Thursday, October 21, 2010

Bilik 3in1 yg SEMPOI~

Kenapa dipanggil 3in1? Sebab :

(1) Bilik tidur - faham2 sendirilah bilik tidur ni an
(2) Ofis - merupakan tempat aku membuat kerja dan study [study ke~]
(3) Stor - ia akan jadi sebuah stor apabila bersepah xD

So, itulah dia "BILIK 3in1"!!!

Hari Isnin baru ni ntah kenapa tetiba mood MENGEMAS BILIK muncul tiba2. Mungkin selepas baca blog Didi kot. Hmm *fikir* Ya, sememangnya mood itu muncul lepas baca blog Didi.

"Waaaaaaaaah~ banyak gila habuk..!" itulah perkataan yang disebut ketika baru nak mulakan operasi mengemas. Sudah beberapa tuuttt *rahsia* rupanya tak mengemas bilik sendiri xp

Ok Di, ko mau tengok sangat an rupa bilik ku macam mana. Bilik ko dengan aku memanglah nyata amat sangat berbeza baik dari segi tema mahupun rupa. Walaupun tuannya ini seorang yang macho tapi biliknya tidaklah macho seperti apa yg ko sangakakan. Macam kebudak-budakkan malah sempoi adalah aku tengok. Tapi aku peduli apa!

Ok, bermulalah operasi TERJAH-MENERJAH~! *berlatarbelakangkan lagu "Terjah" - Melodi*


Mestilah mula terjah dengan pintu masuk dulu an. Ok, sebelum aku terangkan pasal nombor, aku nak sedia maklumkan dulu bahawa pintu2 di rumah ku ini kesemuanya ada nombor dan mengikut urutan. Tapi hanya bilik ku saje tidak ikut urutan nombor sebab, mestilah mau bilik sendiri menggunakan nombor kegemaran an. Jadi itulah sebabnya mengapa ada no.7 di pintu tersebut. Oh, nampak plushie Cloud comel terpampang di situ~ xD



TADAAA~! Inilah rupa disebalik pintu. Heh. TV tu HANYA BERFUNGSI apabila :
1) aku bermain PS
2) tengok anime Shin-chan yang selalu disiarkan pada hari Sabtu pukul 7pm di channel Ntv7
Karpet Dragonball tu edisi terhad woo~ pasal susah mau carinya. Alhamdulillah, secara kebetulan pula jumpanya di Giant Nilai. Dahle LAST STOCK. Oh, nampak tak rak buku tu? Takmo explain sekarang. Nak explain time dah close-up kan nanti.
Hehe, ada gitar beb dekat belakang tong sampah tu. Tapi gitar untuk main "Guitar Hero / Rockband" jelah. Aku suka gilababas dowh 2 games ni! (>w<)



Yeah~ Ini adalah karmaku. Sempoi je dowh. Dan mereka berempat itu adalah teman2 sepenidur ku xD
Di, ingat lagi tak Teddy Bear tu? Hadiah birthday ko kasi tu. Heheh. Tapi sekarang dia dah jadi RockBear sebab aku pakaikan dia rantai (gelang Puma) xD
Tadi karpet ni bantal pula, memang sah dah aku ni kipas-susah-mati Dragonball XD
Oh, 2 gambar LELAKI AMAT KACAK itu adalah sorang pakwe (belah kiri) dan sorang lagi bakal suami (belah kanan) xD



Di sinilah tempatnya aku membuat segala kerja / assignments, study dan juga melukis (perkara yang paling jarang dibuat kerana ianya hanya ikut mood je). Di kerusi itulah aku duduknya kemudian katil jadi meja. Hee XD



Yang ni pula 'meja apa2 aje'. Rupa asalnya adalah meja solek. Tapi memandangkan tuan punya bilik ni tak bersolek jadilah 'meja apa2 aje'. Tengoklah kan pelbagai jenis barang ada atas tu. Siap ada figura Zoro & PSP kesayangan lagi tu beb! Gambar si comel dalam frame tu adalah Ryota~ (>w<) (Miyagi Ryota, Slamdunk)



Ni almari berkaca kecil sambungan daripada meja apa2 aje tadi tu. Tingkat bawah tu letak figura chibi One Piece (daripada kiri : Usopp, Nico Robin, Sanji) dan 2 buah model mini sporty cars (left : Shooting Star Tamiya, Hotwheels). Tingkat atas pula, 2 piala kenangan, 1 dapat masa Perlawanan Terbuka Bola Keranjang di Sekolah Menengah, lagi 1 dapat masa di Sekolah Rendah.



Ha! Inilah dia rak yang penuh dengan KOLEKSI ONE PIECE!!!!! I'm not only die-hardest-fan of Dragonball but die-hardest-fan of One Piece too and like much than Dragonball! 2 tingkat telah ditawan oleh manga2 (komik) One Piece dan 1 tingkat ditawan oleh dvd anime & movie One Piece beserta 2 figura Zoro kesayanganku. Benda berwarna biru di sebelah kiri itu adalah dumbbell, digunakan untuk aku membina muscles di kedua-dua belah lengan! xD

Sa, sekianlah terjahan yang dibuat. Cet, free2 je korang tengok bilik aku an (>_>)

11 comments:

Wahidah Shukri said...

kalau katil jadi meja,
alamatnya study 5 minit,
tidur 5 jam
kah3

k o r o m y s t said...

Ceh. Amek gamba masa dah kemas. Cuba amek masa tak kemas pape. Baru machos xD

Tensai7 said...

@ wayd : itu sudah pasti beb! haha! XD

@ koro : watpe tayang bilik cam stor. macho ke mende malu ada la

Wahidah Shukri said...

cehh...
heheh.. aku rasa maksud myst tu macho+hancus=machos
..kot..
kah3

nurul hazirah muhammad said...

hahaha.gile playgirl ko. tido dgn bakal suami+boyfren! :p

thx pah!! mmg berbeda bilik kite. tp xpe. tulah namenye unik seyh! moge bilik kahwin ko nanti takde anime2 dlmnye. haha

Tensai7 said...

@ wayd : wey ko jgn nak memandai wat andaian ek. nanti kang drpd tak menjadi ya. sebab instinct aku kuat mengatakan myst bakal menyetuju andaian tu >_>

Tensai7 said...

@ dd : well~ ko baru tau ka? Aku kan hebat, 2in1 sekaligus! Haha! xD

ack! agak sukar di situ untuk aku mengubahnya nanti bila tiba masanya itu

dextop_jr said...

bapak a..ko mmg kipas susah mati one piece seyh..caya a

Tensai7 said...

tu dah tentu wey! hee <D

Afiq Afifi said...

eleehhh... kata orang free2 tgk bilik..
dia tu yg gi post npe.. hahahaha
tabik!! like your colletions :)

Tensai7 said...

hee, sebab atas request drpd seorang member loh. Kalo x, xdenya nak post.

Thanks! Now the collections were add somes <D