Thursday, January 20, 2011

Kenangan Terindah

Woo, ingatkan tiada kenangan terindah di zaman kolej ni. Yolah daripada sem 1 hingga sekarang (sem 5) sama je kehidupannya. Tetapi tidak hari semalam (19 Janurai 2011). Semalam telah munculnya 1 kenangan yang terindah, yakni berlakon pementasan sketsa bersama. Di saat akhir-akhir sem ni le baru nak muncul kenangan terindah tu. Biasanya camtule.

Dulu pernah juga berlakon bersama sewaktu kami di sem 4 tetapi masa tu kami jadi watak-watak kecilan saja sebab maklumle di-qonquer oleh seniors la katakan. Tapi tahun ni sempana majlis MANIS (Malam Kesenian Islam) di bawah pengendalian Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, kami pula yang ambil alih dengan melakonkan watak-watak memandangkan KAMI KINI ADALAH SENIOR~~~!! Huahaha. Kami bergabung dengan bebudak DCS sem 4, mentee Puan Siti Noor. Majlis MANIS ni tidak semestinya kena buat sketsa, boleh saja nak buat apa-apa pun sebab tajuk dan temanya bebas. Tapi mereka (kawan-kawan sekelas) memilih sketsa sekali lagi dan ideanya datang daripada mereka sendiri.

Kenapa perkara ini menjadi kenangan terindah kami? Kerana kami dapat rasakan ukhuwah antara kami menjadi lagi utuh dan rapat. Yelah semasa latihan dan yang betul punya persembahan kan masa itulah baru kami memberikan KERJASAMA yang AMAT TINGGI. Memang kenangan terindah yang AMATlah sejak bermulanya latihan sketsa kami yang dijalankan pada petang semalam sehinggalah tibanya masa kami mempersembahkan sketsa kami. Dan juga gelak tawa bersama-sama, serta mengata bersama mana-mana persembahan yang agak macam bosan (selamba gila xD)

Cerita sketsa kami mengenai seorang anak yang cacat ini tiada tempat pergantungan malah disisihkan oleh keluarganya sendiri -> mak dan 3 orang kakaknya. Yang 3 orang kakaknya ini pula semuanya jahat-jahat belaka. Sering saja minta duit daripada mak mereka untuk membelanjakan diri mereka dengan hiburan haram. Kemudian pada suatu hari, anak yang cacat ini sudah tidak tahan melihat kakak-kakaknya diperlakukan terhadap mak mereka sebegitu rupa, dia menghalang kakak-kakaknya daripada membuat begitu hingga sanggup mengejar kakak-kakaknya yang baru saja merampas duit dan barang kemas daripada emak mereka. Kemudian malang tidak berbau, dia telah dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan lalu meninggal dunia. Apabila emaknya mendapat tahu, emaknya barulah nak mengaku yang si cacat itu anak dia dan berasa sangat sedih dan terkejut hinggalah meninggal dunia. Kemudian, apabila 3 orang kakak tersebut pulang ke rumah mereka dapati sudah kehilangan emak dan adik mereka lalu mereka menyesal yang amat. Begitulah kisahnya.

Barisan Para Pelakon :
Si Cacat - Alia
Emak - Una
Along - Kak Lin
Angah - Kak Su
Alang - t7
Kawan 3 orang kakak jahat :
- Piqa
- Kak Na
- Amal
Makcik Becok - Nabilah (DCS sem 4)
Pemandu & penumpang langgar lari - 4 orang DCS sem 4
Makcik2 - Dora & bebudak DCS sem 4

Pengarah & Narrator - Kak Ti

Haha. Sorry tak ingat nama bebudak DCS sem 4 yang lain xp
Pelakon-pelakon ni pun semuanya bertukar watak daripada yang asal kecuali beberapa orang saja yang tetap wataknya. Ini semua gara-gara kami lebih sesuai memainkan peranan watak-watak tersebut dengan kebolehan kami tersendiri lepas dah scene test. Chey poyo je xp

Idea asal itu datang daripada mereka. Aku cuma tokok tambah sikit-sikit saja. Oh ye, tak sangka pula kali ni aku memainkan watak yang boleh dikatakan penting jugalah. Yolah sebelum ni, semasa di zaman persekolahan dulu, aku selalu jadi orang belakang tadbir dan pegang jawatan bahagian sound effect saja. Tapi kali ini tidak pula, dan ini merupakan kali PERTAMA aku berlakon di khalayak! Nasib baik semua perempuan je dalam auditorium tu. Jadi taklah rasa malu sangat. Ini semua gara-gara aku membetulkan seorang watak kakak jahat ni kepada kawan kerana dia sememangnya seorang yang lembut jadi sukarlah nak mainkan watak ini untuk menampakkanya kejahatan itu menjadi lebih real. Akhir-akhir mereka pilih aku memegang salah seorang watak kakak jahat itu. Oooh apa lagi aku pun rembat sajalah tanpa fikir panjang sebab watak jahat yang ala-ala macam gangster ni memang aku dah lama ingin lakonkannya jika ada watak tersebut yang masih kosong tempatnya. Hee XD
Waaah~ jadi watak VILLAIN rupanya aku ni. Masyuk~ Haha, teringat pula kata ayah aku bila aku beritahu beliau mengenai perkara ini :

'Abah : ada masuk serta apa-apa ke untuk program tu?

t7 : Ada

Abah : buat apa?

t7 : Berlakon *sengih*

Abah : Berlakon sekali?

t7 : A'ah

Abah : *muka terkejut sebab tak sangka anaknya turut berlakon* berlakon sebagai apa? hero?

t7 : Takdelah, sebagai orang jahat *sengih*

Abah : *muka terkejut lagi* Berlakon orang jahat tu nanti jangan jadi orang jahat betul-betul pula lepas tu

t7 : Takdelah abah, itu berlakon je'


lebih kurang begitulah perbualan kami berdua dan itulah kata-kata ayahku.

Huhu, FIRST TIME jugalah terima tawaran lakonan tanpa ada tolak-tolak. Alah sekali-sekala apa salahnya merasa menjadi orang penting di pentas tu kan. Selama ni asyik jadi orang belakang tadbir saja. Itu sebab ada lelaki, jadi, lebih rela dan mahu jadi orang belakang tadbir saja. Kalau semuanya perempuan seperti ini, barulah berani dan nak mencuba jadi orang penting tadbir pula. Lakonan pun takdelah kaku nanti. Hee.

Memang semalam merupakan hari RELEASE TENSION lah bagi kami semua bergembira bersama. Tapi sekejap jelah, 1 hari je (!__!) Setelah selesai je perkara tersebut, masing-masing akan fikir kembali mengenai F. Y. P. (¬_¬")


DIT students batch 2008 & Mentee Puan Shakira are the BEST EVER!!!

Tuesday, January 11, 2011

2 things that amazed me much

What are they? Here they are, one is a superb digital drawing and another one is 3D creating.

A DIGITAL DRAWING

Even though has many cool and awesome drawing out there but this one I really impressed when see it and quickly make it as a desktop wallie (think wanna use it for along time) on my laptop. I really proud and give my honor much to this owner of the drawing. Sorry for don't know who drew the image because I just got it from google image searching. So, what kind of drawing picture that really amazed me? Here take a look on it


:: CLOUD STRIFE ::

REALLY COOL and freaking AWESOME isn't it?
(O_O) => (*O*) => (*-*)


3D CREATING & SCULPTING

And this one, I want to show you guys the really great male anatomy 3D sculpting. Hey2, don't misunderstanding with it. I impressed it because of the sculpting that makes the muscles look really realistic eh. You know what it actually quite difficult to expose the muscles. So that's why I amazed with this work that created by Khalid Al Muharraqi. This one also I give my honor much to him.




AWESOME! When I can do this like he does??? (O,o)

Sunday, January 02, 2011

chibi Iron Chef XD

Ladies and gentlemen! This is the young chibi Iron Chef comes from Malaysia. She want to show us her amazing cooking!

\(^o\) (/o^)/



Happy Belated Birthday (2 JAN) Si Kecik Chubby! *\(^o^)/*


paling suka part -> 2.27-2.29 sebab lawak XDDD

Malam dia main ni, bila tibanya masa tidur, kemudian, semasa dia tengah tidur tetiba dia terbangun dan nangis akibat mendapat mimpi ngeri. Bangun saja dia terus nangis dan jerit, "Antu! Antu!". Taktaulah sama ada dia mimpi yang umminya dan PakDenya muncul di tingkap mini dapur tersebut atau sebaliknya. Tapi serius lawak gila time riaksi Qisya semasa mereka berdua kacau dia masak. Terus hilang mood main lol XDDD



- do not own 'Iron Chef' -

p/s : simple edit by using Movie Maker. Lazy to edit with the advanced one plus adobe Premier software is useless (¬_¬")

Saturday, January 01, 2011

:: Pembukaan mukasurat baru bloggy - ZOII ::

Kini Bumi telah mencecah umur 2011!!! Wow! Umur yang paling lama, tapi kenapa tidak dimasukkan dalam "Genius All Record" ek?

Alakulihal, memang dah jadi rutin manusia tiap kali tahun baru saja mesti mempunyai azam baru untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. Dan rata2 ramai yang menyatakan azam2 mereka itu. Akan tetapi, di lembaran mukasurat baru bloggy ini bukan nak menyatakan AZAM tapi PERSOALAN. Maklumle tiada azam yang nak dibuat sebab hidup sama saja daripada dulu sampai sekarang (=_=) Rasanya lepas sekolah kot aku dah tinggalkan membina azam2 ni tiap kali menjelangnya tahun baru je.

Ok kembali pada topik. Persoalannya adalah 'apakah yang terjadi kepada bloggy, fb, gaiaonline, dan twitty ku ini sekiranya suatu hari nanti sudah tiada di dunia ini???'. Yelah ajalkan tiada siapa pun yang tahu melainkan Allah S.W.T. Jadi, kita jangan sangkakan yang tahun ini kemungkinan dapat hidup dengan lebih lama sikit lagi. Hal yang demikian, banyak kali jugalah terfikir mengenai perkara ni tiap kali teringat perkara kematian. Tapi persoalan ni dah ada perjawapannya jawapannya yakni, terkubur begitu sajalah akaun2 ini. Yelah siapa lagi yang nak meneruskannyakan. Sudah tentulah tiada siapa. Kalau ada fanpage sebagai memberi penghormatan terakhir kan syok. [Baka da] Mengarut semata-mata

Wednesday, December 15, 2010

Anime Melayu!!! \(^o\) (/o^)/


Ambil perhatian wahai2 kipas-susah-mati anime!!! Akhirnya Malaysia melancarkan juga animasi yang berkonsepkan anime (ingatnya konsep anime dan animasi2 yang lain sungguhlah jauh berbeza) !!!! Animasi yang berkonsepkan anime ini boleh terhasil hasil kerjasama syarikat animasi tempatan, FUNCEL dengan GONZO. Oh ya, FINAS pun terlibat juga sebab merekalah yang tukang nak meluluskannya (^_^) Dan anime ini telah diarahkan oleh Hiroyuki Kitakubo (pengarah daripada Blood: The Last Vampire).

Anime Malaysia ini ialah "Satria - The Warriors of 7 Elements", mengisahkan tentang hikayat Pahlawan2 Melaka, antaranya 5 Hang Bersaudara serta sejarah Melaka. Uoohooo! *jerit macam Luffy* (OwO) Su-geeeeiiii~!! *cakap macam style Luffy* \(*O*)/

Tak sabar nak saksikan anime Malaysia ni! o(>w<)o Akan bakal disiarkan pada tahun 2012


Berikut adalah 'character sheet' daripada Kitakubo-san :


"Han Towa (Hang Tuah)" - Kitakubo-san


in warrior costumes




Satria - The Warriors of 7 Elements : Villains


Hang Jebat is my fav in Malay Warrior, and guess what, he looks handsome and MACHO in "Satria The Warriors of 7 Elements" XD

Chotto, kalau Hang Tuah disebut dalam bahasa Jepun -> 'Han Towa', jadi, Hang Jebat disebut dalam bahasa Jepun 'Han Jebatto'..? (O_o)



Sources : c21Media, Lowyat.net, animenewsnetwork
Picture sources : wakarimasen lol (☞゚∀゚)☞

Thursday, December 09, 2010

The Memory of VISTA

Dah lama tak tengok laptop ni bersistem operasikan WINDOW VISTA. Oh, kenangan sungguh bila melihat semula 2 gambar ini :






Kenapa ianya adalah kenangan? Kerana kini aku telah menjadi pencinta XP




Sekarang dah tak biasa sangat dah guna Vista. Itulah padahnya menjadi pencinta XP

Tuesday, November 02, 2010

BIAR BETUL?! OoO

Perkara ni baru je berlaku dalam pukul 8pm lebih tadi. Sedang drives balik ke rumah, tetiba.................................................................................ternampak beberapa ekor binatang di tepi2 jalan dan di atas divider.


(lebih kurang camnilah reaksi muka aku bila nampak binatang2 tersebut)

Kalau takat kucing ke anjing ke ayam ke takpe lagi. Tapi ini sememangnya BINATANG YANG TIDAK SEPATUTNYA ADA DI JALAN SEKITAR KAWASAN PERUMAHAN!!! Apakah binatang2 tersebut? Yakni -> LEMBU & KUDA!!!!!!


Amat logikkah untuk binatang2 tersebut berada di kawasan yang sebegitu??????!!!!
Bukankah sepatutnya mereka berada di ladang atau kandang???????!!!! Nak kata ada orang bela tak pernah lak aku nampak rumah yang ada KANDANG!!!
Dah tu pula, sedap2 je binatang2 tersebut sedang menikmati makan rumput2 yang ada di tepi jalan dan atas divider.

Itulah kebahayaannya memandu kereta di waktu malam even di kawasan perumahan pun. Alhamdulillah yang amat aku hanya nampak BINATANG2 'PELIK' compared to perkara2 yang 'tak diingini'




- the tiny avi is credit to http://sdb.neuropod.net -

Thursday, October 21, 2010

Bilik 3in1 yg SEMPOI~

Kenapa dipanggil 3in1? Sebab :

(1) Bilik tidur - faham2 sendirilah bilik tidur ni an
(2) Ofis - merupakan tempat aku membuat kerja dan study [study ke~]
(3) Stor - ia akan jadi sebuah stor apabila bersepah xD

So, itulah dia "BILIK 3in1"!!!

Hari Isnin baru ni ntah kenapa tetiba mood MENGEMAS BILIK muncul tiba2. Mungkin selepas baca blog Didi kot. Hmm *fikir* Ya, sememangnya mood itu muncul lepas baca blog Didi.

"Waaaaaaaaah~ banyak gila habuk..!" itulah perkataan yang disebut ketika baru nak mulakan operasi mengemas. Sudah beberapa tuuttt *rahsia* rupanya tak mengemas bilik sendiri xp

Ok Di, ko mau tengok sangat an rupa bilik ku macam mana. Bilik ko dengan aku memanglah nyata amat sangat berbeza baik dari segi tema mahupun rupa. Walaupun tuannya ini seorang yang macho tapi biliknya tidaklah macho seperti apa yg ko sangakakan. Macam kebudak-budakkan malah sempoi adalah aku tengok. Tapi aku peduli apa!

Ok, bermulalah operasi TERJAH-MENERJAH~! *berlatarbelakangkan lagu "Terjah" - Melodi*


Mestilah mula terjah dengan pintu masuk dulu an. Ok, sebelum aku terangkan pasal nombor, aku nak sedia maklumkan dulu bahawa pintu2 di rumah ku ini kesemuanya ada nombor dan mengikut urutan. Tapi hanya bilik ku saje tidak ikut urutan nombor sebab, mestilah mau bilik sendiri menggunakan nombor kegemaran an. Jadi itulah sebabnya mengapa ada no.7 di pintu tersebut. Oh, nampak plushie Cloud comel terpampang di situ~ xD



TADAAA~! Inilah rupa disebalik pintu. Heh. TV tu HANYA BERFUNGSI apabila :
1) aku bermain PS
2) tengok anime Shin-chan yang selalu disiarkan pada hari Sabtu pukul 7pm di channel Ntv7
Karpet Dragonball tu edisi terhad woo~ pasal susah mau carinya. Alhamdulillah, secara kebetulan pula jumpanya di Giant Nilai. Dahle LAST STOCK. Oh, nampak tak rak buku tu? Takmo explain sekarang. Nak explain time dah close-up kan nanti.
Hehe, ada gitar beb dekat belakang tong sampah tu. Tapi gitar untuk main "Guitar Hero / Rockband" jelah. Aku suka gilababas dowh 2 games ni! (>w<)



Yeah~ Ini adalah karmaku. Sempoi je dowh. Dan mereka berempat itu adalah teman2 sepenidur ku xD
Di, ingat lagi tak Teddy Bear tu? Hadiah birthday ko kasi tu. Heheh. Tapi sekarang dia dah jadi RockBear sebab aku pakaikan dia rantai (gelang Puma) xD
Tadi karpet ni bantal pula, memang sah dah aku ni kipas-susah-mati Dragonball XD
Oh, 2 gambar LELAKI AMAT KACAK itu adalah sorang pakwe (belah kiri) dan sorang lagi bakal suami (belah kanan) xD



Di sinilah tempatnya aku membuat segala kerja / assignments, study dan juga melukis (perkara yang paling jarang dibuat kerana ianya hanya ikut mood je). Di kerusi itulah aku duduknya kemudian katil jadi meja. Hee XD



Yang ni pula 'meja apa2 aje'. Rupa asalnya adalah meja solek. Tapi memandangkan tuan punya bilik ni tak bersolek jadilah 'meja apa2 aje'. Tengoklah kan pelbagai jenis barang ada atas tu. Siap ada figura Zoro & PSP kesayangan lagi tu beb! Gambar si comel dalam frame tu adalah Ryota~ (>w<) (Miyagi Ryota, Slamdunk)



Ni almari berkaca kecil sambungan daripada meja apa2 aje tadi tu. Tingkat bawah tu letak figura chibi One Piece (daripada kiri : Usopp, Nico Robin, Sanji) dan 2 buah model mini sporty cars (left : Shooting Star Tamiya, Hotwheels). Tingkat atas pula, 2 piala kenangan, 1 dapat masa Perlawanan Terbuka Bola Keranjang di Sekolah Menengah, lagi 1 dapat masa di Sekolah Rendah.



Ha! Inilah dia rak yang penuh dengan KOLEKSI ONE PIECE!!!!! I'm not only die-hardest-fan of Dragonball but die-hardest-fan of One Piece too and like much than Dragonball! 2 tingkat telah ditawan oleh manga2 (komik) One Piece dan 1 tingkat ditawan oleh dvd anime & movie One Piece beserta 2 figura Zoro kesayanganku. Benda berwarna biru di sebelah kiri itu adalah dumbbell, digunakan untuk aku membina muscles di kedua-dua belah lengan! xD

Sa, sekianlah terjahan yang dibuat. Cet, free2 je korang tengok bilik aku an (>_>)

Saturday, October 09, 2010

Petua Imam Syafie

4 perkara meguatkan badan :
* makan daging
* memakai haruman
* kerap mandi
* berpakaian daripada kapas

4 perkara melemahkan badan :
* banyak berkelamin (bersetubuh)
* selalu cemas
* banyak minum air ketika makan
* banyak makan makanan yang masam

4 perkara menajamkan mata :
* duduk menghadap kiblat
* bercelak sebelum tidur
* memandang yang hijau
* berpakaian bersih

4 perkara merosakkan mata :
* memandang najis
* melihat orang yang dibunuh
* melihat kemaluan
* membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran :
* tidak banyak berbual kosong
* rajin bersugi (gosok gigi)
* bercakap dengan orang soleh
* bergaul dengan para ulama

4 cara tidur :
* TIDUR PARA NABI - tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
* TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga solat malam
* TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
* TIDUR SYAITAN - menelungkup / meniarap seperti tidurnya ahli neraka


Friday, October 01, 2010

Finally like the females XD

Hey2, don't misunderstand with that title okay. I'm not les!!
'Female' that I refer is anime / Japanese characters not a human. Wakarimashita (Understand) ?

Kebiasaannya dalam watak2 anime / Japanese characters (eg: Game characters) ni, aku lebih sukakan watak2 lelaki berbanding dengan perempuan. Yelah seperti yang dah sedia maklum, watak2 lelaki anime / Japanese characters ni yang dipanggil "Shounen" ni kan handsome2, macho2, cool, ada sikit kecomelan, ganas2, kuat2 dan sekaum dengannyalah. Yang watak2 perempuan lak dipanggil "Shoujo", sukarlah untuk diminatinya dengan senang. Bagi aku lah. Ada pun 4 orang je yang aku minat. 1 wakil untuk anime dan lagi 3 wakil untuk game. Dan 4 orang ni merupakan watak perempuan yang PALING aku SUKA~
Iaitu -> TIFA LOCKHART (FF7), NICO ROBIN (ONE PIECE), YUFFIE KISARAGI (FF7), LIGHTNING (FF13) !



Nico Robin
"Mysterious Cool Beauty" (nickname)

80 million Beli

Archeologist, Straw-hat Pirate's crew member

ハナハナの実 [Hana Hana no Mi] (Fruit Devil Power)

28 yrs ; 188cm

Able to decipher 'Poneglyphs'


Dan ini adalah antara sebab-musabab mengapa aku suka sangat pada Robin ni :
* Robin is the most coolest lady not just in One Piece but also in a whole Anime that I've seen
* Selalu buat tindakan dan apa2 perilaku dengan tenang saja. Sebab tu lah Dia ni the COOLEST LADY
* Dalam Mugiwara no Luffy Kaizoku, Robin yang jadi tukang menenangkan keadaan dan menyelesaikan masalah dengan cara tenang
* Mempunyai pandangan mata yang sangat tajam tapi still maintain her coolest
* Merupakan perempuan ke2 yang lawa dalam One Piece (Pertama lawa, Nico Olvia, emak kepada Nico Robin [no wonder Robin pun lawa~!!! >w<)
* Senyuman dia sangat sweet dowh~
* Last but no least, all her attitudes and appearance I like so much a and those are the reason why I like Robin-san X3

I like her glares

See! Tengok gambar atas ni dah boleh tau yang Robin ni seorang yang cool




Tifa Lockhart
20 yrs ; 5'5" inch

May 3rd
Nibelheim (Same hometown with Cloud)
Bar hostess

Glove (Weapon)

Expert martial artist


Antara sebab-musababnya :
* I like much her name, TIFA! But I dont want to say it why. Just the people who knows me are know the reason about it. Waahaha
* Seorang perempuan yang sangat KUAT & BERANI BERLAWAN. No wonder she is so expert in martial art. No need the weapon like sword or whatever you take to take care the self
* Merupakan perempuan yang PALING5 LAWA dalam Final Fantasy siri
* Semangat setia kawan yang TINGGI dan sentiasa MENYOKONG Cloud tak kira apa jua halangan yang datang
* Merupakan kawan baik Cloud [oh, tak pasti dia ada hati pada Cloud ke tak tapi tengok gaya macam ada] -> ini dijadikan reason sebab aku kan suka sangat tahap max pada Cloud, so, no wonder lah kan, dan even kalau mereka berdua bersama pun aku tak kisah malah lebih suka adalah. hee
* Independent heroine
* Last but no least, all her attitudes and appearance I like so much a and those are the reason why I like Tifa X3





Yuffie Kisaragi
16 yrs ; 5'2" inch

November 20th

Wutai

Materia Hunter

4-point Shuriken (Weapon)

Stalwart fighter


Antara sebab-musabab :
* Seorang yang sangat sneaky. haha! I like it xD
* Merupakan perempuan yang PALING COMEL dalam Final Fantasy Siri
* Dia seorang yang lawak dowh, suka kacau orang, bersahaja~ [teringat lak Zack asyik kena dipermainkan oleh Yuffie yang mana masa tu Yuffie seorang kanak2 lagi]
* Merupakan seorang NINJA yang hebat [I like ninja and assassin]
* Naik baran bila barang kesayangannya (Materia) dicuri orang lain
* Last but no least, all her attitudes and appearance I like so much a and those are the reason why I like Yuffie X3




LIGHTNING
21 yrs ; 171cm

Bodhum

Commando, Ravager, Medic

Blazefire Saber (Weapon)

Army of One


Antara sebab-musabab :
* Muka Lightning ni muka CLOUD-kun!!!! in a short word is she's Cloud's twin XD
* Merupakan perempuan yang 1-1nya hero Final Fantasy siri yang sememangnya layak menjadi HERO of the Story (compared to Tera si gedik macam Aerith tu )
* Kuat & berani berlawan
* Perempuan ke2 lawa selepas Tifa dalam Final Fantasy siri
* Last but no least, all her attitudes and appearance I like so much a and those are the reason why I like Lightning X3

Proof that her face is 100% looks like Cloud-kun



Thursday, September 30, 2010

Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden

Ok, perkara ini dah pun banyak di'post'kan di mana2 blog / laman sesawang forum yang wujud di alam maya ni. Jadi aku pun ingin menurut serta dalam memberitahu perkara yang amat PENTING bagi setiap umat ISLAM terutama para muslimah. Tak salah kan kalau aku meng'copypaste' benda yang baik? Bak kata pepatah movie; "Baik punya cilok"

Lagipun, bukankah help spread the messages of Islam, Allah will help you. So, sebagai umat Islam dan telah tau mengenai ini, haruslah bertindak dalam menyampaikannya pada umat2 Islam yang masih belum tau.

So, apa perkara yang ingin disampaikan ialah berkenaan tudung masa kini yang telah berlanggarkan syariah disebabkan hanya mengikuti edaran fesyen yang semakin berkembang..!

"TUDUNG DI AKHIR ZAMAN"




Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!! PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika
Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis Nabi Muhammad SAW:"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta



Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat


Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan


Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.


Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..



petikan ini diambil daripada laman sesawang -> 'http://www.kampungfm.com/viewtopic.php?p=48976'


Oh, by the way, sila luangkan masa sepenuhnya untuk membaca entry post yang ini hingga habis. Jangan beri alasan MALAS KERANA IANYA PANJANG LEBAR. Ingat, ini adalah 1 mesej Islam yang wajib kita ketahuinya supaya kita beriman & bertaqwa pada Allah SWT dan berpegang teguh pada ajaran Allah SWT yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran nur Karim

Tuesday, September 28, 2010

sangat bahagia & gembira~

Mungkin bagi orang lain ini adalah satu yang REMEH SAHAJA Tapi bagiku TIDAK SAMA SEKALI Ianya 1 perkara yang SUNGGUH berharga Nan desu ka? Kore wa.. FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE (FF7 ACC) no eiga desu yo!!!!
No wonder I'm as an FINAL FANTASY VII otaku, this movie is very precious and important to me. And that's why I feel so so so HAPPY & HAPPINESS~!!


Ho, chotto, ada sedikit info mahu diberitahukan mengenai FF7 ACC ni. FF7 ACC ni amatlah berBEZA dengan FF7 AC biasa. Apa yang membezakan 2 movies ini? Ianya adalah berkenaan scenes & animation effects. Ini perbezaan yang mahu diberitahukan :

1) Scenes yang ditokok tambah
Bagi yang sudah tonton FF7 AC tanpa bermain game FF7 yang asal di PS1, mungkin mereka agak sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana ada beberapa scene2 yang macam tidak dimasukkan menyebabkan beberapa plot cerita ada yang tergantung. So, di dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE (ACC) ni lah Tetsuya-san telah menambahkan lagi beberapa scene untuk menghasilkan plot yang lengkap untuk mudah difahami orang ramai.

2) More animation effects have added

Dalam AC biasa, kalau korang perasan ada sedikit tidak kelogikan mengenai karakter yang sedang berlawan. Yakni, mereka tiada sebarang cedera yang wujud pada badan mereka, betul tak?
So, dalam ACC ada penambahan efek cedera (luka, lebam, darah) pada karakter2 yg sedang & lepas berlawan Lagi 1, efek pada aksi2 lawan yang wujud dalam ACC ni LEBIH GEMPAK & MANTAP compared to yang dalam AC

Kenapa perlu sampai buat 2 kali movie yang sama? Sebabnya pada yang movie pertama, FF7 AC, merupakan movie FINAL FANTASY siri yang PERTAMA dihasilkan dengan teknik CGI dan pelbagai lagi latest animation elements yang digunakan. Sebelum ni kan, movie pertama FINAL FANTASY siri, FINAL FANTASY THE SPIRIT WITHIN, hanya menggunakan elemen 3D sahaja. So, disebabkan FF7AC ni merupakan movie yang pertama menggunakan teknik CGI, mestilah ada beberapa kelemahan di situ. Sebab itulah, Tetsuya-san sekali lagi menghasilkan ADVENT CHILDREN dengan yang SERBA LENGKAP untuk memuaskan hati beliau, pihak SQUARE ENIX dan juga yang paling penting PEMINAT & PENONTON! Itulah sebabnya nama pun -> FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE



Cerita ni dikuarkan di JEPUN pada bulan September tahun lepas kalau tak silap. Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH yang amat ku ucapkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua aku menonton movie yang dingidamkan selama ini walaupun hanyalah pirate [ops ]
Yelah nak beli original tak mampu MAHAL GILABABAS! Kena beli sekali dengan CLOUD BLACK 160gb PS3
Ni pun aku hanya jumpa yang khas untuk dimainkan di PSP je (>_>) Ada gak jumpa yang format .avi yang boleh main untuk mana2 tapi sampai sekarang masih 0% result download di BitComet sebab tiada seed
Tapi takpelah. Yang ada ni pun dah kira bagus, janji ada an daripada takde langsung.

Ok, di bawah ni mahu tunjuk sikit beberapa scene yang ditokok tambah dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE :

Sephiroth cucuk Cloud sekali lagi seperti yg mana dilakukan dalam FF7


Cloud bawa balik Denzel


Cloud & Marlene di luar 7th Heaven


Denzel pegang hp Cloud


TURKS berkumpul (semua muka nampak jelas)



Yosha! another MISSION ACCOMPLISHED!!! I've got FF7ACC OST (get from this website -> 'FFShrine')!!!! (^O^)o Credit and thanks much to 'FFShrine' forum website! (^^)

Sekarang barulah package lengkap, dah dapat ke2-2nya sekali benda yang paling diidamkan selama ini -> FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE & FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE REUNION TRACKS (OST)