Thursday, January 20, 2011

Kenangan Terindah

Woo, ingatkan tiada kenangan terindah di zaman kolej ni. Yolah daripada sem 1 hingga sekarang (sem 5) sama je kehidupannya. Tetapi tidak hari semalam (19 Janurai 2011). Semalam telah munculnya 1 kenangan yang terindah, yakni berlakon pementasan sketsa bersama. Di saat akhir-akhir sem ni le baru nak muncul kenangan terindah tu. Biasanya camtule.

Dulu pernah juga berlakon bersama sewaktu kami di sem 4 tetapi masa tu kami jadi watak-watak kecilan saja sebab maklumle di-qonquer oleh seniors la katakan. Tapi tahun ni sempana majlis MANIS (Malam Kesenian Islam) di bawah pengendalian Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, kami pula yang ambil alih dengan melakonkan watak-watak memandangkan KAMI KINI ADALAH SENIOR~~~!! Huahaha. Kami bergabung dengan bebudak DCS sem 4, mentee Puan Siti Noor. Majlis MANIS ni tidak semestinya kena buat sketsa, boleh saja nak buat apa-apa pun sebab tajuk dan temanya bebas. Tapi mereka (kawan-kawan sekelas) memilih sketsa sekali lagi dan ideanya datang daripada mereka sendiri.

Kenapa perkara ini menjadi kenangan terindah kami? Kerana kami dapat rasakan ukhuwah antara kami menjadi lagi utuh dan rapat. Yelah semasa latihan dan yang betul punya persembahan kan masa itulah baru kami memberikan KERJASAMA yang AMAT TINGGI. Memang kenangan terindah yang AMATlah sejak bermulanya latihan sketsa kami yang dijalankan pada petang semalam sehinggalah tibanya masa kami mempersembahkan sketsa kami. Dan juga gelak tawa bersama-sama, serta mengata bersama mana-mana persembahan yang agak macam bosan (selamba gila xD)

Cerita sketsa kami mengenai seorang anak yang cacat ini tiada tempat pergantungan malah disisihkan oleh keluarganya sendiri -> mak dan 3 orang kakaknya. Yang 3 orang kakaknya ini pula semuanya jahat-jahat belaka. Sering saja minta duit daripada mak mereka untuk membelanjakan diri mereka dengan hiburan haram. Kemudian pada suatu hari, anak yang cacat ini sudah tidak tahan melihat kakak-kakaknya diperlakukan terhadap mak mereka sebegitu rupa, dia menghalang kakak-kakaknya daripada membuat begitu hingga sanggup mengejar kakak-kakaknya yang baru saja merampas duit dan barang kemas daripada emak mereka. Kemudian malang tidak berbau, dia telah dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan lalu meninggal dunia. Apabila emaknya mendapat tahu, emaknya barulah nak mengaku yang si cacat itu anak dia dan berasa sangat sedih dan terkejut hinggalah meninggal dunia. Kemudian, apabila 3 orang kakak tersebut pulang ke rumah mereka dapati sudah kehilangan emak dan adik mereka lalu mereka menyesal yang amat. Begitulah kisahnya.

Barisan Para Pelakon :
Si Cacat - Alia
Emak - Una
Along - Kak Lin
Angah - Kak Su
Alang - t7
Kawan 3 orang kakak jahat :
- Piqa
- Kak Na
- Amal
Makcik Becok - Nabilah (DCS sem 4)
Pemandu & penumpang langgar lari - 4 orang DCS sem 4
Makcik2 - Dora & bebudak DCS sem 4

Pengarah & Narrator - Kak Ti

Haha. Sorry tak ingat nama bebudak DCS sem 4 yang lain xp
Pelakon-pelakon ni pun semuanya bertukar watak daripada yang asal kecuali beberapa orang saja yang tetap wataknya. Ini semua gara-gara kami lebih sesuai memainkan peranan watak-watak tersebut dengan kebolehan kami tersendiri lepas dah scene test. Chey poyo je xp

Idea asal itu datang daripada mereka. Aku cuma tokok tambah sikit-sikit saja. Oh ye, tak sangka pula kali ni aku memainkan watak yang boleh dikatakan penting jugalah. Yolah sebelum ni, semasa di zaman persekolahan dulu, aku selalu jadi orang belakang tadbir dan pegang jawatan bahagian sound effect saja. Tapi kali ini tidak pula, dan ini merupakan kali PERTAMA aku berlakon di khalayak! Nasib baik semua perempuan je dalam auditorium tu. Jadi taklah rasa malu sangat. Ini semua gara-gara aku membetulkan seorang watak kakak jahat ni kepada kawan kerana dia sememangnya seorang yang lembut jadi sukarlah nak mainkan watak ini untuk menampakkanya kejahatan itu menjadi lebih real. Akhir-akhir mereka pilih aku memegang salah seorang watak kakak jahat itu. Oooh apa lagi aku pun rembat sajalah tanpa fikir panjang sebab watak jahat yang ala-ala macam gangster ni memang aku dah lama ingin lakonkannya jika ada watak tersebut yang masih kosong tempatnya. Hee XD
Waaah~ jadi watak VILLAIN rupanya aku ni. Masyuk~ Haha, teringat pula kata ayah aku bila aku beritahu beliau mengenai perkara ini :

'Abah : ada masuk serta apa-apa ke untuk program tu?

t7 : Ada

Abah : buat apa?

t7 : Berlakon *sengih*

Abah : Berlakon sekali?

t7 : A'ah

Abah : *muka terkejut sebab tak sangka anaknya turut berlakon* berlakon sebagai apa? hero?

t7 : Takdelah, sebagai orang jahat *sengih*

Abah : *muka terkejut lagi* Berlakon orang jahat tu nanti jangan jadi orang jahat betul-betul pula lepas tu

t7 : Takdelah abah, itu berlakon je'


lebih kurang begitulah perbualan kami berdua dan itulah kata-kata ayahku.

Huhu, FIRST TIME jugalah terima tawaran lakonan tanpa ada tolak-tolak. Alah sekali-sekala apa salahnya merasa menjadi orang penting di pentas tu kan. Selama ni asyik jadi orang belakang tadbir saja. Itu sebab ada lelaki, jadi, lebih rela dan mahu jadi orang belakang tadbir saja. Kalau semuanya perempuan seperti ini, barulah berani dan nak mencuba jadi orang penting tadbir pula. Lakonan pun takdelah kaku nanti. Hee.

Memang semalam merupakan hari RELEASE TENSION lah bagi kami semua bergembira bersama. Tapi sekejap jelah, 1 hari je (!__!) Setelah selesai je perkara tersebut, masing-masing akan fikir kembali mengenai F. Y. P. (¬_¬")


DIT students batch 2008 & Mentee Puan Shakira are the BEST EVER!!!

2 comments:

"pemilikbelog" said...

haha..mang bes la..abh ko tkejot r tgk ank dy nk blakon...
btw hope pas bes blaja ni still contx 2gether r kn..kah3

Tensai7 said...

yolah mana x nya x prnh2 anknya aktif melibatkn diri dlm mana2 esp. berlakon. Haha.

Yup, itu dah pasti! Ho, tetba aku ada 1 idea lak nak wat berlakon lg tp kali ni just suka2 then dirakam melalui vidcam. Kira cam buat drama betul lah. Hee XD