Saturday, January 01, 2011

:: Pembukaan mukasurat baru bloggy - ZOII ::

Kini Bumi telah mencecah umur 2011!!! Wow! Umur yang paling lama, tapi kenapa tidak dimasukkan dalam "Genius All Record" ek?

Alakulihal, memang dah jadi rutin manusia tiap kali tahun baru saja mesti mempunyai azam baru untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelum ni. Dan rata2 ramai yang menyatakan azam2 mereka itu. Akan tetapi, di lembaran mukasurat baru bloggy ini bukan nak menyatakan AZAM tapi PERSOALAN. Maklumle tiada azam yang nak dibuat sebab hidup sama saja daripada dulu sampai sekarang (=_=) Rasanya lepas sekolah kot aku dah tinggalkan membina azam2 ni tiap kali menjelangnya tahun baru je.

Ok kembali pada topik. Persoalannya adalah 'apakah yang terjadi kepada bloggy, fb, gaiaonline, dan twitty ku ini sekiranya suatu hari nanti sudah tiada di dunia ini???'. Yelah ajalkan tiada siapa pun yang tahu melainkan Allah S.W.T. Jadi, kita jangan sangkakan yang tahun ini kemungkinan dapat hidup dengan lebih lama sikit lagi. Hal yang demikian, banyak kali jugalah terfikir mengenai perkara ni tiap kali teringat perkara kematian. Tapi persoalan ni dah ada perjawapannya jawapannya yakni, terkubur begitu sajalah akaun2 ini. Yelah siapa lagi yang nak meneruskannyakan. Sudah tentulah tiada siapa. Kalau ada fanpage sebagai memberi penghormatan terakhir kan syok. [Baka da] Mengarut semata-mata

2 comments:

Wahidah Shukri said...

pehal lak umur bumi dah 2011
2011 ni kira ikut tahun masihi la
tahun kelahiran nabi isa

Tensai7 said...

oo yeh. Ahaha, salah fakta xp
Post dgn penuh yakin sekali salah, buat malu je