Monday, June 28, 2010

Frustrated TT TT

Walaupun gol Lampard itu sepatutnya dikira tetapi tidak bermakna jua kerana Jerman telah mendahului banyak dengan 4 mata di depan. Haih~ (-,-) Sungguh tidak bermaya menerima kekalahan England ni. Tapi memang tidak dinafikan England tahun ni memangla teramat-amat.. amat.. amat.. amat.... HAMPES dan TAK BERGUNA bak kata Franz Beckenbauer. Betullah apa yang dikatakan oleh Beckenbauer tu. Mengapa aku setuju statement dia dan mengutuk pasukan kegemaran sendiri? Di bawah ni aku mau nyatakan antara2 sebab-musabab England HAMPES.

* Tak reti nak melawan secara terus dengan pihak lawan. Asal pihak lawan datang je terus passing kat teammate lain. Atleast sekali-sekala 1-on-1 ah sikit beb

* Suka beno aih pemain2 England ni dengan passing the ball ek. Mana taknya dah dekat dengan pintu gol pun ada hati lagi tu nak passing dekat member lain. Perkara ni boleh dibuktikan dalam match England vs Germany, dan banyak kali dilakukan oleh Rooney

* Strikers' England lembab lari. Buktinya dalam match ENG vs GER lagi sekali. Si Defoe tu kejar bola lembab gila. Kalau dia laju lagi sure dapat score terus ke pintu gol. Rooney pun sama je 2x5. Camne ek dia boleh jadi top player dalam MANU???? Bila aku tengok dia main untuk England ni serius memang HAMPES gila. Park-Ji lagi bagus kot permainan dia untuk World Cup ni. Lagi sorang yang lari lembab si Milner. Apa ke bodohnya dah dapat bola lepas tu pula takde siapa jaga dia boleh lak dia dok dribble bola dengan lembab dan teragak-agak nak jaringkan ke tak. Tak ke bangang tu!!!

* Pemain2 yang kononnya macam ayam tambatan pasukan jadi sub / bench je. Lepas tu bila dah kritikal barulah terHEGEH-HEGEH nak guna yang ayam2 tambatan tu

* GERRARD YANG HAMPES! Nak tau mengapa hampes? Pasal tendangan dia ASYIK2 keluar pintu gol, tak kiri kuar kanan tak kanan kuar kiri. Paling banyak tendangan hampes dia yang dilakukan masa dalam perlawanan ENG vs GER

* Defenders yang berterabur dan cepat menggelabah. Bila pihak lawan masuk je kawasan penalti tu mulalah defenders' England menggelabah dan jadi kucar-kacir

Dahlah. Aku malas dah nak taip sebab-musababnya. Padahal ada banyak lagi. Tapi dah takde mood. Tapi yang paling aku rasa punca utama England ni kalah adalah dikendalikan oleh Fabio Capello. Yelah, tahun ni si Fabio tu baru je kendalikan skuad England. Tapi tengoklah! Ada dia berjaya buatkan England dapat masuk ke semi final? Ada?! Sedangkan yang pusingan dalam kumpulan pun England layak ke quarter final pun dengan kelayakan yang sipi2 / nyawa2 ikan je tau! Oh ye, dan juga punca utama England HAMPES ketiadaan pemain lagenda, DAVID BECKHAM, dan juga pemain muda handal, Theo Walcott

Oh alangkah rindunya daku pada zaman kegemilagan England yang mana KETUA PASUKANNYA adalah DAVID BECKHAM dan jurulatih pula Sven-Goran Eriksson. Masa ni jelah England memang betul2 mantap. Yelah mana taknya berjaya dapat masuk sampai ke semi-final.


says "GOODBYE" to ENGLAND

4 comments:

nurul hazirah muhammad said...

heh..setuju..england main lemah mlm ni..dont know why..tp sejak awl pon mmg england x menyerlah..thumbs up to lampard though..lots of try but german's goal keeper was just too good..syabas manuel neuer!

-germany fan- hehe

Tensai7 said...

yelah mana tak aku ngutuk england habis-habisan dlm entry post ni. even score lampard td 2 dikira pun cam xde beza gak still kalah. haih~ aku rs ni sume pasal si fabio tu yg kendalikan england dan KETIADAAN BECKHAM dlm team yg membuatkn england mmglah TAK BERGUNA tahun ni.

takpelah, pasni mau tumpu kat team jepun dan spain lak

k o r o m y s t said...

Kan dah kata, England mesti kalah punya wakakaka...

Oit meh kita berkongsi kedukaan. Italy pun sama gak kesnyergh hahaha xD

Main defensive giler last-last tersentak bila lawan dapat skor. Pastu nak kejar mata masa time-time nak abis match. Hadoi xD

Nak fokus pada fave team kedua ngan ketiga gak. Go Spain ngan Holland! (^O^)

Tensai7 said...

betul2. baca habis dak KATA KETIDAKPUASAN HATI kat dlm blog ni pasal england?

org nye lak spain n jepun. along byrloh bill~ nk tgk match jepun rabu ni dgn spain skali~~~