Monday, June 28, 2010

Frustrated TT TT

Walaupun gol Lampard itu sepatutnya dikira tetapi tidak bermakna jua kerana Jerman telah mendahului banyak dengan 4 mata di depan. Haih~ (-,-) Sungguh tidak bermaya menerima kekalahan England ni. Tapi memang tidak dinafikan England tahun ni memangla teramat-amat.. amat.. amat.. amat.... HAMPES dan TAK BERGUNA bak kata Franz Beckenbauer. Betullah apa yang dikatakan oleh Beckenbauer tu. Mengapa aku setuju statement dia dan mengutuk pasukan kegemaran sendiri? Di bawah ni aku mau nyatakan antara2 sebab-musabab England HAMPES.

* Tak reti nak melawan secara terus dengan pihak lawan. Asal pihak lawan datang je terus passing kat teammate lain. Atleast sekali-sekala 1-on-1 ah sikit beb

* Suka beno aih pemain2 England ni dengan passing the ball ek. Mana taknya dah dekat dengan pintu gol pun ada hati lagi tu nak passing dekat member lain. Perkara ni boleh dibuktikan dalam match England vs Germany, dan banyak kali dilakukan oleh Rooney

* Strikers' England lembab lari. Buktinya dalam match ENG vs GER lagi sekali. Si Defoe tu kejar bola lembab gila. Kalau dia laju lagi sure dapat score terus ke pintu gol. Rooney pun sama je 2x5. Camne ek dia boleh jadi top player dalam MANU???? Bila aku tengok dia main untuk England ni serius memang HAMPES gila. Park-Ji lagi bagus kot permainan dia untuk World Cup ni. Lagi sorang yang lari lembab si Milner. Apa ke bodohnya dah dapat bola lepas tu pula takde siapa jaga dia boleh lak dia dok dribble bola dengan lembab dan teragak-agak nak jaringkan ke tak. Tak ke bangang tu!!!

* Pemain2 yang kononnya macam ayam tambatan pasukan jadi sub / bench je. Lepas tu bila dah kritikal barulah terHEGEH-HEGEH nak guna yang ayam2 tambatan tu

* GERRARD YANG HAMPES! Nak tau mengapa hampes? Pasal tendangan dia ASYIK2 keluar pintu gol, tak kiri kuar kanan tak kanan kuar kiri. Paling banyak tendangan hampes dia yang dilakukan masa dalam perlawanan ENG vs GER

* Defenders yang berterabur dan cepat menggelabah. Bila pihak lawan masuk je kawasan penalti tu mulalah defenders' England menggelabah dan jadi kucar-kacir

Dahlah. Aku malas dah nak taip sebab-musababnya. Padahal ada banyak lagi. Tapi dah takde mood. Tapi yang paling aku rasa punca utama England ni kalah adalah dikendalikan oleh Fabio Capello. Yelah, tahun ni si Fabio tu baru je kendalikan skuad England. Tapi tengoklah! Ada dia berjaya buatkan England dapat masuk ke semi final? Ada?! Sedangkan yang pusingan dalam kumpulan pun England layak ke quarter final pun dengan kelayakan yang sipi2 / nyawa2 ikan je tau! Oh ye, dan juga punca utama England HAMPES ketiadaan pemain lagenda, DAVID BECKHAM, dan juga pemain muda handal, Theo Walcott

Oh alangkah rindunya daku pada zaman kegemilagan England yang mana KETUA PASUKANNYA adalah DAVID BECKHAM dan jurulatih pula Sven-Goran Eriksson. Masa ni jelah England memang betul2 mantap. Yelah mana taknya berjaya dapat masuk sampai ke semi-final.


says "GOODBYE" to ENGLAND

Friday, June 18, 2010

Kongsi Ilmu

Yo (- -)/

Sesiapa yang berminat nak jadi cameraman/woman, ni aku mau kongsi dengan korang pasal teknik2 nak shooting yang betul. But just the basic shooting techniques that I wanna share with you guys because only these I've the knowledge about it. For more details find out by yourself. Takkan dah bagi peha nak betis pula an.


Basic Shooting Technique & Camere Movement :

1) Extreme Wide Shot (EWS) :
- The point of this shot is to show the subject's surroundings.

2) Very Wide Shot (VWS) :
- Much closer to the subject than an EWS, but still much further away than a wide shot.
- The subject is (just) visible here, but the emphasis is very much on placing her in her
environment.

3) Wide Shot (WS) :
- The subject takes up the full frame, or at least as much as possible.

4) Mid Shot (MS) :
- Shows some part of the subject in more detail whilst still giving an impression of the whole
subject.

5) Medium Close Up (MCU) :
- Half away between a MS and a CU.

6) Close Up (CU) :
- A certain feature or part of the subject takes up the whole frame.

7) Extreme Close Up (ECU) :
- The ECU gets right in and shows extreme detail.

8) Cut Away :
- A shot of something other than the current action.

9) Cut In :
- Shows some part of the subject in detail.

10) 2 Shot (Two-shot) :
- A comfortable shot of two people, framed similarly to a mid shot.

11) Over-the-Shoulder Shot (OSS) :
- Looking from behind a person at the subject.

12) Noddy Shot :
- Usually refers to a shot of the interviewer listening and reacting to the subject, although
noddies can be used in drama and other situations.

13) Point-of-View Shot (POV) :
- Shows a view from the subject's perspective.

14) Weather Shot :
- The subject is the weather, usually the sky.
- Can be used for other purposes.

15) Crabbing Shot :
- The term crabbing shot is a less-common version of tracking, trucking and/or dollying.
- These terms are more or less interchangeable, although dollying tends to mean in-and-out
movement whereas the others tend to mean side-to-side movement at a constant distance
from the action.

16) Dolly Shot :
- A dolly is a cart which travels along tracks.
- The camera is mounted on the dolly and records the shot as it moves.
- Dolly shots have a number of applications and can provide very dramatic footage.
- Some professionals prefer the more rigid terminology which defines dolly as in-and-out
movement (i.e. closer/further away from the subject), while tracking means side-to-side
movement.

17) Dolly Zoom Shot :
- Dolly zoom is a cinematic technique in which the camera moves closer or further from the
subject while simultaneously adjusting the zoom angle to keep the subject the same size in
the frame.
- The effect is that the subject appears stationary while the background size changes (this is
called perspective distortion).

18) Follow Shot :
- The Follow shot is fairly self-explanatory.
- It simply means that the camera follows the subject or action.
- The following distance is usually kept more or less constant.

19) Pedestrial Shot :
- A pedestal shot means moving the camera vertically with respect to the subject. This is
often referred to as "pedding" the camera up or down.
- Unlike standard tripods, pedestals have the ability to move the camera in any direction
(left, right, up, down).

20) Pan Shot :
- A pan is a horizontal camera movement in which the camera moves left and right about a
central axis.
- This is a swiveling movement, i.e. mounted in a fixed location on a tripod or shoulder,
rather than a dolly-like movement in which the entire mounting system moves.

21) Tilt Shot :
- A tilt is a vertical camera movement in which the camera points up or down from a
stationary location.
- For example, if you mount a camera on your shoulder and nod it up and down, you are
tilting the camera.
- Tilting is less common than panning because that's the way humans work — we look left
and right more often than we look up and down.


Itulah dia antara teknik2 shooting yang asas. Ok, sekarang mau tunjuk pula contoh teknik2 asas tersebut bagaimana dirakamkan untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Actually this is my assignment of 'Audi Video Editing in Multimedia' subject. Lecturer suruh ambil clip scenes dalam apa2 filem untuk pamerkan teknik2 asas rakaman yang ada dalam filem diambil itu. Oleh itu, aku pun pilih filem "The Dark Knight". Baru tahun ni ku tengok filem ni :D Itu pun gara2 assignment. Kalau tak ntoh bila nak tengoknya. Dahle tengok sehari sebelum hari untuk presentkan assignment ni. Memangle kerja last minute. Tapi aku puas! Yelah biasa kerja last minute hasilnya tidak memberangsangkan. Tapi aku berjaya lakukan menjadikan ianya yang terbaik antara baik. Buktinya, lecturer cakap, "Ok, nice slide presentation". Mana tak aku rasa puas an setelah mengorbankan tidur (tak tidur balik lepas Subuh ; malam tidur je macam biasa) dan makan (lunch hour).
Ini bukan nak bangga ke apa, tapi puas. Faham tak puas? Plus, aku memang suka melakukan kerja yang lebih daripada expectation lecturer & orang lain, dan suka buat yang lain daripada yang lain. Why? Because my way is mine and not like others.

Ok2, ni dia contoh yang untuk fahamkannya dengan lebih lanjut mengenai teknik2 asas rakaman :




Oh ye, ada 2 kesalahan teknik yang ditunjukkan yakni 'POV' & 'Weather shot'. Tapi yang 'POV' shot dah dibetulkan. Cuma yg 'Weather shot' tak dapat nak betulkan sebab dalam filem ni takde tunjuk sangat cuaca yang ada / tak tunjuk sangat langit.


p/s : Entry post yang paling terpanjang antara semua entry post yang telah di-posting-kan XD
Ntah ada orang sudi luangkan masa baca entry post yang ni ke tak (-,-) Kalau ada, sankyu
so much a pasal sudi luangkan masa untuk membacanya.

Tuesday, June 15, 2010

England's the MOST LEGEND PLAYER

He's the LEGEND of ENGLAND

Please don't be retire yet on the next WORLD CUP, BECKHAM!!! m(_ _)m

Sejak tahun 1998, 2002, dan 2006 (tahun2 WORLD CUP diadakan) aku ikuti tonton perlawanan corak permainan DAVID BECKHAM. Tengok betapa setianya aku pada BECKHAM dan tak hairanlah beliau ni merupakan pemain bola sepak yang paling aku gemari sejak mulanya aku terjebak dalam dunia bola sepak. Akan tetapi sayang tahun ni tidak dapat menyaksikan perlawanan BECKHAM lagi kerana atas kecederaan yang sungguh parah yang beliau telah alami. Beliau mendapat kecederaan tu masa tengah sumbangkan khidmat beliau di AC MILAN. Kesian gila tak dapat nak sertai World Cup tahun ni (TT TT). Bila aku baca berita tentang kecederaan BECKHAM ni memang serius sungguh kecewa dan sedih sebab tak dapat tengok beliau bermain bersama rakan2 pasukan England yang lain. Dahle umur beliau sekarang sudah mencecah berumur 35 tahun! Akan berkemungkinan besar beliau tidak akan bermain lagi pada WORLD CUP 2014 nanti. Huaaaaaaaaa~ lagilah sedih aku dibuatnya (TT TT)

Kemudian, England dah pun seri dengan USA di pusingan pertama. APA NI??????!!!!!! Dengan USA pun boleh seri ke?! Semua salah GK England, Robert, pasal hasil tendangan bola leret daripada pemain USA pun tak dapat nak tangkap. Hal yang demikian, England tak pasal2 jadi seri 1-1 sama dengan USA. Grrrr~
See! Tanpa pemain lagenda England, England pun tak dapat nak jadi kuat seperti dulu lagi. Dahle THEO WALCOTT pun tak main gak gara2 sikapnya yang agak sikit degil sebab tak dengar arahan si Fabio. Dahle WALCOTT tu memang ada harapan menggantikan posisi BECKHAM, dah tu pula pakai jersi nombor BECKHAM -> #7 [pada mulanya aku takleh terima hakikat yang WALCOTT menyarung jersi England bernombor 7 pasal itu adalah nombor rasmi BECKHAM. Buktinya, beliau ada buat tatu #7 dalam bentuk roman di tangan beliau. Akan tetapi setelah tengok corak permainan WALCOTT dan rupa pun boleh tahan, aku dah boleh terimanya]
Dengan ketiadaan 2 pemain yang handal ni, camne England mau maju~~!! Harapkan jurulatih, Fabio Capello, je dah mantap tapi pemain2 yang lain......ntohle. Haih~ (-,-)

Kecewa kecewa, sungguh kecewa dengan England tahun ni. Nasib baik aku ada minat pasukan lain juga macam Sepanyol, Brazil, dan Jepun. Tapi yang England ni adalah yang utamanya. Kemudian, Sepanyol sebab ramai pemain2 handsome XD; Brazil - pasukan yang kuat, pernah memenangi World Cup sebanyak 2 ke 3 kali macam tu; Jepun - merupakan pasukan asia yang jadi wakil, so sokonglah juga pasukan Asia [plus, pasukan negara kelahiran GACKT tu~ xD]

Which team gonna get this trophy this year?

Wednesday, June 09, 2010

kyo wa Ruka-san no tanjoubi yo!!

Otanjoubi Omedetou yg ke-31, Ruka-san!!!
*\(^o^)/*





p/s : He's the 2nd guy in the Jrock's top list of mine :D

Monday, May 31, 2010

Friend :: Tomodachi :: Sadhiqun/Sadhiqah :: Kawan

Kawan, rakan, dan sahabat, ke3-3 ni mempunyai maksud yang sama saja. Tapi sebenarnya ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri bagi ke3-3 perkataan ini. Maksudnya, antara 3 perkataan ini, ada yang menunjukkan sungguh akrabnya hubungan persahabatan itu. Sama juga dengan dalam konteks BI. Friends, tapi kenapa ada yang terbahagi kepada 'Close friends' & 'Best friends'? Sudah tentu menunjukkan hubungan 'friendship' yang sungguh akrab bukan.

Apakah bezanya antara 'close friends' dengan 'best friends' pula? Menurut bahasa dan pandangan orang ramai, bezanya sudah tentu pada kekuatan hubungan persahabatan itu. But for me it's not the main point. The main point is the features of these 2 words. 'Close friends' ni dalam BMnya bermaksud 'kawan rapat', yang mana kita sudah kian lamanya menjalinkan hubungan persahabatan antara 1 sama lain. Akan tetapi 'kawan rapat' ini tidak memainkan peranan yang sebegitu special sepertimana yang ada pada ciri2 'kawan baik'. Contoh, 'kawan baik' ini umpama rescuer yang mana akan sentiasa menolong kawan yang memerlukan perkhidmatannya tak kira di mana jua dan tak kira dalam apa jua keadaan serta masa. Sebaliknya 'kawan rapat' walaupun hubungan persahabatannya sungguh rapat seakan-akan hubungan persahabatan 'kawan baik', tetapi dia/mereka tidak akan dapat jadi rescuer dan melakukan peranan2 berat sepertimana 'kawan baik' boleh melakukan peranan2 tersebut. Ini mungkin kerana ada sesetengah perkara dia/mereka (kawan rapat) tidak dapat melakukan sesetengah pengorbanan untuk kawannya. Sebaliknya 'kawan baik' sanggup melakukan pengorbanan dan tidak kisah akan segala risiko semata-mata untuk kawannya. Hal yang demikian, itulah bezanya 'close friends' dan 'best friends' ni dalam pandangan aku.

Ini adalah perkataan2 beserta maksud dalam BI (yang telah diterangkan melalui pandangan sendiri) yang mengikut kuatnya sesuatu hubungan persahabatan itu, mengikut daripada pandangan daku [aaaaaa~ ayat macam keling je rasa >_>] :
* rakan / kawan / tomodachi / asdhiqa' = friends
* members / dudes / teman sejati / kawan rapat / nakama / chiyuu = close friends
* sahabat / teman sejati / kawan baik / buddies / members / nakama / besutofurendo / shinnotomo = best friends


p/s : pandangan dilakukan berdasarkan pengalaman yang diperolehi hasil daripada tengok anime "One Piece" (anime yang 1-1nya mengutamakan tema persahabatan), and based on my feelings that come from my own heart.


Haha, it's quite weird that I've much close friends compared to best friends. I think so. But that's not mean I don't have best friends, I have and there are 6 people [umm, I guess so]. But I don't want to mention who are they. It's a private and confidential. But those who wanna feel 'perasan' that she/he is being as my best friend, these are the criteria of 'die-hardest-friends' [hanya nyatakan yang mana utama je pasal malas nak taip banyak2] :
* know my parents' & siblings' name ; know my family
* don't care who I am and accept me either my attitudes or myself with fulling of the heart
* always give and never feel tired to give the support & confidence to me
* always be side of me whether or not in to be long or short distance when I'm in needed
* willing to sacrifice no matter what happen
* always fiscal me if there are errors, and gives the advices or cheer up me when I'm feeling down
* know what I like(s) and dislike(s)


Anyway, thanks so much for those who are being as my friends, close friends, and best friends.

Our Friendship Are NEVER DIE!!!

Tuesday, May 25, 2010

My autobiography?? O_o [saje je, bosan2]

mende ni dapat daripada facebook milik orang lain. Macam menarik lak untuk dibuat (khusus di kala bosan atau pendek kata TIADA CORETAN yang nak dikongsi bersama di blog ni). So, mau cilok tagged yang dijumpai ni dan tepek di sini. BAIK PUNYA CILOK! xD Tapi takdelah cilok jawapan orang tu punya sekali. Jawapan sendiri punya ah.

Rules:
Once you've been tagged, Fill this out IN YOUR OWN WORDS and repost as, "My Autobiography" ...
And use your own answers, not anyone else's.

-----

1. Where did you take your profile pic?
- my pictures folder -> piccies kawaii

2. What exactly are you wearing right now?
- baju kurung [baru balik daripada kelas malam so malas nak tukarnya, terus buat sebagai baju tidur xD]

3. What is your current problem?
- think so many things that have to do

4. What makes you happy most?
- see that my beloved people especially parents, family & friends are happy, and achieved success in life

5. What's the name of the song that you're listening to?
- "Fight it Out" - Hironobu Kageya (DragonBall Z game in PS3 console's theme song)

6. Any celeb you would marry?
- GACKT X3

7. Name someone/persons with the same birthday as you?
- Farihah (ex-school classmate) & Danny X-Factor [yang mana ku tau jelah]

8. Ever sang in front of a large audience?
- tak pernah. Nyanyi di kalangan kawan2 je

9. Has anyone ever said you looked like a celebrity?
- nope

10. Do you still watch kiddy movies or kiddie TV shows?
- umm, is it ANIME is as kiddy tv shows/movies? O_o

11. Do you speak any other languages than English?
- yup, only 3 languages that I speak -> Malay, Japanese, Arab

12. Has anyone you've been really close passed away?
- umm, kalau dalam big family adalah dan ramai juga. Tapi semuanya macam tak rapat :( Paling TAK SEMPAT nak RAPAT dan MERASA adalah aki (datuk) (TT TT) Sorang meninggal time aku umur setahun, sorang lagi sebelum aku dilahirkan ke dunia ini (TT TT) [eh? terlebih-lebih lak jawapan xp]

13. Do you ever watch MTV?
- sometimes, when feel that wanna watch it I changed it the channel

14. What's something that really annoys you?
- anyone
except parents who DISTURB me during I'm totally focus 100% on what I'm doing & PEOPLE WHO ARE LAZY TO GIVE THE SIGNAL during want to change the lane or enter the.....'simpang'

--------------------------

Chapter 1
1. Middle name: SakiStrife
2. Nickname: Pah, Ipah, tensai, etc
3. Current location: in my room loh
4. Eye color: dark chocolat kot
------------------------------------------------

Chapter 2
1. Do you get along with your parent(s): of course! and I love them! X333
2.Are your parents married/separated/divorced?: Syukur Alhamdulillah happily married! :D

------------------------------------------------

Chapter 3: Favorites
I have too many things to be in d list. u shud specify it.

1. Allah and Rasulullah S.A.W (^_^)
2. Family
3. Friends and Lecturers / Teachers
4. Dean List / Dean Awards
5. Own car
6. Wii / PS3 / PSP
7. Animator / Game Creator
8. GACKT
9. Drum
10. Macintosh / PC / Laptop

------------------------------------------------

Chapter 4: Do You..
1. Dance in the shower? nope lah. Gilo ke apa nak menari time showering
2. Do you write on your hand? nope and dislike it because don't like to filth my palm hand
3. Call people back? aaaa~ ntohle
4. Believe in God? Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad persuruh Allah.
5. Any bad habits? ada kot xp
6. Any mental health issues? ntoh. Tanyalah doktor kalau nak tau. Banyak lak songeh mende alah ni >_>

------------------------------------------------

Chapter 5: Who/What was the last
1. Three people who texted you: Didi, Una, KakTi [yang start text dulu an? O_o]
2. Person you called: Tyrah [semata-mata nak discuss pasal program bercuti]
3. Person you hugged: aaa~ no one. I never start 1st to hug people
4. Person you tackled?: tackle camne tu? tackled = mengorat / tackle = yang macam main bola tu? O_o
5. Person you talked to on MSN?: tak pernah log in MSN pun
6. Thing you touched? : mouse & keyboard
7. Thing you ate? : nasi berlaukkan sambal udang. OISHII!!! X333
10. Friend you saw ytd(12am-12am) : gilo. Aku duduk sengsorang je di dalam bilik antara waktu2 tersebut

NOW TAG 10 PEOPLE! AND GET THEM TO DO THE SAME

Cop2. Nak tambah ayat bawah sekali tu. NOW TAG PEOPLE WHO READ THIS! [bwahahaha~ padan muka siapa suruh baca an]


Friday, May 21, 2010

Kemarahan yang melampuai batasan!!!!! *jadi super saiyan ke5*

Hoh! Siapakah gerangannya yang bertuah itu? Bukan sorang tau tapi ramai. Dalam 1 kumpulan. Kumpulan ni sememangnya kumpulan yang taktaulah nak kata bangang tapi boleh lulus pula ek serta berpendidikan. Hmm~ Kumpulan ni aku namakannya "SIGNALESS GROUP"!!! So, segala orang2 yang termasuk dalam kumpulan ni dan telah menganiayai aku, mereka itulah yang diBENCI oleh daku. Nak tak nak terpaksa juga membenci mereka ini kerana BETUL2 TELAH MENYUSAHKAN HIDUP AKU!!!! *jadi super saiyan ke5 seperti Goku*

Oleh itu, katakan YA pada ANTI-SIGNALESS ni. Disebabkan orang2 sebeginilah telah mengundangkan kemalangan di jalan raya berlaku. ADA FAHAM TAK wahai kalian semua (PARA MANUSIA YANG SUNGGUH TIDAK SUKA NAK BAGI LAMPU SIGNAL)???!!!! Kenapa ek korang tak suka nak bagi signal????? Bukannya payah benar pun, takat tolak bawah tolak atas je benda alah tu. BUDAK KECIL pun TAHU BUAT tau! Tak malukah kalian semua? Ni semua gara2 sikap MALAS NO.1 yang ada pada diri. Takat nak bagi SIGNAL pun MALAS. Ntah pape tah! Time ambil lesen kenderaan bukan main berhemah lagi bagi SIGNAL. Lepas tu dah lama2, jadi HANCUS! Grrrr~

Mengapa aku begitu marah dengan mereka ini? Kerana mereka adalah PUNCA KEMALANGAN & MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN~~~!!! Oh ye, lagi 1 golongan yang MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN -> SUKA PARKING TEPI JALAN YANG TAK SEPATUTNYA DI-PARKING. 2 golongan ni lah adalah orang2 yang paling aku benci!

Buktinya....

Situasi pertama :
BANGI, 18 MEI - Aku tengah pandu di lorong kanan yang sememangnya lorong khas untuk bawa laju sekitar 80-100km/h. Kemudian tetiba je ada sebuah kereta mewah NISSAN SENTRA berhenti secara tetiba. Apa lagi aku pun brek mengejut ah siap berbunyi tayar KEMBARA serek atas jalan dengan kuat SCREEEET!! dan itu adalah kali pertama aku buat brek mengejut tau sepanjang pemanduanku. Yang paling bangangnya lepas aku brek mengejut tu barulah si PEMILIK NISSAN SENTRA tadi nak bagi lampu signal untuk buat U-turn. Tak ke bangang namanya tu! Ha padan muka kena sebijik bangang. Lain kali bila nak buat u-turn ke masuk simpang ke BAGILAH SIGNAL BODO*! Alhamdulillah aku sempat brek. Kalau tak sempat na'uzubillah kemungkinan aku DILANDA KEMALANGAN dek sikap bangang pemilik kereta NISSAN SENTRA tu, dan mungkin juga tak dapatlah aku nak keluar bersama dengan member2 time tu.

Situasi kedua :
McD BANGI, 21 MEI
- Ni berlaku tengah hari tadi. Yang ni kes pasal orang2 suka sangat parking tepi jalan HINGGA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TERMASUK AKU! Di McD sebelah PKNS tu adalah satu laluan ni yang sememangnya BUKAN LALUAN SEHALA. Tapi mereka berdegil juga dengan parking di LALUAN 2 HALA tu dengan 1 alasan YANG CUKUP2 MUNASABAH yakni "PENATLAH JALAN JAUH", "PANASLAH NANTI JALAN JAUH2 SEMATA-MATA NAK PERGI McD" dan sekaum dengannyalah. Cukup munasabahkan? *senyum sinis* Mana tak negara Malaysia ni banyak orang yang overweight disebabkan KEMALASAN BERJALAN KAKI, jalan sikit je pun MALAS. Ntah pape tah. Sambung balik. Ha, di laluan tersebut aku pun masuklah dari simpang PKNS nya laluan an bukan yang dari simpang jalan besar. Kemudian aku dah sampai tengah dah ada sebuah GEN2 oren ni pula menyibuk masuk. Ah! Aku peduli apa takmo ah mengalah pasal aku yang masuk dulu. Lepas tu 2 couples Cina yang berada di tepi dengan sorang mamat Kenari (parking di tepi jalan) semuanya backup GEN2 tu. WHAT THE FOOD! Aku masuk dulu so dia ah yang kena undur. Grrrr~ Dah sebab ramai vs 1 an, so dengan PAKSAnya beserta perasaan GERAM + MARAH aku undur belakang dan stay back di tepi dekat simpang kuar tu sementara menunggu kereta2 yang daripada simpang McD berambus dari lorong tu. Semua ni berlaku BERPUNCA KERETA2 yang tak berdosa tetapi PEMILIK2 KERETA yang PARK di TEPI LALUAN tu dengan BOTH SIDE yang BERDOSA kerana TELAH MENYUSAHKAN ORANG LAIN dan AKU! Sementara tengah tunggu kereta2 lain berambus dari situ, tetiba aku kena PIN! bunyi HON yang AMAT SUMBANG daripada kereta BMW di belakang kereta aku. BODO*! TAK NAMPAK KE ADA KERETA2 NAK BERAMBUS KELUAR TU WEY~????!!! Lepas semua kereta dah berambus, aku pun teruskan semula perjalanan menuju ke McD yang tertunggak tadi. Tapi time aku tengah pusingkan KEMBARA ku tu, aku sempat pandang belakang dan tunjuk sebijik BUKU LIMA dekat kereta BMW yang BAJET BAGUS tu! 1st time wey, aku buat camtu dekat orang. Ni bermakna limit marah + geram tu dah memang MENEMBUSI HADnya. Tu mujur aku tayang PENUMBUK, kalau aku tayang yang guna jari hantu tu camne, lagi dahsyat an. Alhamdulillah aku masih waras lagi even kemarahan dah teramatlah melampaui batasannya.

So, anyone please even once don't mess up with me till I totally get angriest. Once someone have make me feel angriest, of course unexpected thing can happen. Believe or not it's up to you. Tapi aku TAKKAN SESEKALI bertindak dengan menyelitkan perkataan serta kelakuan mencarut. I'm not that kind of person.

So, itulah SEBAB-MUSABAB AKU BENCI PADA ORANG2 YANG TAK SUKA BAGI LAMPU SIGNAL & PARK KERETA DI TEPI JALAN

Tuesday, May 18, 2010

Hmmm~ *thinking*

"Sebagai orang2 IT terutama orang multimedia kena perlu rajin meneroka sendiri dunia multimedia ni dan selalu up-to-date dengan industri dan informasi terkini. Bukannya hanya duduk diam dan tunggu je ianya datang sendiri. Dalam dunia jugalah kita boleh buat bisnes contoh macam sesiapa yang ada kamera DSLR dia boleh tangkap2 gambar dan jualnya, begitu juga dengan camcoder. Takpun jadi freelancer offer diri untuk projek2 luar yang mendatangkan hasil lumayan" Itu adalah kata-kata daripada seorang lecturer bagi subjek "Audio & Video editing in Multimedia" yang dinasihatkan kepada kami pada kelas beliau pukul 8am pagi tadi.

Hmm~ Lepas dengar kata-kata beliau tu terasa macam mahu jadi seperti beliau menjadi freelancer di mana2 company yang memerlukan khidmat. Tapi bagaimana ek???? (O,o)

Umm, kalau nak buat bisnes dengan jual gambar2 hasil tangkapan dengan menggunakan kamera DSLR takdo lak kamera tu. Camcoder Handycam adalah. Tapi apakah perkara yang boleh dishooting untuk menjadikan shooting tu menarik dan boleh dapat sambutan daripada mana-mana company. Yelah, nanti takdelah aku hanya perolehi sijil akademik je. Nak gak tunjuk ada sijil pengalaman bekerja. Nanti mudah diambil terus jadi pekerja oleh mana-mana syarikat. Bak kata bapa saudarau ku sendiri, "Untuk challenge dengan budak2 Lim Kok Wing & MMU serta UiTM, kenalah rajin involve dalam segala contest yang diadakan terutama contest2 luar. Dan juga, kena sentiasa peka dengan industri masa kini". Hmm, lebih kurang sama kata-kata pakcik ku dengan lecturer ku tadi ek. Teringin tu memanglah dah lama wujudnya tapi BAGAIMANA???? Mau buat apa??? Mau shooting apa & delivered to siapa???? Waaaaaaaaargh~!! Tasukete! (>.<) Tapi memang teringin sangat nak jadi freelancer di waktu study ni dan involve contest2 luar.

Monday, May 17, 2010

Sugoi!!! (OoO)

Nani o sugoi ka. Sore wa washu-M no arts desu! Hee~ :D Saja mahu mempraktikkan bahasa Jepun disebabkan belajarnya. Nanti kalau tak dipraktikkan lupa pula an, macam bahasa Arab. Dah lupanya sikit2 (>.>)

Ok2, apakah yang hebatnya? Di sini ada 'benda' yang betul2 membuatkan aku rasa kagum sampai sanggup beri masa lebih dengan melencong di deviantArt (DA) orang ini daripada mencari maklumat2 yang sepatutnya untuk buat assignment xD Tengok, betapa hebatnya lukisan orang ni sampai membuatkan aku dok lama di laman sesawang deviantArtnya [apsal rasa macam ulang balik je ayat tadi O_o]

Orang ni menggunakan nick 'Washu-M' di DA nya. Lukisan2 dia sungguh lawa yang teramat~ Kalau tak, takdenya ku melencong dengan bertapak lama di DA nya an. Antara lukisan2 dia yang paling aku kagum adalah Final Fantasy 7, Bleach, dan Supernatural. Semuanya jadi2 belaka wey~~~ Tapi paling aku suka tengok lukisan2 FF7 dialah. Well, aku an kipas-susah-mati FF7. So no wonder lah an.

Ni aku mau tunjuk beberapa lukisan2 dia yang telah hasilkan. Aku just pilih yang mana terbaik bagi aku lah. Nak tengok lebih lanjut silalah ke akaun DA nya -> http://washu-m.deviantart.com/

Cloud Strife


Loz


Sephiroth


Kurosaki Ichigo


Dean & Sam - Supernatural


These artworks are credit to Washu-M


p/s : Camne boleh discover DA dia ni? Puncanya daripada proses mencari gambar2 Yamazaki Susumu (Peacemaker Kurogane), Hisagi Shuuhei (Bleach), Shiba Kaien (Bleach)

Tuesday, May 11, 2010

Berjaya dah sikit, yossha!

Apa yang berjayanya? O_o

Ha~ apa lagi. Perubahan pada diri sendiri ah beb! Waah, memang berkesan kaunseling yang aku kena bulan lepas tu ek xD

Hari ni bermulanya sem baru, so kelas pun mestilah dah bermula juga an sebab jadual pun dah keluar [jadual FTSI ni sungguh cepat ek. Bagus & rajin betul staff2 FTSI ni (-__-)]. Sa, di bawah ni adalah list2 perubahan yang berjaya aku lakukan di awal permulaan sem baru :

* Datang kelas tak kisahlah ada ke tak. Yang penting datang. Who knows tetiba lecturer masuk ke. Contohnya macam Puan Shikin & Puan Ima -> Memang tak pernah takde ah kalau kelas mereka

* Duduk di depan [semangat gila xD]. Haha, kelas first (8-10am) lagi aku datang je terus pergi duduk di depan. Dah tak duduk jauh2 di belakang sebab aku fikir datang kelas ni untuk belajar bukan untuk tidur/borak/main. Siap sampai duduk berduaan dengan sorang mamat foreigner ni lagi tau [ei2, jangan fikir bukan2. Aku duk tempat biasa perempuannya side. Dia duduk lelaki nya side eh. So jarak antara kami jauh]. Mujur tak kena tangkap basah. Haha. Tapi malangnya kelas cancel (TT TT)
Agak bazir minyak kereta & runtuhkan semangat belajar aku di situ (=___=)

Itulah dia antara perubahan sikit yang berjaya dilakukan akhirnya [alamak, kini diriku mula menjadi skema pula xD]. Walaupun hari pertama sem baru, even berkorban minyak kereta kerana kelas sesi pagi 1 pun takde yang buat, tapi Alhamdulillah di sesi petang ada juga kelas akhirnya siap terus dah ada assignment lagi tu! Memang tak rugi & tak sia2 datang kelas di awal sem ni. Itulah dia, setiap perkara ada hikmahnya. Setiap usaha yang kita lakukan ada hasilnya. Bak kata pepatah Arab -> "Man jadda wa jadda wa man zaroa' asoda" (^_^)

Ini semua pun disebabkan aku ingat balik kata2 nasihat yang diberi dalam kaunseling tu. Kalau tak, mesti kehidupan aku sama je. Bosan ah camtu [patutle aku asyik rasa bosan je]. Tak rasa apa2 perubahan macam kemajuan ke kemunduran ke ke....ntoh. Ha! Tapi ada 1 je perkara yang tak dapat diubah-ubah sampai sekarang. Yakni... to be punctual xD Buktinya even datang kelas tapi tak menepati masa. Datang lambat xD Ni pun solat Isyak baru je nak ditunaikan sebentar lagi xp [ish3, ada ke patut solat Isyak buat pada pukul 12++am ((-__-))]

Azam di sem baru ini -> Mau datang semua kelas except jikalau sakit yang memang tak larat, buat assignments & projek terutama projek ah di awal waktu sebab takmo perkara di sem lepas berulang sekali lagi, dan berikan tumpuan time kelas & kurangkan tidur. Yosh! *api membara di belakang*

Saturday, May 08, 2010

3 events happen that near to accident today

Woo~ Tajuk tu sungguh agak creepy kan. Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Ilahi. Allah masih melindungi kami 3 beranak (aku, abah, & abang). Tapi serius wey memang hampir2 gila ah nak menghadapi accident. 3 kali pula tu! Perkara ni terjadi masa perjalanan kami baru pulang dari kampung (ada kenduri di kampung). Kira perjalanan nak pulang ke hometown lah ni.

Insiden pertama :
- Hampir nak berlanggar dengan penunggang motor yang tidak berhelmet pula tu. Masa tu tengah lalu jalan kampung. So lane jalan pun 1 jelah an. Opposite lane kitorang ni ada lori dan kereta. Kemudian tetiba je ada muncul sebuah motor ni mencelah di tengah2 pembahagi jalan tu (tengah2lah antara left & right lane). Kitorang pun brek mengejutlah dah dia tetiba muncul. Orang tu pun menggelabah dah dengan keadaan motor yang sukar nak dikawal dah masa tu. Pendek kata hampir2 nak terjatuhlah. Alhamdulillah dia dapat mengelak gak even dia pun kelam-kabut mengawal motor tu. Muka serius gila nampak sangat cuak do~~~ Itulah tak reti nak sabar kan dah terjadi perkara yang hampir nak accident.

Insiden kedua :
- Ni pun kes sama gak tetiba je muncul juga. Tapi kali ni bukan orang lagi dah. Haa~ Apakah.....????? Bukanlah. Sure fikir yang bukan2 an? Yang kedua ni adalah sejenis binatang yang memang suka tinggal di hutan. Apakah binatang tu? BABI HUTAN! xD
Babi hutan tu dah kena langgar sikit dengan lori di opposite lane kitorang. Tapi babi tu tetap nak teruskan juga jalan even dah kena langgar [kuar semangat perjuangan betul babi hutan ni]. Kemudian kitorang lak ah yang jadi mangsa lepas lori sebelah dah jadi mangsa langgar babi tu. Tapi kitorang sempat brek [another again brek mengejut =___=]. Besar gila babi hutan tu!

Insiden ketiga :
- Ha, yang ni pun sama gak. Tapi yang ni kesian gila pasal binatang yang sungguh comel kena langgar, yakni kucing putih. Mula2, abang aku perasan tau ada seekor kucing putih ni macam teragak-agak nak melintas. Tapi last2 dia ambil keputusan nak melintas gak. Malang tidak berbau kucing tu terkena langgar dengan kereta depan kitorang. Agaknya orang tu pun tak sempat nak mengelak / brek. Kemudian, kitorang pun mengelaklah daripada dilanggar bangkai kucing tu, begitu juga dengan kereta2 di belakang kitorang. Lepas tu, ada bunyi BAM! Abang aku nampak di cermin belakang ada motor kena langgar dengan kereta. Tak perasan camne kena langgar tapi memang motor tu jatuhlah. Agaknya gara-gara semua nak mengelak daripada melanggar bangkai kucing tersebut kot. Tapi kesian ada mangsa kedua lak yang kena langgar. Penunggang motosikal lak tu.

Itulah dia, kejadian2 yang berlaku kepada kami yang hampir membawa ke arah accident. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi sekali lagi diucapkan kerana ianya tidak berlaku betul2.

Lepas tu, masa di highway Seremban, tetiba je layan kejap lagu tamil yang bergenre rock + hiphop. Ni gara2 abang aku ah yang tetiba je stop pilih channel. Ingatkan lagu apa sekali lagu rock + hiphop tamil. Lawak betul. Haih~ (-,-)

Friday, May 07, 2010

Tensai_7 like this b (thumbs up symbol)

CM yang paling diminati beserta tagline nya, "WAAAAAAAA~" X333





p/s : Entry post paling pendek dan ringkas

Wednesday, May 05, 2010

Dia MAKIN HANDSOME X333

Sure korang agak orang tu GACKT an? Sebab asyik2 tiap kali aku buat entry post pasal orang handsome je GACKT. Tapi dah memang kenyataan beliau orang handsome pun (^w^)

Tak2, kali ni bukan GACKT. Tapi TAMAKI HIROSHI~~~!!! Atau lebih dikenali dengan 'Chiaki-senpai'!

Alamak, dah makin banyak rupanya aku ketinggalan Nodame Cantabile nya sequel ni. Ni yang nak kena search di Wiki mengenai Nodame Cantabile kemudian pergi borong kesemuanya di Metro Point, Kajang.

Di bawah ni trailer movie Nodame Cantabile yang terbarunya buat tahun ni. Dalam trailer nilah kecairan ku pada Tamaki semakin menjadi-jadi disebabkan ke-handsome-man beliau makin bertambah! (>w<)

Tuesday, May 04, 2010

Ketahui Personaliti Diri

Mende ni dapat dari 'mukabuku'. Wey orang2 April. Moh lihat sini. Kawe ado tepek tente personaliti diri ore April.

Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Sifat orang yang lahir pada bulan April biasanya:

1) Sangat aktif dan dinamik. souka O_o

2) Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. tepat sekali! -___-

3) Sangat menarik dan pandai menjaga diri. uso! if true that can take care the self why I still depend on them (family and friends)??????

4) Punya daya mental yang sangat kuat. daya mental yang macam mana tu? Tak berapa fahamlah ?_?

5) Suka diberi perhatian. aaaaaaaa~ sort of xp

6) Sangat diplomatik (pandai memujuk ). lol, mende ni ah ku paling lemah sekali kalau nak tau. So sesiapa yang merajuk denganku tu ku inform awal2 aku akan buat dunno je tau

7) Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. pandai ke? O_o setau aku just jadi pendengar setia masalah orang je. Hmmm~

8) Sangat berani dan tiada perasaan takut. whoaa~! OoO tapi betul apa aku berani xD yang takde perasaan takut tu salah. Bukan takde, ada je sebenarnya cuma tak tunjuk secara depan2 ah [alamak kantoi dah xp]

9) Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, dan sopan santun. yup2 memang suka perkara mencabar but just in playing game only. Pergh~ takleh blah betul sopan-santun tu beb! haha, lawak2. But actually I'm not kind of that person (orang yang bersopan-santun). I guess so

10) Emosi cepat terusik. a'ah tapi hanya berlaku bila dalam keadaan keserabutan jelah. so don't mess up with me if I'm in that mood. But overall I'm okay and open + don't mind with anythings ^_^

11) Cuba kawal perasaan. betul3! Selalu je buat ni kalau perasaan terganggu

12) Kecenderungan bersifat pendendam. woo~ Bahaya ni. Tapi memang ya pun xD

13) Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. memang pun -_____-

14) Kuat daya ingatan. bukan nak puji / bangga diri tapi ini memang kenyataan. Bukti kuat menghafal. Tapi kalau dah serabut sangat daya mental pun lemah ah

15) Gerak hati yang sangat kuat. ini pun lagi 1 kenyataan yang benar dan bukan untuk puji / bangga diri. Bukti, ada feeling macam ada member2 yang (boleh dapat agak siapakah dia) tak dapat nak join kuar ke Wayd mintak tolong updatekn poupee girl dia ke dan macam2 lagi lah

16) Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. ini 100% tak betul!! pasal aku yang dimotivasikan & didorongkan oleh orang lain adalah

Kajian oleh : Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah


yang tulisan2 italic tu adalah respond daripada aku. Ok, ni aku anggap mende ni sebagai tagged ah. So kepada sesiapa yang baca tu diminta buat post pasal kajian bulan lahir korang lak [padan muka sape suruh baca. huahaha~]. Ini dikira sebagai 1 amanah dari ku. Ngeh2. Tapi bagi sesiapa yang bulannya sama dengan ku toksahle post (-_-)

Friday, April 30, 2010

Status telah diketahui akhirnya

Berehat sebentar bersama bloggy xD [tengah study Philosophy of Science & Muslim Technorat sebenarnya]

Akhirnya dapat juga tahu rahsia peribadi seseorang ni yang telah lama di-private-kan. Beliau akhirnya telah beritahu di publice mengenai isu ini.

Seperti yang kita, ku sedia maklum, GACKT ialah seorang duda. Perkara ni memang dah tau lama. Tapi rupa2nya beliau memang dah lama sangat menduda. Ini kerana beliau telah pun mendirikan rumahtangga pada usia yang sungguh muda! (O__O) Beliau telah berkahwin pada umur 20 tahun [pergh~ dahsyat gila! Sedangkan aku yang sekarang ni umur tersebut pun belum ada calon sesiapa lagi -_-]

Kenapa ek begitu awal GACKT mendirikan rumahtangga? Mungkin sebab ikut keputusan parents beliau kot. Parents beliau yang jodohkan mereka berdua kot. Yelah, GACKT ni seorang anak yang taat terutama pada ayahnya. Buktinya, masa kecil beliau sudah bermain piano (masa umur 3 tahun) & tak dibenarkan tengok rancangan tv selain daripada rancangan yang berunsurkan education. Semua ni ayah beliau yang suruh. [agak kesian kehidupan GACKT sewaktu kecil :( Kehidupannya tak macam kehidupan biasa kanak2]

GACKT waktu kecil [zettai kawaii~~~ (^w^)]

Kemudian, beliau mula menduda sejak masuk band MALICE MIZER [kalau tak silaplah sebab masa tu pun tengok gaya beliau time tu kelihatan seorang yang bukan sedang berumahtangga]. Tapi GACKT tak beritaulah siapa isteri dia tu (T^T)

Di bawah ni adalah petikan mengenai isu GACKT dedahkan status sebenar beliau :

During the discussion Nishikawa came up with the question, whether there was the wish to get married among them, to which GACKT revealed, that he had been married once when he was 20.

"At that time, I was young and I did not understand her properly either. However, I still don't think is had been a mistake. I think it was good to have met like that, because she was there, I am who I am today" GACKT said about his marriage.

And as if Nishikawa had been told not to talk about marriage since his first wife, he did not touch the issue personally. However, he did seem to be grateful to have met her, as well.

Tuesday, April 27, 2010

Cerita di Kg. Pandan & Metro Kajang

Huh, hari ni 1 hari suntuk keluar berjalan. Mana tak nye keluar pagi sampaile ke petang, dari Kuala Lumpur-Kajang-Bangi. Bukan pergi KL pun sebenarnya, pergi Institut Profesional Baitulmal (IPB) je. Saje nak melawat kawan2 lama di situ. Pendek kata mengubat rindu lah katakan xD First time tu datang IPB dengan pandu sendiri tapi bertemankan kawan2 sekolah ah. Kalau tak, tak berani de nak bawa jauh2 ni dengan solo. Tadi pun dah sesat sikit masa tengah mencari jalan ke sana. Siap sempat tengok peta di google lagi sebelum bertolak. Akhirnya terubat juga rindu pada member2 IPB. Huhu~ Hampir sejam lebih kot lepak dekat sana dan lepak di bilik member2. Pergh, memang rindu habis ah dengan biliknya, cafenya, suasananya, CC yang ownernya suka sangat mainkan lagu2 L'Arc~En~Ciel, suraunya, lifnya, dan suasananya. Adalah juga beberapa kenangan ku menjalani kehidupan di sana even sebulan. Tapi an yang tak syoknya an, haih~ (-,-) 'orang' yang ku minat time berada di IPB ni dulu dapat terserempak kejap je tu pun dapat sempat tengok belakang dia jelah. Lagi tak boleh blah time tu dia tengah jalan dengan aweknya yang free hair~ [hak2, sempat selitkan kegatalan sikit dalam entry ni xp]

Next chapter. Tadi cerita terubat rindu di IPB. Sekarang lak mau kongsi pasal "Sony Handycam DCR-SX63E"!! (^o^) Akhirnya ku dah beli jua~ [haish, masuk ni dah kali ke berapa ku korbankan PSP TT_TT] Penat tu beb mengumpul duit seribu dalam bank semata-mata nak beli handycam ni. Mungkin bagi orang lain akan mengata tentang aku beli handycam ni. Membazirlah, baik guna camera digital je untuk rakam lah, dan macam2 lagi ayat2 yang membawa unsur2 negatif. BUT! I don't CARE those! This's my choice, decision, and money. So, suka hati aku lah nak buat apa. Peduli apa dengan orang kata. Jangan biarkan hidup anda diselebungi dengan kata2 yang melemahkan semangat anda & membuatkan anda tidak tetap pendirian. Aku dah mula beware on this lepas dah kena kaunseling yang sungguh berkesan buat diriku oleh sorang member ni (^^)

Siapa kata takde faedah & gunanya? Tengok, sekarang sudah pun ada 1 projek (contest tu) yang memerlukan handycam ni sebagai salah satu pelengkap projek, selain bertujuan untuk merakam kenangan2 terindah bersama member2 rapat di Port Dickson nanti (^_^)

Oh ye, orang Cina yang menjual handycam ni sungguh mesra alam dan baik hati (^_^) even tak dapat nak offer less lagi. Dia siap tunjuk semua2 termasuk sanggup buka tripod stand sampai habis, dan free2 jadi ahli membership di kedai tu. Yelah, biasa an setengah penjual malas nak buka semua terutama tripod stand ni (>,>) Harga asal dalam RM14++ tapi ada less turun banyak gila beb~ RM1250! Try minta kurang lagi dengan bodek student price tapi dia tak bagi (T^T) So, dia gantikan dengan protector LCD screen percuma! Biasanya mende tu kena bayar tau. Tapi yang agak kelakarnya dia ni, suka gelak sendiri (=_=") Kitorang rasa tak kelakar pun, tapi nak tak nak aku pun tak pasal2 gelaklah gak, gelak tak ikhlas xD [kejam gila]. Oh, tapi ada 1 part lawak [bagiku jelah]. Ku tanya lah an boleh ambil duit dari akaun bank tak, dia kata boleh, then masa pergi buat dekat mesin yang kutip duit dari akaun bank tu, dia siap cakap lagi "ha, tengok. Dengan cara ini pun sudah boleh ambil" *dia cakap style loghat Cina pelat melayu beserta sengih* Haha, lawak2. Alhamdulillah ah, aku menghadap penjual yang mesra alam ni kalau nak dibandingkan dengan yang lagi satu tu, tengok rupa pun dah tau tak mesra alam langsung. Masa, mula2 masuk kedai tu, laki Cina yang tak mesra alam tu layan dulu, kemudian tah camne tetiba lak, laki Cina tu yang ambil alih dan layan daku.

Itulah cerita peristiwa2 yang berlaku di 2 tempat.

This is it, my beloved handycam X3 (2nd valuable & beloved thing after PS2) :


untuk mengetahui specs mengenai Sony Handycam DCR-SX63E silalah ke laman sesawang -> http://www.sony.com.my/product/dcr-sx63e

Sunday, April 25, 2010

Misi berjaya! Yossha! (^o^)o

Misi apakah itu? 'Misi tak mustahil' lakonan Tom Cruise xD

Hak2, main je xD Misi untuk membuatkan koro-neechan kembali ke dunia melukis (^u^)
Lebih kurang setahun 1/2 dak dah lama tak melukis? Ntohle, tapi yang pasti sejak dah kahwin ah [kan?] Dah berapa kali dah suruh dia kembali ke arena melukis melainkan dengan 1 syarat ni yang akan membuatkan semangat melukisnya kembali muncul, yakni, kena ada 1 set alatan melukis. So, pe lagi ku pun hadiahkanlah 1 set alatan melukis beserta buku dan fail sempena hadiah birthdaynya. Then, koro-neechan pun dah kembali semula ke dunia melukis [yaayy! dapat tengok semula lukisan2 dari dia dan boleh buat quest dgn banyak *sinaran di hujung mata*]

Pergh, tahun ni baru dapat artwork quest yang diminta sekian begitu lama, yakni, quest pasal Cloud into jrock fashion. Sankkyu koro-neechan! (^^)

Cloudyjrock xD


Cuba teka siapakah kelibat 2 orang di atas ini? xD



Itulah dia antara lukisan2 yang dilukis lepas koro-neechan dah kembali ke dunia melukis (^_^)

Innovation contest

Ingat lagi tak yang entry post sebelum ni ada sebut tentang diriku jadi wakil untuk course DIT (Diploma Information Technology) masuk satu contest ni? [Sure tak ingat punya -_-"] Ha, ni ku mau beritau apakah contest itu.

Yakni "Innovation & Creatif" contest. Tau tak FessTis tu pe? FessTis tu adalah Festival Sains Teknologi Inovasi Selangor. Deranglah yang menganjurkan program dan pertandingan ni. Selain buat pertandingan, derang ada buat program "Anugerah Inovasi Cemerlang Negeri Selangor". Antara pertandingan2 yang diadakan ialah rekacipta inovatif (2 kategori -> penciptaan kegunaan industri atau penciptaan kegunaan awam), animax (buat animasi yang inovatif), short documentary (temanya 'I Love Selangor'), dan fotografi. Hmm~ taktau nak masuk yang mana 1. Tapi antara semua2 tu duit yang paling masyuk dapat yang rekacipta inovatif tulah. 1st place RM8000, 2nd place RM5000, 3rd place RM3000~~~*mata bersinar-sinar*

Ni mau tunjuk brochure yang dapat :



untuk maklumat lanjut sila ke http://www.fesstis.com

Saturday, April 24, 2010

Showoff

Heh, bukan mau showoff yang berlagak tu le tapi mau saje je nak tunjuk 2 benda yang menarik bagiku untuk membelinya [bagi orang lain sudah semestinya taklah]. Tapi sebenarnya takdelah menarik sangat sebab benda2 ni benda yang biasa je pun (-_-)


Nilah dia replika gitar Reita~ xD Takdelah, saje je tu. Sape percaya memanglah (-_-") Reita an guna bass mana de guna gitar. Tapi rupa gitar ni seakan-akan macam bass Reita punya. Tak percaya pergi tengok sendiri dekat mana2 gambar Reita bersama bass nya atau dalam live show. Gitar hiasan ni dibeli di airport Medan, Indonesia [orang patutnya beli kraftangan Indonesia dekat airport (-_-")]




Ha, 1-1nye alas kaki yang menarik pernah ku tengok. Yelah biasanya balik2 jumpa yang Pooh, Mickey, bunga2, corak2 abstrak. Ni alas kaki DRAGON BALL tu beb! Dan gak guna Vegeta (my most fav character of DB) & Gohan sebagai model alas kaki ni. 1-1nye alas kaki yang guna gambar anime pernah ku jumpa [kesian gila~]. Sampai sekarang map ni masih bersih dan tiada kehitaman daki2. Maklumlah, sayang nak gunakannya sebagai alas kaki. So, ku simpan dalam bilik je jadikannya sebagai barang perhiasan bukannya jadikannya sebagai alas kaki. Beli kat GIANT, Nilai, dan guna duit mak xp pasal masa tu tengah shopping dengan mak dekat sana (^^)




Eh? Kata 2 je mau tayang? O_o
Ha~ Memangle 2 je BENDA yang mau tayang. Yang dekat atas tu bukannya BENDA tapi GAMBAR. Saje je mau tayang current desktop yang tengah guna sekarang xD
Siapakah gerangan lelaki itu? Lelaki itu adalah REITA! (^u^) merupakan bassist of the GazettE.

Wednesday, April 21, 2010

Even funny but still the cutest is maintain

Nak tau siapakah dia orangnya? Beliau adalah.....JENSEN ACKLES! X3 Ok, mungkin ramai yang tak berapa kenal kalau melalui nama sebenar. So, Jensen ni lebih disinonimkan dengan watak Dean Winchester! Bila sebut je Dean barulah orang kenal siapa itu Jensen. Sampaikan Jensen sendiri dah terbawa-bawa watak Dean dalam dirinya sendiri. Tak percaya tengok Cut Scene Supernatural bagi episod "Yellow Fever" (SN season 4).



Dah tengokkan? [Kalau tengokle -_-] Tu Jensen sendiri yang buat. Maksudnya, time tu beliau bukan buat sebagai Dean tapi sebagai dirinya sendiri (^^)
Tengok Jensen beria benar buat lips sync membuatkan beliau lagi bertambah comel plak X3

Video bawah ni lak, adegan2 lawak dalam cerita Supernatural. Betapa hebatnya pengarah cerita ni sebab membuat drama bersiri yang berunsurkan horror/action/comedy.