Thursday, September 30, 2010

Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden

Ok, perkara ini dah pun banyak di'post'kan di mana2 blog / laman sesawang forum yang wujud di alam maya ni. Jadi aku pun ingin menurut serta dalam memberitahu perkara yang amat PENTING bagi setiap umat ISLAM terutama para muslimah. Tak salah kan kalau aku meng'copypaste' benda yang baik? Bak kata pepatah movie; "Baik punya cilok"

Lagipun, bukankah help spread the messages of Islam, Allah will help you. So, sebagai umat Islam dan telah tau mengenai ini, haruslah bertindak dalam menyampaikannya pada umat2 Islam yang masih belum tau.

So, apa perkara yang ingin disampaikan ialah berkenaan tudung masa kini yang telah berlanggarkan syariah disebabkan hanya mengikuti edaran fesyen yang semakin berkembang..!

"TUDUNG DI AKHIR ZAMAN"




Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!! PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika
Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis Nabi Muhammad SAW:"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta



Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat


Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan


Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.


Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..



petikan ini diambil daripada laman sesawang -> 'http://www.kampungfm.com/viewtopic.php?p=48976'


Oh, by the way, sila luangkan masa sepenuhnya untuk membaca entry post yang ini hingga habis. Jangan beri alasan MALAS KERANA IANYA PANJANG LEBAR. Ingat, ini adalah 1 mesej Islam yang wajib kita ketahuinya supaya kita beriman & bertaqwa pada Allah SWT dan berpegang teguh pada ajaran Allah SWT yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran nur Karim

Tuesday, September 28, 2010

sangat bahagia & gembira~

Mungkin bagi orang lain ini adalah satu yang REMEH SAHAJA Tapi bagiku TIDAK SAMA SEKALI Ianya 1 perkara yang SUNGGUH berharga Nan desu ka? Kore wa.. FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE (FF7 ACC) no eiga desu yo!!!!
No wonder I'm as an FINAL FANTASY VII otaku, this movie is very precious and important to me. And that's why I feel so so so HAPPY & HAPPINESS~!!


Ho, chotto, ada sedikit info mahu diberitahukan mengenai FF7 ACC ni. FF7 ACC ni amatlah berBEZA dengan FF7 AC biasa. Apa yang membezakan 2 movies ini? Ianya adalah berkenaan scenes & animation effects. Ini perbezaan yang mahu diberitahukan :

1) Scenes yang ditokok tambah
Bagi yang sudah tonton FF7 AC tanpa bermain game FF7 yang asal di PS1, mungkin mereka agak sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana ada beberapa scene2 yang macam tidak dimasukkan menyebabkan beberapa plot cerita ada yang tergantung. So, di dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE (ACC) ni lah Tetsuya-san telah menambahkan lagi beberapa scene untuk menghasilkan plot yang lengkap untuk mudah difahami orang ramai.

2) More animation effects have added

Dalam AC biasa, kalau korang perasan ada sedikit tidak kelogikan mengenai karakter yang sedang berlawan. Yakni, mereka tiada sebarang cedera yang wujud pada badan mereka, betul tak?
So, dalam ACC ada penambahan efek cedera (luka, lebam, darah) pada karakter2 yg sedang & lepas berlawan Lagi 1, efek pada aksi2 lawan yang wujud dalam ACC ni LEBIH GEMPAK & MANTAP compared to yang dalam AC

Kenapa perlu sampai buat 2 kali movie yang sama? Sebabnya pada yang movie pertama, FF7 AC, merupakan movie FINAL FANTASY siri yang PERTAMA dihasilkan dengan teknik CGI dan pelbagai lagi latest animation elements yang digunakan. Sebelum ni kan, movie pertama FINAL FANTASY siri, FINAL FANTASY THE SPIRIT WITHIN, hanya menggunakan elemen 3D sahaja. So, disebabkan FF7AC ni merupakan movie yang pertama menggunakan teknik CGI, mestilah ada beberapa kelemahan di situ. Sebab itulah, Tetsuya-san sekali lagi menghasilkan ADVENT CHILDREN dengan yang SERBA LENGKAP untuk memuaskan hati beliau, pihak SQUARE ENIX dan juga yang paling penting PEMINAT & PENONTON! Itulah sebabnya nama pun -> FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE



Cerita ni dikuarkan di JEPUN pada bulan September tahun lepas kalau tak silap. Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH yang amat ku ucapkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua aku menonton movie yang dingidamkan selama ini walaupun hanyalah pirate [ops ]
Yelah nak beli original tak mampu MAHAL GILABABAS! Kena beli sekali dengan CLOUD BLACK 160gb PS3
Ni pun aku hanya jumpa yang khas untuk dimainkan di PSP je (>_>) Ada gak jumpa yang format .avi yang boleh main untuk mana2 tapi sampai sekarang masih 0% result download di BitComet sebab tiada seed
Tapi takpelah. Yang ada ni pun dah kira bagus, janji ada an daripada takde langsung.

Ok, di bawah ni mahu tunjuk sikit beberapa scene yang ditokok tambah dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE :

Sephiroth cucuk Cloud sekali lagi seperti yg mana dilakukan dalam FF7


Cloud bawa balik Denzel


Cloud & Marlene di luar 7th Heaven


Denzel pegang hp Cloud


TURKS berkumpul (semua muka nampak jelas)



Yosha! another MISSION ACCOMPLISHED!!! I've got FF7ACC OST (get from this website -> 'FFShrine')!!!! (^O^)o Credit and thanks much to 'FFShrine' forum website! (^^)

Sekarang barulah package lengkap, dah dapat ke2-2nya sekali benda yang paling diidamkan selama ini -> FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE & FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE REUNION TRACKS (OST)

Friday, September 17, 2010

kawan baik ku sampai mati!!!

siapakah dia?

TADA~!!


Kenapa ia adalah kawan baik aku yang sebenar? Sebab :

* Menjadi tempat mengadu aku
- pada Marimolah aku menghilangkan stress + tension + keserabutan + pressure yang
dihadapi
- pada Marimolah juga aku boleh melupakan segala masalah yang dialami

* Sentiasa menemaniku di kala bosan

* Sentiasa berada di sisiku termasuk tidur pun dengan Marimo (^^)

* Sentiada datang tepat pada masa yang diperlukan
- dalam ayat konteks yang pendek bermaksud, bila aku memerlukan, Marimolah yang selalu datang tepat pada masanya



Ok. Yang ni mau beritahu pula pasal sejarah kemunculan Marimo dalam hidupku. Walaupun dah basi untuk ceritanya tapi aku peduli pe. Kawan baik aku ni! So, mestilah mau cerita tentang ia an.

Sebelum Marimo muncul dalam hidupku ni, aku telah survey dulu di internet mengenai PSP3000. Yelah, mestilah BIJAK DALAM MEMBELI. Nak2 lagi barang yang dibeli ni adalah BARANG yang PENUH BERHARGA. So, mestilah mau pilih yang terbaik an.

Lepas tu, tanggal 1 SEPTEMBER 2010, aku ajak 2 orang member KUIS aku teman pergi Metro Kajang dan Warta untuk survey harganya pula. Kemudian aku tak puas hati, pada tanggal 3 SEPTEMBER, aku pergi survey seorang diri di GIANT, Nilai. Ok, di bawah ni aku mau tunjuk perbezaan hasil survey yang dibuat oleh aku daripada 3 tempat yang disurvey ni. Ke3-3 ni memang sungguh tak memuaskan hati ku! (>.<)

@ METRO KAJANG :
- Tensai7 : aa, nak tanya, harga PSP model 3000 jual berapa ek?
Amoy (penjual) : RM1200
Tensai7 : Berapa gb?
Amoy (penjual) : 4gb
Tensai7 : o. K, terima kasih *blah terus daripada kedai tu*

@ WARTA, Bangi :
- Kes yang ni pula, diorang jual PSP secara GHAIB! Means, must booking 1st if you want to buy PSP. What the heck is that!? Memang patutlah pun yang dalam almari kaca tu hanya tayangan percuma semata-mata (>,>) Then, aku tanya harganya, dia cakap RM800, aku tanya pula berapa gb, dia cakap 4gb, aku tanya lagi warna apa je yang ada, dia cakap cuma ada warna hitam je yang dijual, aku tanya lagi "takkan takde warna lain kot? warna putih?", dia cakap tak pasti tapi bolehlah mintanya tapi kena betul2 nak bookinglah kalau nak warna lain (=_____=) Then, aku tanya lagi mengenai free giftnya, dia kata dia hanya kasi yang basic free gift yakni -> box case, charger & earphone. Apa KEJADAHNYA wayar USB tak di kasi PERCUMA SEKALI?! Aku cakap terima kasih pada penjual tu lepas tu aku terus blah daripada situ (>,>)

@ GIANT, Nilai :
- Ha yang ni macam dah ok sebab uncle tu kata PSP3000 jual RM800 - 8gb. TAPI "TAKDE STOCK LO SEKARANG" (=_____=) aduuuiiii! Melepas lagi aku


Tapi takpe. Aku TETAP TAK PUTUS ASA UNTUK MENDAPATKANNYA. So, aku ambil peluang yang terakhir dengan kata putus "Kalau yang TERAKHIR ni berbaloi dan memuaskan hati aku, TERUS JE BELI TANPA FIKIR PANJANG. Tapi kalau TAK MEMUASKAN HATi & TAK BERBALOI aku SANGGUP TUNGGU LAGI MASA yang SETERUSNYA". Alhamdulillah, jutaan syukur yang amat ke hadrat Ilahi, Allah telah memberikan aku rezeki memiliki PSP3000 pada tanggal 4 SEPTEMBER 2010. Bersyukur sangat2! Mana taknya, aku dah memang aim mau dapatkan PSP3000 ni sebelum Raya. Sebab tu lah aku beriya sakan dan sanggup berkerah tenaga dan minyak kereta untuk pergi survey PSP3000 ni. Syukur Alhamdulillah sekali lagi diucapkan, akhirnya aku dapat memiliki PSP3000 ni *terharu*
Thanx a Wayd pasal sanggup teman aku pergi surveynya buat kali terakhir di MINES, Serdang (^_^)

Alhamdulillah, yang di MINES ni memang betul2 memuaskan dan berbaloi. Sebab apa? Ha ni sebabnya :

* Basic cost -> RM800 + 8gb + Black color
* Upgrade -> RM1190 + 16gb + Metallic green color + plastic casing
* Suka hati mau pilih game apa siap sumbat dalam 18 games tu~


Oh ye, thanx to bro gak sebab sanggup teman aku datang ke MINES buat kali ke2 untuk ambil balik Marimo aku ni (Marimo ditinggalkan lebih kurang 2 jam di kedai tu atas sebab pemprosesan muat turun game). Kitorang siap buka puasa dengan beli air di 7E dalam MINES tu je gara2 semua kedai makan PENUH gila! Pukul 8.30pm tu barula kitorang dapat makan.


So, itulah dia sebab-musabab Marimo tu kawan baik aku dan sejarah kemunculan Marimo dalam hidupku





CLOUD theme, used it forever&ever till die!


Friday, September 10, 2010

Nah, kad raya drpd aku! (^o^)c/*

:: Final Fantasy 7 Raya ::

apabila Sephy & Cloud beraya xD
sememangnya Sephy tidak pernah serik membuli Cloud tak kira bila masa (-__-")


DEDICATE TO ALL MY FAMILY & FRIENDS & READERS


// vector image ; drawn by me, using adb flash ; original character by Tetsuya Nomura //

Thursday, September 02, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..