Kenapa dipanggil 3in1? Sebab :
(1) Bilik tidur - faham2 sendirilah bilik tidur ni an
(2) Ofis - merupakan tempat aku membuat kerja dan study [study ke~]
(3) Stor - ia akan jadi sebuah stor apabila bersepah xD
So, itulah dia "BILIK 3in1"!!!
Hari Isnin baru ni ntah kenapa tetiba
mood MENGEMAS BILIK muncul tiba2. Mungkin selepas baca blog Didi kot. Hmm *fikir* Ya, sememangnya mood itu muncul lepas baca blog Didi.
"Waaaaaaaaah~ banyak gila habuk..!" itulah perkataan yang disebut ketika baru nak mulakan operasi mengemas. Sudah beberapa tuuttt *rahsia* rupanya tak mengemas bilik sendiri xp
Ok Di, ko mau tengok sangat an rupa bilik ku macam mana. Bilik ko dengan aku memanglah nyata amat sangat berbeza baik dari segi tema mahupun rupa. Walaupun tuannya ini seorang yang macho tapi biliknya tidaklah macho seperti apa yg ko sangakakan. Macam kebudak-budakkan malah sempoi adalah aku tengok. Tapi aku peduli apa!
Ok, bermulalah operasi TERJAH-MENERJAH~! *berlatarbelakangkan lagu "Terjah" - Melodi*
Mestilah mula terjah dengan pintu masuk dulu an. Ok, sebelum aku terangkan pasal nombor, aku nak sedia maklumkan dulu bahawa pintu2 di rumah ku ini kesemuanya ada nombor dan mengikut urutan. Tapi hanya bilik ku saje tidak ikut urutan nombor sebab, mestilah mau bilik sendiri menggunakan nombor kegemaran an. Jadi itulah sebabnya mengapa ada no.7 di pintu tersebut. Oh, nampak
plushie Cloud comel terpampang di situ~ xD
TADAAA~! Inilah rupa disebalik pintu. Heh. TV tu
HANYA BERFUNGSI apabila :
1) aku bermain PS
2) tengok anime Shin-chan yang selalu disiarkan pada hari Sabtu pukul 7pm di channel Ntv7
Karpet Dragonball tu
edisi terhad woo~ pasal susah mau carinya. Alhamdulillah, secara kebetulan pula jumpanya di Giant Nilai. Dahle LAST STOCK. Oh, nampak tak rak buku tu? Takmo explain sekarang. Nak explain time dah close-up kan nanti.
Hehe, ada gitar beb dekat belakang tong sampah tu. Tapi gitar untuk main "
Guitar Hero /
Rockband" jelah. Aku suka gilababas dowh 2 games ni! (>w<)
Yeah~ Ini adalah karmaku. Sempoi je dowh. Dan mereka berempat itu adalah teman2 sepenidur ku xD
Di, ingat lagi tak Teddy Bear tu? Hadiah birthday ko kasi tu. Heheh. Tapi sekarang dia dah jadi RockBear sebab aku pakaikan dia rantai (gelang Puma) xD
Tadi karpet ni bantal pula, memang sah dah aku ni kipas-susah-mati Dragonball XD
Oh, 2 gambar
LELAKI AMAT KACAK itu adalah sorang pakwe (belah kiri) dan sorang lagi bakal suami (belah kanan) xD
Di sinilah tempatnya aku membuat segala kerja / assignments, study dan juga melukis (perkara yang paling jarang dibuat kerana ianya hanya ikut mood je). Di kerusi itulah aku duduknya kemudian katil jadi meja. Hee XD
Yang ni pula '
meja apa2 aje'. Rupa asalnya adalah meja solek. Tapi memandangkan tuan punya bilik ni tak bersolek jadilah '
meja apa2 aje'. Tengoklah kan pelbagai jenis barang ada atas tu. Siap ada
figura Zoro & PSP kesayangan lagi tu beb! Gambar si comel dalam frame tu adalah Ryota~ (>w<) (Miyagi Ryota, Slamdunk)
Ni almari berkaca kecil sambungan daripada
meja apa2 aje tadi tu. Tingkat bawah tu letak figura chibi One Piece (daripada kiri : Usopp, Nico Robin, Sanji) dan 2 buah model mini sporty cars (left : Shooting Star Tamiya, Hotwheels). Tingkat atas pula, 2 piala kenangan, 1 dapat masa Perlawanan Terbuka Bola Keranjang di Sekolah Menengah, lagi 1 dapat masa di Sekolah Rendah.
Ha! Inilah dia rak yang penuh dengan KOLEKSI ONE PIECE!!!!! I'm not only die-hardest-fan of Dragonball but die-hardest-fan of One Piece too and
like much than Dragonball! 2 tingkat telah ditawan oleh
manga2 (komik)
One Piece dan 1 tingkat ditawan oleh
dvd anime & movie One Piece beserta
2 figura Zoro kesayanganku. Benda berwarna biru di sebelah kiri itu adalah dumbbell, digunakan untuk aku membina muscles di kedua-dua belah lengan! xD
Sa, sekianlah terjahan yang dibuat. Cet, free2 je korang tengok bilik aku an (>_>)