Sunday, June 12, 2011

Blog - Blogger - Bloggest - BLOGGY xD~

Apakah kepentingan blog ini sebenarnya kepada kita?
T7 : *kerut dahi* .... Ntoh, aku pun tak pasti sebenarnya xD

Heh, itulah jawapan yang PALING 'memBERANSANGkan' dan sungguh 'memBANTU' (¬_¬)

Jawapan kepada persoalan itu tadi sebenarnya terletak pada pendapat memasing bagaimana cara dia menggunakan blog ini. Tak semua org menggunakan blog ni sebagai tempat mereka bercerita sesuka hati. Di sini aku nyatakan pendapat aku mengenai apa yang biasanya para blogger ni buat pada blognya. Ni mengikut sumber pendapat aku sendiri a.. :

- Ada yang buat blog untuk business -
- Ada yang jadikan sebagai tempat luahan hati atau diary online -
- Ada yang jadikannya sebagai tempat berDAKWAH -
- Ada yang jadikannya sebagai sumber maklumat yang berfakta atau maklumat umum -
- Ada yang jadikannya sebagai tempat mencurahkan ilmu-ilmu yang ada macam mengajar orang melukis ke, memasak ke, buat kek ke dan pape yang berkaitan dengan pengajaranlah -
- Ada yang sekadar untuk bersuka-suka saja dengan menceritakan atau berceloteh apa-apa je -
- Ada yang buat campur semua sekali kategori -
- Ada yang sekadar ingin berkongsi cerita tentang kisah hidup sendiri -
- Ada yang jadikan blog ni tempat untuk berkaunseling -
- Ada yang buat untuk berkongsi mengenai koleksi-koleksi peribadi atau hobi -
- Ada yang buat untuk berkongsi mengenai hasil-hasil kerja yang dilakukan -
- Ada yang buat untuk meraih PUBLISITI atau kePOPULARan -
- Ada juga yang buat untuk berpolitik -
- Yang ni SUNGGUH TAK BAIK : buat blog untuk mengumpat atau mengata belakang orang (ada juga apa orang buat blog untuk ini =.=) [ops, aku ada pernah buat post pasal mengutuk xp TAPI-TAPI, aku mengutuk orang yang TAK PERNAH WUJUD di dunia ni xD] -

Jadi, terpulang pada andalah untuk buat blog anda bagaimana.. dengan SYARAT, Blog tu mestilah berada dalam kategori yang baik bukannya yang macam senarai last sekali tu~

Aku? Ntoh.. suka hati akulah nak buat papepun dengan blog aku ni. Dah kata aku punya. Sebab tulah TAJUK BESAR (ke nama besar ek? O,o) BLOGGY aku ni "NO REASON"

Bagi aku, jangan nak terlalu kisah sangatlah dengan pembaca-pembaca ni. Kita sebagai penulis atau penaip, cerita jelah apa-apa pun yang lahir daripada hati atau perkara yang kita minat. Pembaca bosan ke pembaca malas nak baca ke BIAQ PI lah~!! Itu hak mereka. Nak baca, baca! Takmo baca, sudah! Macam kita juga, blog ni hak kita, so suka hati kitalah nak jadikan blog ni bagaimana. Buat apa nak taip berdasarkan apa yang pembaca nak melainkan kalau buat blog untuk business atau mencurahkan ilmu atau memberi fakta. Yang itu barulah kena fikir pasal kehendak pembaca.

Ingat, entry post ni hanyalah berdasarkan pendapat ku sahaja. Tidak ambil daripada mana-mana sumber yang fakta pun

4 comments:

nurul hazirah muhammad said...

wahhh! tq pah. aku dah paham da. hehe

Tensai7 said...

no prob ;)

k o r o m y s t said...

Hmm... jangan lupa letak dalam description tuh diari hidup seorang Gaian. Mwaha! xD

Tensai7 said...

itu termasuk dalam kategori 'menceritakan pape jelah'. apa daa =_=