Monday, June 13, 2011

Don't judge a game by its word

Kata orang, permainan video ini tak baguslah, tak berfaedahlah kerana melekakan atau melalaikan seseorang itu daripada segala rutin harian lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bergelar pelajar. Dan lagi sebab yang sering diberi adalah MEMBUANG MASA, [yeah right.. (¬_¬)] membuat mereka menjadi tidak aktif, bermaksud, fizikal tidak cergas.

Ok ok.. Baik.. baik.. Aku tak nafikan semua tu. Ya, segala KESAN BURUK itu memang ada. Tapi, tidak semuanya negatif ok. Ada je KEBAIKAN bermain permainan video ni. Apanya? Sudah tentulah MENJANA MINDA kita tau taaaaaaaaak~!!!

Menjana minda dari segi bagaimana? Dari segi melatih otak manusia berfikir dengan lebih KREATIF lah. Lebih-lebih lagi, kalau korang bermain permainan video yang beraliran RPG (role-playing game), strategy, words/puzzles, dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan pemerahan otak. Tapi yangPALING menjana minda adalah permainan video yang beralirankan RPG & strategy lah. Kenapa? Yelah, korang kena perahkan otak habis-habisan bagaimana nak melalui pengembaraan karakter atau situasi dalam permainan video itu sendiri dengan bersistematik.

Dan secara tak langsung juga, bermain permainan video ini boleh melahirkan IDEA-IDEA yang KREATIF untuk bagi mereka yang ada kaitan dengan dunia Multimedia. Buktinya ialah diriku sendiri. Sejak kebelakangan ni, aku tengah khusyuk melayan game FF7 (Final Fantasy 7). Tengah-tengah aku main game ni, tetiba je IDEA datang mencurah-curah ke ladang otak dan FUH! JADILAH SEBUAH PROJEK MULTIMEDIA~!!! Idea ni ada berkaitan sikit dengan konsep RPG ala-ala FF7 game. Jutaan Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan aku satu ilham untuk aku hasilkan satu projek Multimedia. Akan tetapi, aku tidak gunakan idea yang ku dapat ini untuk FYP Multimedia Project ku kerana ianya tidak sempat dilakukan dalam masa 3 bulan ni. Jadi, mungkin, insya Allah, aku akan cuba lakukannya sebagai projek sendiri. Mana tahu, di masa akan datang, projek sendiri tu dapat membantu aku untuk bekerja di mana-mana syarikat Multimedia yang ada di Malaysia ini (^_^)

Tengok, bukankah bagus bermain permainan video ini. So, don't ever too condemn this video games without knowing that actually it has the advantages too (v_v)

2 comments:

k o r o m y s t said...

Projek personal apa tuh? Cuciter! Cuciter! xD

Tensai7 said...

adolah~~~ hehehe~ baru lakar separuh storyboard je. Mungkin nak buat ms lepas settle fyp n ms tgh menganggur menunggu utk wat praktikal tu kot