Monday, July 13, 2009

my new bestfriend + DIM (≧∇≦)/

ladies and gentlemen, here my new bestfriend present PLAY STATION 2!! (^O^)

rakan karibku 4ever till death~ (^O^)

Kan biasanya orang menganggap buku sebagai rakan karib an, tapi aku tak. PS2 adalah rakan karib aku~!! XD Ianya lagi menyeronokkan dan sentiasa menghiburkanku dikala bosan, tension, bengang, dan sume2 perasaan negatif ah. Kalo buku lagi membuatkan aku mengantuk ada ah kecuali komik. XD
Aku pun tak tersangka beli ps2 ni pasal takde dalam perancangan sangat pun. Ada tu memang ada rasa nak beli ps2 tapi lebih utamakan psp sebenarnye. Nak buat camne psp tu tak turun2 harga lagi walopun dah ada kuar yang baru. PS2 ni turun harga yang tersangatlah ketara~ That's why I bought it. Peduli apa aku orang nak kata apa. Belinya Isnin minggu lepas di Giant Nilai. Camne boleh berlakunya pembelian ps2 ni, meh aku nak cite sikit camne.

Masa tu belek2 ah game tengok ada yang best tak, skali uncle Cina tu datang promote game baru. Tah camne tetba lak nak tanya, "Ada jual ps2 tak?"

Uncle : "Ada"


"Brape ek harga?"

Uncle : "RM550"

"ooo,RM550......RM550?!" (O.O)

"aaa, jap eh. Nak pergi check duit jap" XD

Ho, tengok duit dalam bank cam memang best je untuk kuar beli ps2 tu. XD Tanpa berfikir panjang pe lagi, kuarlah RM550 drpd mulut ATM tu. Pastu aku tak pergi beli terus, tanya pendapat Zqah dulu. Tapi last2 halangan dia tak berjaya~ Huahaha, sememangnya aku seorang yang degil. Beli gak sebab dah takleh kawal sangat nafsu. Hee~ XD
Yelah murah tu wei~ Bukan senang nak dapat ps2 dengan harga murah! Harga standard an dalam RM799 turun pun masih dalam RM750 camtu kot. Yang ps2 aku nya ni turun mendadak glerbabas -> RM550! + percuma beg khas ps2! Sape takmo beli n tak tahan nafsu wei! Lagipun dah penat menunggu masa untuk membeli ps2 ni.

Dahlah beli dalam timing yang betul sebab masa tu pun tengah cuti mid. So, lebih banyak menghabiskan masa cuti mid berdating dengan ps2, gaiaonline & zomg~ [tak sedar diri lepas cuti ada midterm XD]

Akhirnya dapat gak lepas gian dan mengubat rindu main ps sejak dah ada ps2 sendiri ni. Kalo tak dulu asyik kena tunggu Koro balik rumah je barule dapat main tapi tu pun tak sangat gak sebab asyik di-conquer sentiasa oleh derang 2 (dia dengan suaminya). Tak berpeluang langsung aku nak mainnya~ (TT^TT) Sedih2. Dapat main pun dalam sekali dua camtu dan pada hari Jumaat malam. (T^T)
So, skarang bleh main bila2 masa dan main dalam bilik sendiri, tak kisahlah tv kecik janji ada. Huahaha~

Hal yang demikian, aku memang jaga ps2 ni gler2 nye jaga ah. Sampai bila nak kemas simpan masih balut lagi dengan plastik. XD Take care yang teramat ah katakan~ So, sesape yang pinjam ps2 aku ni kemudian ada dapati salah 1 part yang rosak tak kira dengan tak sengaja atau sengaja memang aku takkan maafkan orang yang buat tu sampai bila2 tak kira sapekah orang tu, dan mintak ganti rugi yang sebijik dengan yang asal! Aku dah bagi amaran awal2 ni. Perkara yang paling aku susah nak maafkan orang dan akan marah yang teramat ialah barang2 kesayangan (terutama PS2 dan laptop) yang teramat hancur + rosak. So, beware of it..


*******************

Yossha!!!!! Dapat dah album latest the GazettE yakni DIM~!!!! Dapat sebelum tarikh sebenar album tu di-release-kan lagi wei~~ Almaklumlah dapat dr download dekat internet je. (T^T) Hmm, adakah aku yang dapat dulu album DIM ni??? (O_o) [harap2 yelah XD] Inilah masanya untuk aku berlagak lak. Huahaha~!! Aku dapat dulu wei album DIM ni~~ lalala~ ( ^3^)~~~
Semua lagu dalam DIM ni BEST + MANTOP + GEMPAK + MASYUK + yang sekaum dengannyalah.


DIM cover album





Kai n Reita kakkoi!! (≧∇≦)/


Current mood : cuak dengan midterm (+_+) + tension buat assignment melukis
Current listening : lagu2 dalam album DIM

2 comments:

Cikgu Wahida said...

hah,
lepas ni makin banyak la masa ko spend tuk study kan?





aku pun dah ade la DIM..~
hehe..~

Tensai7 said...

huh?
banyak spend masa uk study? O_O
nape lak? hehe~ XD

cet!
tapi aku dpt dulu~
dpt pd 13/7/09. 2 hari awal seblum masa di-release-kan wei~
ha~