Thursday, February 25, 2010

Layak ke...?????

Apakah cita2 anda di masa hadapan? "ANIMATOR!" Hmph, cita2 yang dibina sejak form1. Haha, sungguh kelakar. Nape kelakar? Yelah cita2 yang impossible to achieve. Bukan sebab give up eh tapi sebab telah berpengalaman nak jadi animator ni. Berpengalaman tu beb even belum kerja.

Setiap sem memang akan dpt final project. Tapi semuanya berlainan projek. Makin naik sem makin tough lah projek tu. Sewaktu sem 1 & sem 2 takde sentuh flash langsung dan projek pun semuanye simple2 je, takat guna power point dan movie maker je. Huh. Tapi kali ni bila dah naik sem 3, barulah, tidak akhirnya dapat projek yang mencabar. Projek untuk budak2 multimedia buat sem 3 adalah creating website & animation cartoon. Bunyi cambest je an tapi memang best pun. Masa 1st2 dapat tugasan buat 2 projek ni aku dah happy, yelah akhirnya dapat gak buat perkara yang dah lama aku impikan. Pasal website kita letakkan ketepi sebab ianya dah settle, so takdelah perkara nak ditimbulkan.

Buat kartun animasi, "Waaaaaaah~ bestnya~! Atlast!" Dan kartun yang aku nak buat tu dah pun lakar dalam minda & kertas. Hanya tinggal untuk jadikannya animasi je. Ceritanya memang best [mungkin bagi aku je kot -_-]. Cerita pasal 2 bradik sorang abang & sorang adik. Si abang ni namanya Zack, manakala si adik lak namanya Zeek. Dipendekkan cerita, Zeek ni slalu je kena buli dengan abang. Tapi walaupun sering jadi mangsa buli, last2 abangnye tetap sayangkan adik nye sebab ada 1 part ni Zeek kena belasah dengan samseng jalanan dan abangnya ternampak lalu pergilah belasah balik samseng2 tu. Endingnya, abangnya ajak balik rumah bersama tapi dalam pada masa yang sama masih buli adiknya gak dengan amik duit2 Zeek yang bertaburan sebab samseng2 tadi nak paw duitnya, dan suruh Zeek bawakkan beg Zack. See, tak ke best jalan ceritanya? Kalau tak gak lantak koranglah, peduli pe aku.

Tapi sayang sekali seribu kali sayang, cerita ni tak dapat nak dihidupkan. Dan course work bagi subjek animation aku pun mungkin TAK LULUS serta kena bebel dengan lecturer sebab dah mengecewakan beliau. Napelah ek projek ni tak siap? Projek ni not individual but in grouping. Ho, adakah masalah dalam group??? Haih~ (-,-) Ntohlah, nak kata masalah grouping tak gak sebab semuanya buat kerja gak. Taktaulah tang mana yang slack nye. Mungkin aku ke yang salah? Is it my fault? Sebab aku buat balik semula semua tracing (tekap lukisan untuk utk lukis kat flash) yang dah dibuat oleh kawan2 sekumpulan? Sebab ni ke??? Tapi aku tracing balik pun sebab nak memuaskan hati sendiri dan nak kartun ni dihasilkan dengan TERBAIK, KEMAS, & CANTIK. Salah ke pe yang aku buat tu? Mungkin hanya roommate je kot yang faham situasi group aku ni. Kan 'sanzo sama' kan? Ko tau tak pe masalah nape projek kartun animasi aku ni tak sempat siapkan?

Kalau camnilah jadinya, mana layak lagi aku nak jadi animator suatu hari nanti. Betul tak? So, kesimpulannya, disebabkan dengan apa yang aku dah rasa nak jadi animator ni, mungkin.... tiba masanya untuk aku ubah cita2 tu. Mau jadi apa bila dah habis belajar nanti??? Adoyai. Perlu ke fikir. Boleh tak follow through je dengan result aku. Malaslah nak fikir2 nak kerja sebagai pe ni sebab takmo merasai KEKECEWAAN dengan IMPIAN BUAT KALI KE2 & SELEBIHNYA.

So, di bawah ni nak sertakan sikit kerja2 yang aku buat untuk projek kartun animasi :











p/s: buat 'sanzo sama' JUTAAN sankkyu ah bebanyak kerna tolong aku siapkan tracing & warna. Memang serius aku hargai gegila yang amat pertolongan ko tu sampai taktau nak balas jasa budi baik dengan apa. Hanya mampu bagi gambo2 laki2 idaman ko je. Gomen. Nasib baik ada ko an. Kalo tak langsung terbengkalai banyak kot projek aku tu. Huhu. Jasamu dikenang.

4 comments:

Sanzo Sama said...

Do ittashimashite..~^^...walau mcm mana skali pon,dugaan tu dtg dgn pelbagai cara,cume care kite face masalah kite tu jer mcm mana... cita2 bagaikan jln berduri yg pasti kite lalui,so yg ko tgh luke2 calar balar skrg ni adalah kesan dr duri2 yg ko kene hadapi la,kalo x mane nak capai cita2 ko tuh,aku pon skrg ni dlm dilemma gak,mgkin cabaran aku len dr ko,masing2 punye cabaran masing2 tanggung,papahal pon,that's the least i can do 4 u,aku pon mmg appreciate gile ko bg aku gamba2 tu,hehehe...papahal pon,sama2 la kite berdoa yg terbaik utk diri kite,gambarimasu...

Tensai7 said...

yup2, sankkyu dude.
cuma aku pelik je nape bleh tak siap projek animasi ni? dan pe masalah sebenarnye yg nyebabkan x siap?
tapi biarlah sume ni, PAST IS PAST.

Sanzo Sama said...

btol3x...XD... skg tumpukan pd yg ade didepan mate je dulu,yg len tu kalo x penting bio kan aje....hahahaha...XD...papahal pon,idop ni kan ibarat roda yg berpusing,ade mase kite kat atas n ade mase kite kat bwh...so,sabo je le...hahaha.... gambatte ne..

k o r o m y s t said...

Hee~ pekata lenkali buat projek sempoi jek? tapi animation still cambest. wat animation promote citer pororo ke? xD ble bubuh pororo dance kat bhgn credits/ending. haha xD pape hal pun, jadikan mende tuh iktibar bebeh! xD