali ni berkisahkan sebuah buku. Ha, posting yang berfaedah pula e kali ni XD

I bought this book instead of Guitar Lesson book which is the main purpose book that I really want?! (O_O)


Pada Ahad lepas (13.3.11), telah pergi merewang di Mid Valley dengan 2 orang nakama. Pendek cerita, MPH yang paling BEST adalah MPH di Mid Valley. Kerana ianya AMATLAH BANYAK BUKU & ini memudahkan para pelanggan mudah untuk mencari & mendapatkan buku yang dikehendaki. Pendek kata MPH Mid Valley ni umpama perpustakaan a, "the mall library" XD
Tak macam MPH Alamanda (=.=) Tiap kali pergi situ tiap kali tu juga aku akan berasa kecewa yang amat kerana takde buku2 yang dikehendaki. Tapi bila pergi MPH Mid Valley, HUH! Rambang mata wa cakap sama lu beb~~~ Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Dahlah banyak buku yang BEST2 belaka. Tak hairan jugalah ramai manusia bertapak lelama siap ada yang duduk2 hanya untuk membaca dan menyelak-nyelak buku. Termasuklah daku...

Mula2 sekali, aku pergi di bahagian 'foreign language' then terus je cari Japanase language. Hee xD Maklumlah diriku ini sebenarnya dah terlalu obses dengan Jepun & segala yang berkaitan dengan Jepun. Sebab tulah krisis Jepun sekarang ni aku emo sangat2. Kesian gilababas wey pada Jepun & nasib rakyat2 mereka khususnya Gaku-chan & orang2 Jepun yang aku minat~!! (TOT)

Ok2, kembali pada topik. Dalam proses pencarian & penyelakan buku2 yang mana menarik perhatian ku untuk dimiliki, aku dah spot 1 buku bahasa Jepun ni, yakni "Read & Write Japanese Script". Tapi buku tersebut dibalut dengan plastik a pula. Kemudian, aku baru teringat, tujuan utama aku masuk MPH ni sebenarnya nak cari buku mengenai belajar gitar. Lepas tu aku pun batalkan jelah niat nak beli buku Jepun tadi tu memandangkan memang aku takde HARAPAN nak ke sana + BELAJAR di SANA (TAT)

Ok, aku dah spot 2 buku gitar yang cambest. Perbandingannya hanya pada harga & quality je. So, aku pun pilihlah buku gitar yang harganya RM39.90. Tapi HANYA PILIH dalam HATI saja, sebab nak pergi tengok buku2 lain pula. Kot2 kalau ada yang lagi menarik perhatian aku untuk dimiliki ke daripada buku gitar ni.

Ha, yang buku ke3 ni sememangnya MENEPATI CITARASA & KEHENDAK aku. Buku pasal 'bagaimana nak melukis stail MANGA'. Waaaaaaaah~~~~ (*O*) serius wey buku ni memang aku nak gilababas!!!! {{o(>.<)o}} Tapi malangnya..... DUIT TIDAK CUKUP~~~~~~~ (TAT) Buku tu mahal gilababas! RM89.90! Buku paling mahal antara 3 buku yang aku dah survey tadi. Aaaaaaaaaargh!!! absolutely I'm frustrated with it (=A=) Then, aku tengok salah sorang daripada 2 orang nakama tadi beli buku bahasa Korea, aku pun telah berjangkit dengannya. Akhir sekali aku beli jua buku kali pertama aku tengok & survey tu walaupun aku TAK BERPELUANG LANGSUNG NAK KE JEPUN & BELAJAR DI JEPUN. Untuk sedapkan hati, aku pun berfikir apa salahnya beli buku ni walaupun memang tak dapat nak belajar atau pergi ke sana.... Sekurang-kurang boleh menambahkan ilmu bahasa. Kan(3x)

Memang tak rugi aku beli buku ni. Dahlah bermanfaat, tambah ilmu, malah kualiti isi dalamnya memang berpatutan & berbaloi. Senang nak belajar. Lagi 1 sebab adalah aku nak menyokong & menolong JEPUN. Maklumlah tak mampu nak buat donation duit ke mana2 Japan funds, jadi membantu mereka dengan cara ini jelah, yakni membeli barangan mereka (^_^)

Pray for JAPAN!!!



Please, be humanity, please. Japan now was suffer disaster. We, who are free from this suffered, lets help them. It doesn't matter we are different from RELIGION, RACE, and REGION, as the earth residents let just cooperate give the support to them and also help them. It doesn't matter what kind of the ways to help, just help as long as you capable. I'm also participate in try to give support and help to them as my way. So, last but not least, for Japan, I'm as the Muslim and all the Muslims over the world also with you (^_^) May Allah Subhanahu wa Taala (S.W.T) protect all of you. Muslims & Non-Muslims, men & women, old & young, let help them together. Stay safe guys & our prayers are with you (^_^) Amiin...

Here below, a little bit help from me to spread the message for support and help Japan. If now I'm a worker I would donate to them but unfortunate I'm not an adult enough yet (=A=) I wish I could help more to you guys (Japan & its people)






p/s:
I just put the lyric together with the song and pic, and also add some pictures. I do not own all these in this video.

PRAY FOR JAPAN!!!

the original video : - http://www.youtube.com/watch?v=8QvYdG18jJM

credit to :
* cellar-fcp : http://fav.me/d3bm833
* GACKT aka Gaku-chan : http://static.hangame.co.jp/hangame/extra/showyourheart/index.html
* Inoue-sensei : http://twitpic.com/photos/inouetake
* Yoko Kanno : http://www.jpopasia.com/news/yoko-kannos-message-song-to-japan::5466.html
* I Love Quran =) : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150126263827258&set=a.334618252257.153357.254139412257&ref=nf
* the GazettE - PEOPLE ERROR



I had used this picture as my wallpaper since that a few days after the incident until now. I wanna use this picture as long as Japan have fully recovered and back to normal. This shows that I'm also was sad and feel sympathize and support with Japan and its people (u_u)