Tuesday, June 15, 2010

England's the MOST LEGEND PLAYER

He's the LEGEND of ENGLAND

Please don't be retire yet on the next WORLD CUP, BECKHAM!!! m(_ _)m

Sejak tahun 1998, 2002, dan 2006 (tahun2 WORLD CUP diadakan) aku ikuti tonton perlawanan corak permainan DAVID BECKHAM. Tengok betapa setianya aku pada BECKHAM dan tak hairanlah beliau ni merupakan pemain bola sepak yang paling aku gemari sejak mulanya aku terjebak dalam dunia bola sepak. Akan tetapi sayang tahun ni tidak dapat menyaksikan perlawanan BECKHAM lagi kerana atas kecederaan yang sungguh parah yang beliau telah alami. Beliau mendapat kecederaan tu masa tengah sumbangkan khidmat beliau di AC MILAN. Kesian gila tak dapat nak sertai World Cup tahun ni (TT TT). Bila aku baca berita tentang kecederaan BECKHAM ni memang serius sungguh kecewa dan sedih sebab tak dapat tengok beliau bermain bersama rakan2 pasukan England yang lain. Dahle umur beliau sekarang sudah mencecah berumur 35 tahun! Akan berkemungkinan besar beliau tidak akan bermain lagi pada WORLD CUP 2014 nanti. Huaaaaaaaaa~ lagilah sedih aku dibuatnya (TT TT)

Kemudian, England dah pun seri dengan USA di pusingan pertama. APA NI??????!!!!!! Dengan USA pun boleh seri ke?! Semua salah GK England, Robert, pasal hasil tendangan bola leret daripada pemain USA pun tak dapat nak tangkap. Hal yang demikian, England tak pasal2 jadi seri 1-1 sama dengan USA. Grrrr~
See! Tanpa pemain lagenda England, England pun tak dapat nak jadi kuat seperti dulu lagi. Dahle THEO WALCOTT pun tak main gak gara2 sikapnya yang agak sikit degil sebab tak dengar arahan si Fabio. Dahle WALCOTT tu memang ada harapan menggantikan posisi BECKHAM, dah tu pula pakai jersi nombor BECKHAM -> #7 [pada mulanya aku takleh terima hakikat yang WALCOTT menyarung jersi England bernombor 7 pasal itu adalah nombor rasmi BECKHAM. Buktinya, beliau ada buat tatu #7 dalam bentuk roman di tangan beliau. Akan tetapi setelah tengok corak permainan WALCOTT dan rupa pun boleh tahan, aku dah boleh terimanya]
Dengan ketiadaan 2 pemain yang handal ni, camne England mau maju~~!! Harapkan jurulatih, Fabio Capello, je dah mantap tapi pemain2 yang lain......ntohle. Haih~ (-,-)

Kecewa kecewa, sungguh kecewa dengan England tahun ni. Nasib baik aku ada minat pasukan lain juga macam Sepanyol, Brazil, dan Jepun. Tapi yang England ni adalah yang utamanya. Kemudian, Sepanyol sebab ramai pemain2 handsome XD; Brazil - pasukan yang kuat, pernah memenangi World Cup sebanyak 2 ke 3 kali macam tu; Jepun - merupakan pasukan asia yang jadi wakil, so sokonglah juga pasukan Asia [plus, pasukan negara kelahiran GACKT tu~ xD]

Which team gonna get this trophy this year?

2 comments:

k o r o m y s t said...

Italy lalala~

Tensai7 said...

italy dah kalahla~ buuu~!! (>3<)p
XD