Sunday, June 26, 2011

WHAAAAAT???! Laruku had owned PS1 game??? O.O

Huh!? O.O Ini tidak adil! *cakap macam Abdul Wahub ke Wahid ek*

Yelah, GACKT takde gamenya sendiri melainkan game yang menggunakan dirinya sebagai model saja -> FF7 Crisis Core & Bujingai. Tetapi tidak bagi Laruku a.k.a L'Arc~En~Ciel, diorang ada game sendiri yang mana karakter game tu adalah diorang sendiri. Game itu adalah "TOMARUNNER VS L'Arc~en~Ciel"!!!



Sadisnya, tahun ni baru aku tau yang diorang ni ada game sendiri =A= Lebih sadis lagi, game ni wujud di zaman kePOPULARan PLAY STATION (1). Kalau aku tau daripada awal, dah lama belinya pada zaman tu. La ni memang dah lambat a sebab game-game PS1 sudah tidak djual~~~ Melainkan ada game PS1 yang telah diubah formatnya boleh main di PSP. Boleh je aku nak main game TOMARUNNER VS L'Arc~en~Ciel di PSP tapi..... yelah... seperti yang sudah sedia maklum... Well... Harapan jelah~ (-,-)

Macam best je game TOMARUNNER VS L'Arc~en~Ciel ni. Walaupun aku bukannya kipas-susah-mati pada ahli-ahlinya (hanya berminat pada lagu Laruku saja), tetapi! Keinginan nak bermain ni AMATlah TINGGI jua sebab naluri seorang gamer tu ada pada jiwa ini. Chey-wah xD

Iklan ni lah yang membuatkan aku tau Laruku ada game diorang sendiri



Kemudian, ini pula review game TOMARUNNER VS L'Arc~en~Ciel






NAK MAIN GAME NI!!! (/ д )



Oh, tambah sedikit salingan. Latest song from them. Listen & watch it (^_-)

Thursday, June 23, 2011

Miku..?? Lc5???? O_o


Lc5
, aku baru je kenal Jrock band ni di channel Animax, siaran 'Animax Musix'. PV yang disiarkan adalah "LOVELESS" nyanyian Lc5. Lc5? Dare ka? Jrock band baru ka? O_o Vokalisnya tu macam pernah ku lihat aje, tapi di mana ye??? O,o Mukanya sungguh familiar. Sekali bila dah meng-arkeolgi-nya, patutle ku kenal sangat dengan vokalis Lc5 ni. Rupa-rupanya adalah-

MIKU!!!















Miku
ni, dulu vokalis Jrock band 'An Cafe' aka 'Antic Cafe'. Aku tak tau pula dia dah blah daripada An Cafe ni dan masuk band Lc5 lak. Sejak bila dia blah dan join band baru pun aku tak pernah tau. Nampak sangat, aku dah lama gila tak ikuti perkembangan Jrockers sejak Jrcokpedia bergerak ku dah lama tak di contact xD Well, that's not important to me since I'm not his fan.

Tapi apa yang ku nampak, si Miku ni dah berubah DRASTIC gilababas! Yelah, cuba korang tengok dia yang sewaktu di An Cafe (gambar sebelah kiri). Nampak macam KONONnya 'comel-comel', cheerful, happy-happy, childish, and sekaum dengannya. Compared to Miku yang Lc5, dia telah menjadi begitu MANLY~~~ Suaranya pun macam bertambah dalam sikit bila nyanyi dekat Lc5. Dapat bezakan a style nyanyian & suara dia masa di An Cafe & Lc5. Masa di An Cafe dulu, style nyanyian and suaranya kecil ala-ala macam nyanyian boyband je.

Nah, saksikanlah perbezaan Miku ni sendiri~

LOVELESS - Lc5



Aroma - An Cafe




p/s : lagu-lagu Lc5 ni boleh tahan best gak :D

Sunday, June 19, 2011

DAMN YOU!!!!!! ( #`Д´)

HUUUUAAAAAAAAAAAAAAAARRGGGGGHHHH!!!!!!! I'm getting freakin so MAD now!!!! It's all because of HER!


Dia telah MEROSAKKAN! MENGHANCURKAN! MEMUSNAHKAN MOOD AKU! Dia ni sememangnya PEMUSNAH betul! ( #`Д´)

Ok, aku bagi briefing pasal minah ni dulu. Tapi briefing yang berkaitan dengan situasi sekarang. Dia ni merupakan GIRLFRIEND ZACK. Dedua ni telah JATUH CINTA PADA PANDANGAN PERTAMA. Ok, fine with that. But.. Setelah pemergian Zack, Aerith ni pun mula mengGEDIKkan diri nak ngorat Cloud pula~ Ch'.. Mentang-mentanglah dia punya '1st LOVE' tu dah mati, so dia mahu beralih angin lah pula an. Start daripada sini, aku dah mula BENCI akan Aerith. Tapi keBENCIan tu tidak sampai ke tahap limit lagi. Baru suam-suam saja. Akan tetapi.... Selepas aku bermain FF7 hingga ke "Temple of Ancients", keBENCIan ku terhadap minah ni makin MELUAP-LUAP sampai DAH MELETUP cam LETUPAN GUNUNG BERAPI DAH! (〝▼皿▼)=3 ムッキー!! Nak tau apa SEBABnya? Ni, aku cerita sikit kisah tentang cinta 3 segi ni..

Ok, sebelum aku mulakan kisah tu, aku mahu beri sikit info lah pasal CloTi ni. Untuk pengetahuan korang, Tifa & Cloud sudah lama bersam- I mean, sudah lama kenal sejak daripada mereka kecil lagi. Memandangkan mereka berdua ni 1 kampung + jiran sebelah rumah + membesar di Nibelheim. Cloud sememangnya jatuh hati pada Tifa sejak dia kecil lagi masa dia kali pertama nampak Tifa. Tapi Tifa masa kecil dia takde perasaan pape pun. (Biasalah perempuan an perasaan suka-menyuka ni muncul bila dah besar~) Then, bila memasing dah membesar dan diorang berdua ada jumpa balik, dan lepas tu pergi mengembara sesama bersama rakan lain, Tifa sudah mula ada perasaan pada Cloud.

Ok, tutup kisah CloTi. Sekarang pasal si minah tak guna tu pula. ( ̄へ ̄井) Aku hanya nak cerita perkara-perkara gedik yang telah dilakukan oleh dia je...

(1) Situasi/Peristiwa di Midgar :
Aerith minta Cloud jadi bodyguard dia untuk selamatkan diri daripada TURKS (ok, fine. Ni, aku masih boleh terima lagi dan takde rasa pape). Lepas tu, sebagai membalas budi, dia ajak Cloud 1 date (hah! Ini, aku dah mula rasa meluat pada dia sikit)

(2) Situasi/Peristiwa di Shinra Headquarter :
Diorang semua kena tangkap dengan Shinra. Dalam penjara tu, Aerith sengsorang, Cloud & Tifa 1 bilik, Barret & Red XIII 1 bilik. Lepas tu, bermulalah perbualan gedik....

........ (skip) Aerith : I knew that Cloud would come for me..
Cloud : Hey, I'm your bodyguard right?
Aerith :
The deal was for 1 date, right?

*Tifa sudden wake up from landing on the bed*

Tifa :
............... Oh, I get it.

Aerith :
...!? Tifa! Tifa, you're there too!?

Tifa :
EXUCUSE me *immediate get off from the bed, then she asked Aerith about the Promise Land*
(it seems that Tifa wanna change the subject, na? xD)

Sudah mula keluar keGEDIKannya~~~

(3) Situasi/Peristiwa di Temple of Ancients (HAH! Di SINILAH berMULAnya keBENCIan aku terhadap Aerith ni MELUAP-LUAP hingga dah LAMPAUI BATASAN!!!!) :
Di saat diorang (Cloud, Tifa, Aerith) hendak berpisah dengan Cait Sith, diorang sempatlah berborak sekejap dengan C.Sith. Tapi yang boraknya si Aerith tu. Disebabkan C.Sith mau pergi mengorbankan diri untuk the Planet, dalam dia tengah borak dengan Aerith tu, Aerith asked a favor from it. Dia suruh C.Sith tilikkan pasal DIA + CLOUD! (WHAAAAAAAAAT!? *tiru gaya Stone Cold cakap*) Masa tu reaksi Tifa, dia palingkan badan daripada diorang lepas tu geram + marah (uhuhu, kalau dalam versi CGI mesti lagi CAMBEST tengok reaksi TIFA tu an =A=). And then, the result of the fortune is......

......... (skip)
Aerith : Why don't u read our fortunes?
Caith Sith : Say, that's right... I haven't done it in a while, huh? -I'm so excited. Right or wrong, I'm still the same 'ol me. Now, what should I predict?
Aerith : Hmm, let's see how compatible Cloud and I are!
Caith Sith : That'll cost ya. Exactly one date! -Here I go!
*Caith fortuning*
Caith Sith : This isn't good. I can't say it.. -Poor Tifa... (dari sini aku dah SEDIH GILABABAS! . ∙ º º ∙(/ д )∙ º º ∙ . )
Aerith : No! Tell me! I promise I won't get mad!
Caith Sith : Is that so? Then, I'll tell you. -Looks good. You're perfect for each other! Aerith's star and Cloud's star! They show a great future! (. ∙ º º ∙(/ д )∙ º º ∙ . so much poor Tifa~ TOT during this, I kinda feel like wanna tears because I can feel how Tifa felt when she heard it TAT) Cloud, I'll be your matchmaker, preacher... I'll do whatever you want me to! You just call me when it all happens!
.............. (skip)

See! Sekarang ni gedik bebeno tak si Aerith tu? Gedik gilababas an! Kesian gila pada Tifa an? (TAT) Masa lepas je scene tu terus hilang mood aku nak main dah. Bukan setakat mood main je, segala mood pun takde. HISH! Dan lepas scene ni gak perasaan aku memang rasa cam nak KILL! KILL! DIE! DIE! je itu Aerith! w( ̄_ ̄;w ¬o( ̄- ̄メ)
Grrrrr! (o`皿′o)


Nak tau macam mana situasi sebenarnya, ni aku ada letak sekali scenes tersebut di bawah ni :

Shin-Ra Headquarters


Temple of the Ancients

Tuesday, June 14, 2011

My Potion xD

Biasanya orang akan meminum air isotonik, Red Bull, or Livita untuk mendapatkan tenaga. Apabila mereka minum antara 3 air tersebut mereka akan berasa cergas + bertenaga! Tetapi tidak bagiku. Aku ada air aku tersendiri untuk mencergaskan diri. Tak main a air-air tersebut.

Inilah dia! Air sumber tenaga aku!!! atau dalam konteks Final Fantasy term dipanggil my POTION! XD
LIPTON GREEN TEA

Bila aku rasa tak cergas, aku akan dapatkan air ni untuk kembali cergas + bertenaga. Begitu juga bila aku tengah pening, aku akan minum air Lipton green tea ni dulu sebelum minum air putih.

Tiap kali kalau pergi kedai serbaneka atau runcit pun kalau nak beli air mesti teh hijau Lipton juga yang menjadi pilihan. Kalau takde air ni di sesuatu kedai tu, barulah aku akan mencari air lain. Sampai member-member yang rapat pun dah tau pilihan air aku itu. Kalau nak minta tolong belikan air, cuma pesan 'air cam biasa' saja (^▽^)

Macam mana boleh ketagihnya air ni? Ianya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya~~~ xDD Tengok kengkawan minum macam sedap je air tu. Lepas tu, aku pun cubalah gak minumnya. Dan.. fuh! Muncullah ketagihan!! Ketagihan aku terhadap teh hijau Lipton ni macam ketagihan penagih dadah tu xD Well, at least I'm not addicted to damn drug. I'm addicted to a good thing which is Lipton green tea drinking.

Kenapa mesti Lipton? Sebab hanya teh hijau yang berasal daripada Lipton je yang paling sedap x3 Aku pernah cuba air teh hijau yang jenama lain tapi ianya tak umph. Kesedapannya tak sama dengan kesedapan teh hijau Lipton.

Ryokucha no Lipton wa ichiban to saikou!!! (*^▽^*)

Monday, June 13, 2011

Don't judge a game by its word

Kata orang, permainan video ini tak baguslah, tak berfaedahlah kerana melekakan atau melalaikan seseorang itu daripada segala rutin harian lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bergelar pelajar. Dan lagi sebab yang sering diberi adalah MEMBUANG MASA, [yeah right.. (¬_¬)] membuat mereka menjadi tidak aktif, bermaksud, fizikal tidak cergas.

Ok ok.. Baik.. baik.. Aku tak nafikan semua tu. Ya, segala KESAN BURUK itu memang ada. Tapi, tidak semuanya negatif ok. Ada je KEBAIKAN bermain permainan video ni. Apanya? Sudah tentulah MENJANA MINDA kita tau taaaaaaaaak~!!!

Menjana minda dari segi bagaimana? Dari segi melatih otak manusia berfikir dengan lebih KREATIF lah. Lebih-lebih lagi, kalau korang bermain permainan video yang beraliran RPG (role-playing game), strategy, words/puzzles, dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan pemerahan otak. Tapi yangPALING menjana minda adalah permainan video yang beralirankan RPG & strategy lah. Kenapa? Yelah, korang kena perahkan otak habis-habisan bagaimana nak melalui pengembaraan karakter atau situasi dalam permainan video itu sendiri dengan bersistematik.

Dan secara tak langsung juga, bermain permainan video ini boleh melahirkan IDEA-IDEA yang KREATIF untuk bagi mereka yang ada kaitan dengan dunia Multimedia. Buktinya ialah diriku sendiri. Sejak kebelakangan ni, aku tengah khusyuk melayan game FF7 (Final Fantasy 7). Tengah-tengah aku main game ni, tetiba je IDEA datang mencurah-curah ke ladang otak dan FUH! JADILAH SEBUAH PROJEK MULTIMEDIA~!!! Idea ni ada berkaitan sikit dengan konsep RPG ala-ala FF7 game. Jutaan Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan aku satu ilham untuk aku hasilkan satu projek Multimedia. Akan tetapi, aku tidak gunakan idea yang ku dapat ini untuk FYP Multimedia Project ku kerana ianya tidak sempat dilakukan dalam masa 3 bulan ni. Jadi, mungkin, insya Allah, aku akan cuba lakukannya sebagai projek sendiri. Mana tahu, di masa akan datang, projek sendiri tu dapat membantu aku untuk bekerja di mana-mana syarikat Multimedia yang ada di Malaysia ini (^_^)

Tengok, bukankah bagus bermain permainan video ini. So, don't ever too condemn this video games without knowing that actually it has the advantages too (v_v)

Sunday, June 12, 2011

Blog - Blogger - Bloggest - BLOGGY xD~

Apakah kepentingan blog ini sebenarnya kepada kita?
T7 : *kerut dahi* .... Ntoh, aku pun tak pasti sebenarnya xD

Heh, itulah jawapan yang PALING 'memBERANSANGkan' dan sungguh 'memBANTU' (¬_¬)

Jawapan kepada persoalan itu tadi sebenarnya terletak pada pendapat memasing bagaimana cara dia menggunakan blog ini. Tak semua org menggunakan blog ni sebagai tempat mereka bercerita sesuka hati. Di sini aku nyatakan pendapat aku mengenai apa yang biasanya para blogger ni buat pada blognya. Ni mengikut sumber pendapat aku sendiri a.. :

- Ada yang buat blog untuk business -
- Ada yang jadikan sebagai tempat luahan hati atau diary online -
- Ada yang jadikannya sebagai tempat berDAKWAH -
- Ada yang jadikannya sebagai sumber maklumat yang berfakta atau maklumat umum -
- Ada yang jadikannya sebagai tempat mencurahkan ilmu-ilmu yang ada macam mengajar orang melukis ke, memasak ke, buat kek ke dan pape yang berkaitan dengan pengajaranlah -
- Ada yang sekadar untuk bersuka-suka saja dengan menceritakan atau berceloteh apa-apa je -
- Ada yang buat campur semua sekali kategori -
- Ada yang sekadar ingin berkongsi cerita tentang kisah hidup sendiri -
- Ada yang jadikan blog ni tempat untuk berkaunseling -
- Ada yang buat untuk berkongsi mengenai koleksi-koleksi peribadi atau hobi -
- Ada yang buat untuk berkongsi mengenai hasil-hasil kerja yang dilakukan -
- Ada yang buat untuk meraih PUBLISITI atau kePOPULARan -
- Ada juga yang buat untuk berpolitik -
- Yang ni SUNGGUH TAK BAIK : buat blog untuk mengumpat atau mengata belakang orang (ada juga apa orang buat blog untuk ini =.=) [ops, aku ada pernah buat post pasal mengutuk xp TAPI-TAPI, aku mengutuk orang yang TAK PERNAH WUJUD di dunia ni xD] -

Jadi, terpulang pada andalah untuk buat blog anda bagaimana.. dengan SYARAT, Blog tu mestilah berada dalam kategori yang baik bukannya yang macam senarai last sekali tu~

Aku? Ntoh.. suka hati akulah nak buat papepun dengan blog aku ni. Dah kata aku punya. Sebab tulah TAJUK BESAR (ke nama besar ek? O,o) BLOGGY aku ni "NO REASON"

Bagi aku, jangan nak terlalu kisah sangatlah dengan pembaca-pembaca ni. Kita sebagai penulis atau penaip, cerita jelah apa-apa pun yang lahir daripada hati atau perkara yang kita minat. Pembaca bosan ke pembaca malas nak baca ke BIAQ PI lah~!! Itu hak mereka. Nak baca, baca! Takmo baca, sudah! Macam kita juga, blog ni hak kita, so suka hati kitalah nak jadikan blog ni bagaimana. Buat apa nak taip berdasarkan apa yang pembaca nak melainkan kalau buat blog untuk business atau mencurahkan ilmu atau memberi fakta. Yang itu barulah kena fikir pasal kehendak pembaca.

Ingat, entry post ni hanyalah berdasarkan pendapat ku sahaja. Tidak ambil daripada mana-mana sumber yang fakta pun

Wednesday, June 01, 2011

Tanda-tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna!


Wahai manusia yang bergelar Muslimin & Muslimah sekalian.. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda dan memberi peringatan kepada kita semua bahawa Dunia ini bila-bila sahaja boleh MELETUP dengan keizinan ALLAH S.W.T. Dalam konteks agama, Hari Kiamat makin lama makin menghampiri kita... Jadi, kita sekarang tolonglah membantu diri-sendiri untuk tak berTAUBAT pada MINIT TERAKHIR..

Jadi bacalah artikel ini sampai habis.

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:


1.
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6.
Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7.
Gempa bumi di Timur.

8.
Gempa bumi di Barat.

9.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


Petikan diambil daripada : IslamItuIndah