Friday, May 22, 2009

How if Final Fantasy VII turn into live action?! XD

Haha! Ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan mana2 pengarah, penerbit, dan pelakon pun eh. Idea tentang FF7 ke live action ni pun diberi oleh Koro. Tak pernah terfikir pun camne kalo FF7 ni ke live action. Selama ni asyik dok fikir je bilalah anime Slamdunk tu nak buat live action. Sedangkan Prince of Tennis yg agak mengarut sikit pun boleh buat live action, ni kan yang Slamdunk boleh dikatakan anime sport yang normal (takde guna kuasa pape) takmo pulak buat live action. Hampes!

Anyway, FF7 ni nak ke live action memangle mengarut yang teramat. Mustahil wei~ So, ini hanya sekadar suka2 je ek dan nak memuaskan hati sendiri camne kalo pelakon2 tersohor Jepun menjadi watak2 FF7. Ini aku campur semua watak dalam siri FF7. Sedia maklum bahawa FF7 ni ada banyak sekuel/siri nye, antaranya ; Crisis Core, Advent Children, Last Order, Before Crisis, dan Dirge of Cerberus.

So, di sini, aku lebih banyakkan amik watak drpd Advent Children memandangkan yang tu paling glamour dan mudah dikenali ramai orang. Dan juga ada campur baur sikit dengan watak2 daripada FF7 Crisis Core. Oh ye, sebelum tu nak inform awal2 yang watak Barret dan Marlene tak dapat disenaraikan kerana tak jumpa pelakon2 yang sesuai bawa watak mereka. Kesian anak beranak tu.. Mula2, ingat nak amik je bodyguard Gacku-chan yang orang negro tu untuk jadi Barret tapi tak tau nama dia ah pulak dan tak kenal pun.. So, biarkan jelah 2 beranak tu tak dapat join.. Oh ye, Denzel pun sekali tak masuk join sebab tak kenal sorang pun pelakon budak laki.. Mula2 dalam pilihan Kanata Hongo yang jadi Denzel tapi bila difikirkan balik macam tak berapa sesuai sangat kalo dari segi ketinggian dan umur.. Yang lain tu dah ada ciri2 yang sama dah untuk jadi Denzel tapi cuma 2 perkara tulah.. Yolah, si Kanata ni dahle sebaya dengan aku pastu tinggi dia dalam lebih kurang 170-172cm camtu.. Takkanlah nak jadi Denzel yang masih budak berusia linkungan 10-11 tahun tu an..

Ok, mari kita mulakan dengan watak yang paling senang + mudah bawa watak FF7! Tak lain tak bukaaaaaan~~~~~~~ GACKT dan GENESIS~!!!! (^O^)o

Gackt Camui as Genesis Rhapsodos

1-1nya pelakon yang semula jadi dah bawa watak FF7 Crisis Core ni.. Yelah, mana taknye, Gacku-chan ni telah menjadi seiyuu untuk Genesis Rhapsodos dan yang paling penting beliau telah dirole modelkan untuk Genesis ni.. That's why their face are 100% look same! Memang tak payah susah2 nak make up kan jadi Genesis dan cari pelakon yang sesuai untuk jadi watak Genesis ni.. So, para pengarah di Jepun tak teringin nak buat FF7 ke live action ke~? XD Heheh..


Ok, next watak paling utama dalam FF7 yakni Cloud Strife~~!! X3
Rasa2 koranglah an, sape agak2nye pelakon Jepun yang sesuai jadi Cloud Strife ni ek? Hmmmm... Cloud-kun ni mukanya sangat kawaii [sampai buat aku cair habis pada Cloud X3].. He has baby face looking and little emo guy + seorang yang agak dingin sikit.. So, orang yang sesuai jadi Cloud-kun ni ialah Tsumabuki Satoshi, pasal dia mempunyai muka yang comel gak then sometimes looks emo.. Berdasarkan drama2 Satoshi yang pernah aku tengok, dia sememangnya boleh bawa watak dingin dan emo2 ni dengan kecomelan mukanya itu.. That's why I choose him as being Cloud-kun.. Lagi 1 reason yang paling penting membuatkan nape Satoshi boleh jadi Cloud-kun ialah ke2-2nya memiliki senyuman yang cute lagi menawan~ X3 tak caya tengok ni :



~Cloud-kun & Satoshi with their cute smiley X3~



Tsumabuki Satoshi as Cloud Strife
[
2 guys with expressionless looking & unpredictable feeling]


Next, the only one Japanese actor that can be as Sephiroth is Tetsuji Tamayama. Sure korang semua tak berapa kenal mamat ni kecuali pada kipas-susah-mati Nana ah. Meh, aku nak perkenalkan sekali imbas pada sesape yang masih belum kenal si Tetsuji ni.. Paling nak senang kenal dan mudah diketahui ialah Tetsuji pernah berlakon dalam cerita Nana & Nana 2, memegang watak Takumi (guitarist Trapnest).. Kenapa aku pilih Tetsuji ni dan mengatakan dia paling layak jadi Sephy? Haa~! Bagi sesapa yang dah tengok Tetsuji membawa watak Takumi tu mungkin dah boleh tau reasonnya.. Memandangkan Takumi tu seorang yang cool dan berambut panjang, Tetsuji telah berjaya membawa watak tersebut dengan gemilang! So, that's why I said Tetsuji is the ONLY actor can being Sephiroth, berdasarkan rambut panjang gler yang amat dimiliki Sephy tu dan wataknya yang dingin lagi KONON macam cool tu [terpaksa taip word tu even tak suka nak nyatakannye ( >,>)].. Lagipun, muka Tetsuji ni memang sesuai untuk jadi Sephiroth.. muka yang penuh dingin, cool, bengis, kejam, dan sekaum dengannyalah..


Tetsuji Tamayama as Sephiroth


Seterusnya, KADAJ~!! Sape agak2 ek yang layak jadi Kadaj ni?! Hehehe~ XD In my choice, I have someone yang sememangnya layak jadi Kadaj! (^O^) Ini kerana kependekan ke2-2 orang ni lebih kurang sama je~ huahaha~ XDDD Rasa2nye, sure korang dah boleh teka sapekah orangnya itu an? Hehe~ XD Tapi2! bukan sebab dari segi tu je ek, lagi 1 sebab muka.. I don't wanna admit it but his face make him really can be as Kadaj.. [Tapi2, aku TAKDE NGAKU yang bahawa muka dia yang orang lain asyik dok cakap 'comel' tu ek~!!] Mamat ni pernah ceburi bidang lakonan di dulu kala.. So, SAKSIKANLAAAAAH~~~ XD


HYDE as Kadaj
[
2 guys with evil sight looking]
* sankkyu to Wayd sebab bagi pic dia yg sememangnye sesuai dgn pic Kadaj d sebelah *


Loz merupakan aneesan kepada Kadaj.. pendek kata Loz, Yazoo, dan Kadaj ni adik-beradik ah.. Kadaj bongsu tak silap sebab umurnya yang paling muda antara Loz dan Yazoo..
Ok, aku pilih Tomoya Nagase untuk jadi Loz.. Kenapa ek? Ini kerana berdasarkan drama2 Tomoya yang pernah aku tengokle, kebanyakannya dia memegang watak2 macho.. Dengan badannya yang agak tegap tu bertambah lagi sesuai ah Tomoya jadi Loz.. sebab Loz ni watak yang paling macho dan maskulin dalam FF7!! X3


Tomoya Nagase as Loz
[
muka bengis XD ; kalo Tomoya cukur janggut n dye rambut color silver, sebijik cam Loz]


Yazoo, Yazoo.. Hmmm... Agak pening nak pilih sape yang boleh jadi dia ni.. Last2 aku pilih Kenichi Matsuyama memandangkan dia pelakon serba boleh! Setiap watak yang dibawa oleh Kenichi ni berjaya bawanya dengan gemilang! Lihat saja L (Death Note), Shin (Nana), dan watak utama dalam anime Death Metal tu (tak tau nama Xp), semuanya menjadi tau! Paling berjaya bawa ialah L ah! So, tak heran ah kalo dia boleh bawa watak Yazoo an.. Yup2, dia layak jadi Yazoo..


Kenichi Matsuyama as Yazoo


Vincent Valentine watak yang paling dingin dalam FF7.. Memang sukar nak cari pelakon yang sesuai untuk jadinya.. Tapi akhirnya aku dah jumpa gak pelakon yang sesuai tu.. yakni Oguri Shun~! XD Ei, ok pe~ boleh masuk pe~ Memandangkan si Oguri ni banyak sangat bawa watak dingin so, takde masalah ah dia jadi Vincent..


Oguri Shun as Vincent Valentine
[
dingin ekspresi ; perasan tak bibir derang hampir sama, cuba perhatikan betul2]


Next, Tifa Lockhart! Satoshi jadi Cloud-kun so kenalah amik pelakon yang ada relationship gak dengan hero, yakni Shibasaki Kou~! (^^) Tapi sayang, sekarang ni Satoshi dengan Shibasaki dah tak bersama~ (T^T) Dulu, derang ni couple.. Ok2, aku pilih Shibasaki ni bukan hanya disebabkan dia pernah ada hubungan dengan Satoshi je, tapi ada reason lain gak.. Shibasaki Kou ni lawa gler orangnya so memang layak ah dia jadi Tifa yang mana perempuan paling lawa dalam Final Fantasy.. Ni2, lagi 1 yang membuatkan Shibasaki layak jadi Tifa, senyuman derang hampir2 nak sama beb.. [ahaks, 2-2 (Satoshi-Cloud ; Shibasaki-Tifa) reason pasal senyuman.. XD]


Shibasaki Kou as Tifa Lockhart


Yuffie Kisaragi seorang perempuan yang childish. Yuffie gak memiliki muka yang sangat comel. Oleh itu, yang sesuai jadi Yuffie ni ialah Horikita Maki yang kawaii tu~ (^O^) Dahle potongan rambut pendek Maki-chan pun sama seakan-akan Yuffie.. Memang Maki-chan ah yang layak jadi Yuffie ni memandangkan dia pun bermuka childish gak..


Horikita Maki as Yuffie Kisaragi
[
2-2 memiliki muka kawaii & childish]


Mula2 aku pilih Takashi Sorimachi untuk jadi Cid Highwind tapi bila tengok balik dan bandingkan Sorimachi dengan Cid macam x brape sesuai sangat ah pulak.. So, tengah2 mencari gali akhirnya dapat dah pelakon yang sesuai jadi Cid ni, yakni Abe Hiroshi.. Dahle janggut sama muka pun hampir serupa.. Kalo si Abe tu dye rambut warna kuning dah boleh jadi Cid dah.. (^_^)


Abe Hiroshi as Cid Highwind


Ahaa~ (^.^") yang ni aku tak pasti sangat reasonnya apa tapi yang pelakon untuk jadi Rufus Shinra ni ikut kesedapan hati dan naluri sendiri.. XD Tah camne tapi memang dah kata putus ah yang Tamaki Hiroshi jadi Rufus Shinra.. Bagi aku memang Tamaki sesuai jadi Rufus, tapi susah nak explain reasonnye nape.. Tapi papehal pun Tamaki memang sesuai dan layak.. Weee~ XD


Tamaki Hiroshi as Rufus Shinra
[
hidung derang lebih kurang sama an, that's why Tamaki sesuai jadi Rufus XD]


Yang jadi Tseng lak aku pilih Matsuda Shota.. Disebabkan ke2-2nye bermata sepet so amatlah sesuai.. Ingat nak pilih abangnya, Matsuda Ryuhei tapi tengok macam Shota je yang lebih sesuai jadi Tseng.. Lagipun Tseng ni jenis yang dingin2 dan seirus orangnya.. Bertambah lagi sesuai ah si Shota ni jadi Tseng sebab dia pun pernah bawa watak orang dingin + serius ni..


Matsuda Shota as Tseng
[
takde jumpa gambar close up Tseng T^T]


Rude pun senang gak nak pilih sape pelakon yang sesuai jadinya [tapi takdelah semudah macam Genesis nye].. Alang2 orang ni dah berpengalaman berlakon botak licin so apa kata kita amik dia sekali lagi untuk jadi orang botak licin~! (^O^) Tak lain dan tak bukan, Tomoki Maruyama! Dia pernah memegang watak Yasu dalam Nana.. Tambahan lak, si Rude ni di kala muda mukanya sebijik macam Yasu.. Tak caye tengok gambar ni -> 100% sama an macam Yasu, betul tak? Serius ni Rude masa muda-mudi zaman baru nak masuk dalam Turks.. Kalo tak caye gak pergi main FF7 Before Crisis.. Tapi apakan daya game tu memang hanya terdapat khusus di Jepun saje.. (TT^TT) Lagi 1 yang sama, Rude ni pun ada tindik banyak2 gak dekat telinga terutama telinga belah kiri.. So, Tomoki, anda kena berlakon lagi sekali sebagai orang botak yang bertindik banyak di telinga~ XD Hmm, chotto matte.. Kalo nak diikutkan yang paling layak jadi Rude ni ialah Dwayne Johnson aka 'The Rock'.. Sebab an muka derang memang serupa gler wei~~~ Tapi apakan daya, aku nak pilih pelakon2 Jepun saje bukannya pelakon Hollywood pasal FF7 ni pun asal n pembuatnya adalah orang Jepun.. Seiyuu bagi derang pun amik orang Jepun gak untuk yang 100% original..


Tomoki Maruyama as Rude
[
Kalo Tomoki simpan janggut rupa dah macam Rude]



~Kembar seiras XD~
[
see, they are look 99% same each other]


Ahli TURKS seterusnya ialah Reno. Seperti yang korang tahu (bagi sesape yang dah tengok Advent Children dan main semua siri game FF7) Reno ni seorang yang suka main2, gler2, tak berapa serius sangat dalam tugasan.. Pendek kata seorang yang bersahaja.. So, pelakon yang sesuai dengan Reno ni ialah Hiro Mizushima.. Sape dia Hiro ni? Dia nilah yang bawa watak Nanba-sempai dalam 'Hanazakari no Kimi tachi e'.. Si Hiro ni memangle sesuai yang amat bawa watak sebegitu.. So, janganlah korang rasa pelik lak aku pilih Hiro ni jadi Reno disebabkan rambut Hiro yang panjang dan berwarna hitam tu.. Alah, tang rambut takde masalah ah, hairstylist Jepun kan pro2 belaka.. So, derang boleh ubahnya..


Hiro Mizushima as Reno


Dah habis ahli2 Turks, dan kini kembali semula dengan ahli SOLDIER yakni Zack Fair. Ada sorang pelakon ni memang layak gler tahap gaban ah jadi Zack.. Dahle muka derang lebih kurang sama je tau! Serius hampir sama! Kalo dia ubah gaya rambut macam Zack dah boleh jadi Zack.. So, pelakon yang aku maksudkan ni ialah Kato Keisuke!! Handsome and cute gler dowh mamat ni~ Hanya sekali pandang je aku terus minat pada Keisuke ni.. X3 Tapi yang ni bukan pilihan aku sebaliknya pilihan Koro.. Huhu.. Apsal lah aku tak terfikir Keisuke ni boleh jadi Zack.. Kalo pilihan aku yang cancel tu, ingat pilih Ikuta Toma untuk jadi Zack disebabkan dia pun dah banyak kali bawa watak yang gler2 dan tak serius ni.. Tapi Keisuke ni lagi layak dan lagi handsome + cute compared to Toma.. (^.^)


Kato Keisuke as Zack Fair


Angeal merupakan mentor pada Zack. Angeal seorang yang tetap pendirian dan berpegang pada maruah. Yelah, mana taknye dia asyik dok cakap ayat ni je pada Zack, Angeal : "Embrace your dream, and whatever'll happen protect your honor..." Angeal ni boleh dikatakan macholah gak [tapi padaku tak macho langsung pun (-__-)].. So, aku pilih Kamikawa Takaya yang juga terkenal dengan wataknya sebagai Umeda-sensei dalam cerita 'Hanazakari no Kimi tachi e'.. Tak tau apsal tapi tah rasa macam Takaya ni sesuai jadi Angeal..


Kamikawa Takaya as Angeal Hewley


Hah! Yang terakhir ni aku tak tau nak komen apa sebab aku pun tak tau pelakon Jepun perempuan mana yang sesuai jadi minah ni (Aerith).. So, aku pun main tibai jelah pilih pelakon import drpd Korea.. eh cop, dia pelakon ke? (O_O) Ah, lantak ah, asalkan dia ni boleh speaking Jepun dengan baik.. Sape lagi kalo tak bukan BoA! XD [disebabkan aku benci Aerith ni so that's why takde calon yang sesuai kot untuk dia.. huahaha~~!! XDDD sape suruh dia ngengada nak dok ngedeng2 dekat Cloud-kun walhal dia dah suka pada Zack (>.<) nyibuk je!]


BoA as Aerith Grainsborough



Hal demikian, selesailah sudah pemilihan para pelakon asia untuk jadi watak2 FF7 ni jikalau di-live action kannye. Tapi apa salahnya kalau FF7 ni di-live action-kan an? Takde masalah apa dan bukan 1 perkara yang hairan. Sedangkan ada game2 yang telah diadaptasikan ke live action seperti Street Fighter, Resident Evil, dan lagi 1 game yang bakal akan di-live action-kan tak lama lagi iaitu King of Fighters. Akan tetapi kesemua nye itu dilakon oleh pelakon2 hollywood memandangkan derang yang lebih berani untuk membuat adaptasinya. Tak ke korang rasa pelik kalau game2 tu asal drpd Jepun yang for sure muka2 karakter pun diJepunkan, sekali bila diadaptasikan ke live action bertukar rupa ke mat salleh pulak!!! Ini paling obvious berlaku dalam Dragon Ball even DB ni bukan game! HANCUR LEBUR BERKECAI BEB~! Terus hilang semangat nak tengok dengan excited. Street Fighter pun sama gak. Mujur yang SF Chun-Li tu dia amik Kristen Diusk (tah camne eja nama dia) jadi Chun-Li. At least adalah gak SIKIT muka asia tu.. (=___=)
Oleh itu, kalaulah 1 hari nanti ada pengarah terfikir nak adaptasikan FF7 ni ke live action, biarlah pengarah tu pengarah Jepun dan bukan pengarah hollywood sebab aku memang takmo langsung karakter2 favourite ku terutama Cloud-kun & Genesis ditukarkan ke rupa mat salleh~!!! (>O<) [eh, Genesis memang takde masalah.. amik terus je Gacku-chan tu.. X3] Biar pelakon2 yang aku calonkan untuk karakter2 FF7 ni yang berlakon!! (>O<)o [poyo~ macamlah betul2 nak diadaptasikan ke live action (=,=")]
Dari segi stylo rambut takde masalah langsung ah nak buat ikut seperti karakter2 FF7 ni. Hairstylist2 Jepun kan pro2 belaka~ Buktinya pada rambut2 jrockers. Kan derang punya rambut berstylo-stylo, pacak2, dan unik an. So, takde hal ah~ Sedangkan Kenichi pun boleh buat rambutnya macam L dan Tamaki lak pun boleh buat rambutnya macam Chiaki. See, no problem right? (^.~)b

Oh ye, ni aku nak selitkan sikit salingan.. nak tunjuk sat 1 cosplayer yang sememangnya berbakat lagi handal sebab hanya dia sorang je yang betul2 jadi sebijik 100% macam Cloud-kun wooooooooooo~~~~~~~!!! Dahle handsome~ X3 hehe~ XD

amacam? jadi kan3x?!

[hehe, pic dia beso sebab special case XD]



Warna2 tulisan sebagai simbol untuk tunjukkan derang drpd group apa/mana :
:: Antagonist ::
:: Antagonist silver hair brothers ::
:: SOLDIER ::
:: AVALANCHE ::
:: ShinRa & TURKS ::



Tengok, betapa die-hardest-fan nya aku pada FF7 sampai sanggup buat perkara menarik ni.. (^O^) sampai siap aku boleh selamba tangguhkan assignment jap (sebab hantar assignment tu Rabu depan) semata-mata excited nak buat post entry pasal ni.. XD

Huh, post entry PALING PANJANG antara semua post entry yang pernah aku buat..
So, jutaan terima kasih pada sesape yang sudi membacanya dan juga terima kasih pada sesape yang tak sudi membacanya.. m(_ _)m

20 comments:

k o r o m y s t said...

Wah Tetsuji!!! xD
I like~!!! xD

Yup yup dia sesuai giler jadik Sephy! (^O^)

Haaa... kan Kato tuh sesuai giler jadik Zack, kan? Rambut pun cam nak sama. Lakonan dia pun cambest xD Sker tengok dia dalam Kamen Rider Kiva (watak nama Nago-san dan dia gak merupakan Kamen Rider IXA). Dalam Hana Kimi dia tak menyerlah sangat sebab dibayangi Masao hahaha xD

Tensai7 said...

hehehe~ tengoklah sape yang pilih pelakon untuk sephy tu~ XD
tapi blank gak nak cari sape yang sesuai jadi sephy..
then masa tu terfikir antagonist yg dalam cite Azumi tu..
otomatik pastu terus terfikir kat Takumi (Tetsuji) lak.. XD

dah Masao watak utama bagi dorm 3 nak buat camne..
tapi atleast dia jadi orang kanan pe so banyak gak ah muncul..

perasan tak?
kebanyakan pelakon2 yg orang pilih ni mostly drpd hana kimi an? XD
amacam? sume sesuai tak dgn karakter2 ff7 masing2?

k o r o m y s t said...

tsumabuki jek tak sesuai nyahahaha xDDD

takpela... mari kita berharap agar ada sesiapa yang tersinggah blog nih, tertarik dengan idea nak buat live action sebab dah ada list cast, dan seterusnya merealisasikan live action tuh xP

Tensai7 said...

apsal lak tsumabuki tu x sesuai??? O_O
sesuai pe!
dah 2 sape lagi yg layak jadi Cloud-kun selain dia?

eh, boa tu sesuai ek jadi aerith?
main tibai je tu.. XD

harap2 camtu le..
tapi mustahil ah org luar negara de yg singgah blogku ni~ TT^TT

fara nyaa said...

tetsuji!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

XDDDDDD! seswai sangat sesangatnyer!
XD pehhhh!

Tensai7 said...

anou..... (^^")
nape sume sokong tetsuji dgn sephy ni?
mmgle derang ber2 sesuai sesangat-sangat tapi bkn de byk lagi yg lain ke..
siannya yg lain, sbb hanya tetsuji n sephy je yg dpt sambutan..
heh..

naddnotthenek said...

xDDDDDD~ HYDE-sama~ badan kecik.. sesuey jadik kadaj... :DD aaaa maki mmg sesuai jd yuffie~ :DDDD

ko try tgk nih.. xDD
http://fs1.us.cyworld.com/data1/2008/12/12/158/1229154758705363_file.jpg

amacam~?? xD

Tensai7 said...

ha! de pun sokongan pelakon lain selain tetsuji..
yeah~
yup2, 2-2 pelakon tu mmg on the spot terus brade kat fikiran ms nak posting pasal ff7 ke live action ni..
xde nye nak pk2 kadaj dgn sape, yuffie dgn sape..
nyahaha~ XDDD

waaaah~!! (OoO)
jadi maa mamat ni dgn reno! ^O^
sape ni? sape ni? sape ni?
alamak, dah konfius lak mana yg lagi sesuai dgn reno..
mamat ni ke hiro ek? hmmmm~

naddnotthenek said...

aaaa.. kan kan.....~ jd an? xD
member Super Junior atau dshortformknnyer jd suju, Kim Hee Chul.. xD aku bace blog si heechul nih yg lepas2 tuh.. pastu aku tejumpe ah pic nih teros aku save.. xDD.. Ni pic ye maser lam MV Don't Don.. aaahh~ kalo ko rajen ko nengok ah mv ye.. xDD

aaa...lper plak nak tunjok ni kat ko...

http://www.youtube.com/watch?v=ZiM29NZtOeU

tgk2~ xD

Tensai7 said...

aik?
tukar nama lak? O.O
loh, mamat korea ke..
aku ingtkan mamat jrocker mana ah..
waaaah~
skarang ni ko dah kipas-susah-mati korea lak..
mana pergi jrocker wei?

dah tgk dah~ ^^
xleh blah dia wat pv amik scene tifa vs loz tu.. XDD
tapi loz dia buruk~ TT^TT
x macho pun!
keciwa ku tgk loz tu.. T^T

Wahidah Shukri said...

sememangnye pah mmg xde kje len
hahah
nsib bek wtk2 yg aku mnat sumenye nsem2
hohoho
tp aku rase si tsumabuki tu x bape ssuai sgt
hm.. x ssuai.. x ssuai..

k o r o m y s t said...

Heheh~ ada gak yg sokong Tsumabuki bukan Cloud xP~

Tapi nak cadangkan pengganti, takde idea lalalala~

Tensai7 said...

hmmm...
2lah pasal xde idea utk cari pengganti cloud-kun lah pulak..
nampak sgt kehenseman cloud 2 payah nak dicari ganti~~~ XD
nyahaha~

aloh, senang cite amik je terus cosplayer yg 100% sebijik cam Cloud-kun tu..
habis cite..

naddnotthenek said...

hohoho~
aku sebenonye ter-kipas susah mati korea gara2 sepupu aku brainwashed aku ngan suju~ senang jer aku hooked ngan korea... jrock aku layan gak tp x brape sgt ler wat mase nih.. :D

mai said...

HAHAHA KATOKEI SGT SESUAI JADIK ZACK!!! TETSUJI PUNYE ROLE PON OKEY <33

haha..sori dtg menyibok tak tentu pasal XDD err...HAI!! XD

Tensai7 said...

haha..
xpe2, dialu-alukan gak org yg x kenal utk komennye..
yg penting dia kipas-susah-mati ff7..
(^.~)b

umm, boleh tau sape ni?

mai said...

ohoho~ not really die-hard fan of ff7, tapi sket2 tu tau laa ^^;;

sy hanyelah seorang gackt, kato keisuke & ramai lg j-actor's fangirl XDDD jumpe blog awk ni lepas random google search utk katokei XD;

best ah blog awk ni, sy pon minat j-rock!! wheee~

Tensai7 said...

thanx for the praising~ ^^

yup2, sememangnye sy kipas-susah-mati gackt n jrock..
x sangka de gak akhirnye fangirl melayu minat gackt..

haha..
dr baca blog kamu sememangnye dah nyata tuannya blog 2 kipas-susah-mati katokei.. (^_^")

Anonymous said...

gakct is my mentor

Anonymous said...

The unique disc in this set is the third disc with all the extras and it's done up nicely with a orange cover that has their symbol on the front in red which makes it stand out strongly. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry uk[/url] The beach excursions in India can also be a strategy to pamper oneself by enduring services like shacks serving beer, lively flea markets and therapeutic massage to soothe the body and relax. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose expedition[/url] Zmkgvtrrt
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora Sale[/url] Gbgonrivf [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose canada[/url] nlozjmzqs