Sunday, January 17, 2010

sekadar meluahkan perasaan

entry kali ni dramatik & emo sikit pasal nak luahkan perasaan yang dah kian lama terpendam. Mungkin tak menarik untuk dibaca [macamlah entries selama ni menarik. poyo gila!]
Bagi sesape yang baca dan TERbaca silalah beri advices yang betul2 memberi kesan impak maksima pada tuan punya blog ni [padan muka ko, sape suruh baca entry ni. huahaha]. So, kalau takmo bagi baik tak payah baca. Buang masa je.

with the countdown, 3, 2, 1.. STARTO!

SERABUT GILABABAS PALE OTAK NI~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sem 3 ni sem paling menyerabutkan. 4 projek datang macam durian jatuh gugur dan semuanya kena hantar lebih kurang lagi dalam 2 MINGGU! Mana tak serabut. Boleh ke siap 4-4 sekali dalam masa 2 minggu ni???

Paling tough projek buat website & kartun animasi. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRGGHH!!!! Rasa nak give up je tapi kalo give up bermakna aku kena repeat subjek 'Multimedia Authoring' & 'Animation'. Dan bila repeat dah tentu ah result pun bukan DL (dean list). TAKMO~~~ Tak nak jejaskan result dan perasaan merasa kejayaan yang diperoleh setelah sekian lama idamkan perasaan ni sejak sekolah rendah lagi (start diri merosot masa darjah 3 tapi darjah 4 naik balik pasal dapat jadi pelajar terbaik BI. haha, tak sangka tul). Kesian gila an dah lama gila nak rasa berjaya dgn pencapaian akademik bila masuk IPT barulah dapat merasanya tu pun baru 2 kali. Tapi 2 kali yang sia2 sebab 1st dapat DL tu sijil dekan nya tak dapat gara2 kebodohan menggagalkan diri dalam kokorikulum masa sem 1. Yang kali ke2 ni ntahlah. Aku dah malas nak beri harapan dapat sijil dekan lagi ke tak even result DL sebab instint kuat mengatakan tak dapat lagi sijil untuk sem kali ni.

Waaah, bilalah agaknya dapat merasa kejayaan yang betul2 dan dapat rasa naik ke pentas untuk amik hadiah kejayaan yang diperoleh itu.....

Lepas ni kalau sem ni tak dapat gak sijil dekan dan sem 3 nye result jatuh menjunam memang akan ku give up. Give up apa? Itu belum pasti give up dgn apa. Maybe belajar, maybe buat assignment @ project, maybe....ntohle.

Kengkadang bila dah serabut + tension yang amat terasa macam menyesal lak amik course multimedia ni. Tapi apsal nak menyesal lak sebab course ni lah course paling ku minat dan nak sangat belajar. Patutnya jadi semangat yang meluap-luap bukannya menyesal dan give up. Itulah yang ana musykil amat tu. Macam mana keminatan pada multimedia ni tetiba saje dah hilang dengan jauh??? Hmmm.... Padahal dulu bukan main gigih berusaha nak tukar kolej (sebelum ni masuk Institut Professional Baitumal amik course bisnes) semata-mata nak belajar course multimedia. Ingat lagi waktu kat kolej dulu tiap kali lepas solat Isyak je buat solat hajat sebab nak tukar kolej untuk dapatkan course multimedia ni. Tapi sekarang apa sudah jadi??? Haih~ Ntohle labu....

Saturday, January 02, 2010

ZOlO -> 2010

Di ambang malam tahun baru yang mana manusia2 di seluruh pelusuk dunia menyambut ketibaan tahun baru dengan meriah sana-sini dan berparti sana-sini akan tetapi ada seorang saja yang terlantar di katil berselimutkan comforter kerana dia sedang mengalami demam dengan suhu badan 38+ darjah celcius di malam tahun baru. Semua orang sedang sibuk menyaksikan rancangan2 yang berunsurkan hiburan di kaca tv pada waktu malam tahun baru tetapi dia hanya menyaksikan siling di depan matanya sahaja disebabkan gara2 tidak boleh nak tidur pada waktu itu kerana menderita kesejukkan.

Cewah, gila skema ayat. Kalah cikgu wey. Haha. Sapekah 'dia' tu? Tuannye blog ah sape lagi [dah start balik ayat & bahasa pasar xD]. Aku rasa bersyukur demam pada malam tahun baru sebab takdelah tengok hiburan tak sepatutnya yang sedang ditayangkan di tv pada waktu tu. Echey~

Tapi betullah, sepatutnya para umat Islam dilarang menyambut ketibaan Tahun Baru ni sebab an aku dptlah mesej sms dari seorang kawan ni, yang mana dalam mesej tu mengatakan sesiapa umat Islam yang menyambut Tahun Baru ni yang mana tersiratnya disebaliknya adalah menyambut tahun bagi Yahudi & Kristian. Dan hukumnya, bagi orang yang tidak tau adalah dosa besar, dan bagi orang yang dah tau pula hukumnya adalah murtad. Wallahu'alam bissawab..
Kenapa ek, bila Awal Muharam yang mana tahun hijrah baru merangkap tahun baru Islam juga sambutannya tidak semeriah seperti menyambut Tahun Baru ini??? Dahlah mostly yang turut menyambut Tahun Baru ni orang2 melayu yang memang rata2nya adalah umat Islam. Mengapa??? Apa kejadahnya semua ini?! Oleh itu, renung2kanlah.. dan.. selamat beramal (^_^)

Tadi tu sebagai tazkirah ringkas untuk peringatan kita semua tiap kali menjelangnya Tahun Baru. Setelah aku dapat mesej tu baru aku sedar dan insaf.

Bagiku 1hb Januari bukan hari untuk celebrate Tahun Baru tapi celebrate hari anniversary parents ku (^.^)

Ok, kembali semula ke topik demam. Dah 2x rasa tetiba demam pada waktu malam. Taktaule apsal. Tapi malam yang last demam tu memang mencabar gila wey~ Sengsorang pergi klinik dengan bwk kereta dah tu jalan pada waktu malam kat highway lak tu. Yolah, hanya kat klinik Bangi je yang ada panel semata-mata nak free lah katakan. Hehe. Memang bawak masa tu aku dah tak kira kereta ke lori ke bas ke pecut aku, dan bawak paling laju pun dengan keadaan yang tak sihat tu dalam 80km/h. Kalau orang lain mungkin boleh bawak 100km/h @ 110km/h kot even tak sihat. Tapi fikiran ku masih waras. Bak kata Wayd, "Duit boleh cari, nyawa takde ganti.."

**************************************************************

Akhirnya, perkara yang dinanti-nantikan telah tiba, yakni...MASUK 20-an!! yaaayyyy~ \(^O^)/ Kalau orang lain terutama perempuan mesti tak berapa nak suka dan ayat2 yang akan biasa diluahkan -> "Dah 20 dah?! Oh tidaaaak..." , "Aaaaargh, dah 20 tahun!" , "Tidaaaaak dah 20...." dan macam2 lagi ayat keluh. Mengapa? Kerana, derang semua tak nak jadi tua cepat. Apalah, mende tu mana boleh nak elak. Nak tak nak kena hadapinya juga an. Bagiku lak tak sabar nak masuk 20 pasal tak sabar nak tengok camne diri & perangai terutama sekali serta sikap ku pada umur 20 ni.

::Adakah berlaku apa2 perubahan?
::Adakah masih sama macam sewaktu umur belasan tahun?
::Adakah sudah matang baik dari segi pemikiran mahupun perangai & sikap?
::Adakah sudah tergerak hati untuk menjadi feminin sedikit?
::Adakah sudah mula terbuka hati untuk suka pada local men? [soalan ni tak patut dipersoalkan dulu sebab umur belum melangkau ke 26 ke atas]

Itulah antara sebabnya apsal aku tak sabar2 nak masuk 20-an. Lepas tu nanti, nak tunggu tahun 2012 lak. Ha! Yang ni lagilah tak sabar nak tunggu sebab lagi banyak perkara yang nak dipersoalkan terutama sekali 'Adakah menjadi ORANG yang BERJAYA dan BEKERJAYA atau PENGANGGUR?' Tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku pada tahun 2012 nanti [perkara paling dicuakkan dan risau yang amat dari start sem 3 hinggalah sampai habis belajar nanti].