Wednesday, March 16, 2011

akhirnya beli buku yg dilihat pd kali pertama

Assalamualaikum kepada semua kaum muslimin & muslimat (^_^) Yo (-o-)/ Sashiburi (sudah lama tidak jumpa). Ini akibat sudah lama tidak meng-update blog ini. Kerana apa? Kerana M-A-L-A-S xD Tambahan, asyik tiada mood je nak update blog [malasle tu~ (¬_¬)]

Permulaan 'entry post' yang sungguh merepek + membosankan (=_=) sebab tak tahu nak mula macam mana.

Alakulihal, 'entry post' kali ni berkisahkan sebuah buku. Ha, posting yang berfaedah pula e kali ni XD

I bought this book instead of Guitar Lesson book which is the main purpose book that I really want?! (O_O)


Pada Ahad lepas (13.3.11), telah pergi merewang di Mid Valley dengan 2 orang nakama. Pendek cerita, MPH yang paling BEST adalah MPH di Mid Valley. Kerana ianya AMATLAH BANYAK BUKU & ini memudahkan para pelanggan mudah untuk mencari & mendapatkan buku yang dikehendaki. Pendek kata MPH Mid Valley ni umpama perpustakaan a, "the mall library" XD
Tak macam MPH Alamanda (=.=) Tiap kali pergi situ tiap kali tu juga aku akan berasa kecewa yang amat kerana takde buku2 yang dikehendaki. Tapi bila pergi MPH Mid Valley, HUH! Rambang mata wa cakap sama lu beb~~~ Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Dahlah banyak buku yang BEST2 belaka. Tak hairan jugalah ramai manusia bertapak lelama siap ada yang duduk2 hanya untuk membaca dan menyelak-nyelak buku. Termasuklah daku...

Mula2 sekali, aku pergi di bahagian 'foreign language' then terus je cari Japanase language. Hee xD Maklumlah diriku ini sebenarnya dah terlalu obses dengan Jepun & segala yang berkaitan dengan Jepun. Sebab tulah krisis Jepun sekarang ni aku emo sangat2. Kesian gilababas wey pada Jepun & nasib rakyat2 mereka khususnya Gaku-chan & orang2 Jepun yang aku minat~!! (TOT)

Ok2, kembali pada topik. Dalam proses pencarian & penyelakan buku2 yang mana menarik perhatian ku untuk dimiliki, aku dah spot 1 buku bahasa Jepun ni, yakni "Read & Write Japanese Script". Tapi buku tersebut dibalut dengan plastik a pula. Kemudian, aku baru teringat, tujuan utama aku masuk MPH ni sebenarnya nak cari buku mengenai belajar gitar. Lepas tu aku pun batalkan jelah niat nak beli buku Jepun tadi tu memandangkan memang aku takde HARAPAN nak ke sana + BELAJAR di SANA (TAT)

Ok, aku dah spot 2 buku gitar yang cambest. Perbandingannya hanya pada harga & quality je. So, aku pun pilihlah buku gitar yang harganya RM39.90. Tapi HANYA PILIH dalam HATI saja, sebab nak pergi tengok buku2 lain pula. Kot2 kalau ada yang lagi menarik perhatian aku untuk dimiliki ke daripada buku gitar ni.

Ha, yang buku ke3 ni sememangnya MENEPATI CITARASA & KEHENDAK aku. Buku pasal 'bagaimana nak melukis stail MANGA'. Waaaaaaaah~~~~ (*O*) serius wey buku ni memang aku nak gilababas!!!! {{o(>.<)o}} Tapi malangnya..... DUIT TIDAK CUKUP~~~~~~~ (TAT) Buku tu mahal gilababas! RM89.90! Buku paling mahal antara 3 buku yang aku dah survey tadi. Aaaaaaaaaargh!!! absolutely I'm frustrated with it (=A=) Then, aku tengok salah sorang daripada 2 orang nakama tadi beli buku bahasa Korea, aku pun telah berjangkit dengannya. Akhir sekali aku beli jua buku kali pertama aku tengok & survey tu walaupun aku TAK BERPELUANG LANGSUNG NAK KE JEPUN & BELAJAR DI JEPUN. Untuk sedapkan hati, aku pun berfikir apa salahnya beli buku ni walaupun memang tak dapat nak belajar atau pergi ke sana.... Sekurang-kurang boleh menambahkan ilmu bahasa. Kan(3x)

Memang tak rugi aku beli buku ni. Dahlah bermanfaat, tambah ilmu, malah kualiti isi dalamnya memang berpatutan & berbaloi. Senang nak belajar. Lagi 1 sebab adalah aku nak menyokong & menolong JEPUN. Maklumlah tak mampu nak buat donation duit ke mana2 Japan funds, jadi membantu mereka dengan cara ini jelah, yakni membeli barangan mereka (^_^)

2 comments:

k o r o m y s t said...

Oits. Belikan satu gak! xD Nak gak belajar bahasa jepun yang formal nyer. Selama ni dok belajar sendiri jek xD~

Tensai7 said...

siapa yg selalu pergi Mid ha~~~
( -3-)~~~