Saturday, July 03, 2010

Oh crap!

Tetiba teringat cerita "That's So Raven" disebabkan tajuk entry post ku kali ni. Raven suka beno cakap ayat tu. Waah, terasa mau tengok balik cerita "That's So Raven"~ Mengapakah tidak tayang semula cerita sitkom tu~ T^T

Pendahuluan yang sungguh melalut (>_>)

OH CRAP!

Minggu depan (mula dengan hari Isnin yang bakal menjelang) adalah minggu yang penuh kesibukan [chey~ macamle dah kerja =_=] Sibuk dengan assignments + midterm lagi + kelas malam yang sederet 4 hari (Khamis dikecualikan sebab memang malam yang 'percuma').

Then, Jumaat depan (9/7/2010) aku ada bengkel melukis pula under lecturer subjek 'CREATIVE MULTIMEDIA DRAWING'. Waah, rasa gembira yang amat lak terpilih untuk masuk bengkel tu. Syukur Alhamdulillah. Ada hikmah aku datang lambat ke kelas xD Takde, masa tu on the way nak ke makmal pc 8. Tengah2 jalan tu terserempak pula dengan lecturer tersebut. Ku senyum jelah dan beri salam dan berhajat nak teruskan perjalanan menuju ke makmal. Akan tetapi encik panggil aku dan tanya, "Eh, awak an yang lukis manga tu?" .................. Noktah2 tersebut adalah menunjukkan ke-blur-an yang sangat jelas. Aaaaaaaa~ nak jawab apa ni sebab aku mana pernah buat manga maupun pape komik pun
So aku pun mengiyakan jelah dengan selit ayat merendah diri yakni "bolehla sikit2" [yolah wey, aku mana reti sangat dowh melukis-lukis ni. Ku tak hebat macam 2 orang tu~ >_<] Pastu, encik pun suruhlah aku tulis nama pada borang di papan kenyataan di fakulti aku untuk aku masuk bengkel melukis dan buat digital comic yang dianjurkan oleh encik tersebut dengan sendirinya. FREE lagi tu beb! Bukan senang woo nak sertai bengkel yang FREE~!! xD [bak kata Tyra, "Pah allergic duit" Haha, sengal ah ko Tyra] Tapi bosanlah aku nanti keseorangan dalam bengkel tu nanti sebab takde kawan, orang lain sure ada kawan (T^T)

Then, Ahad depan (11/7) aku kena pergi UTAR (Universiti Tunku Abdul Razak) pula. Ada masuk pertandingan "MEMORY COMPETITION". Macam2 kategori lah ada, antaranya 'Random Numbers' -> kategori yang aku masuk [malas nak senaraikan banyak2]. Ni member yang ajak masuk. Tapi lepas tengok hadiahnya lagi semangatle ku mau masuk. Hehehe~ *mata bersinar-sinar*

Lepas tu, 17 JULAI pula, persatuan Bahasa Jepun ada buat rombongan ke "Bon Odori Festival" di Shah Alam. Waaaahh~ Perkara yang paling takmo dilepaskan!!!! Mengapa? Sebab mau tengok dan rasa budaya rakyat2 Jepun dan berjumpa dengan orang2 Jepun [jumpa GACKT kan bagus]. Yelah, nak pergi di Jepun terus an tak mampu. So, sertai festival rakyat Jepun di Malaysia jelah. Nasib baik di Shah Alam bolehla banyak juga orang2 Jepun menetap di sini. Eheh, baru ada rasa sayang pada negara xD Selama ni bukan tak sayang tapi takde rasa sangat XD

4 comments:

Wahidah Shukri said...

pssst.. pah, raven selalu kata 'oh, snap!' la.

Tensai7 said...

eh .......... uh~ ((( >.<) *larikan diri*

k o r o m y s t said...

Eh baru nak tulis. Wahida dah tulis dulu =P

Weih... sape dua orang yang terer melukis tuh? (O_o)

Tensai7 said...

ho, sape lg kalo bkn 2 org yg mengomen di sini xD