Monday, May 04, 2009

~ Seito Shokun ~

post entry kali ni nak cite pasal 1 drama jepun yg best dan PENUH BERMORAL.. tadi baru je habis tengok kesemua episod jdorama yg aku nyatakan tadi, iaitu "Seito Shokun!" yg bermaksud 'Attention Student!'.. sebenarnya dah lama dah milik cd jdorama ni, tahun bila tah beli tapi tahun ni baru sambung tengok.. ha, 1st tengok masa tu aku masih sekolah lagi.. masa tu aku dengan Koro tengok cd 1 je.. XD sebab kitaorg rasa ngantuk masa tengok cd 1 tu then bajet cerita ni bosan ah.. hehe.. aku beli pun sebab ada 2 pelakon yg best dan aku minat iaitu Kanata Hongo! dan Horikita Maki! X3 [apa daa~ beli sebab pelakon bukannya sebab jalan cerita.. Xp] kendian tahun ni baru aku sambung tengok cerita tu.. itu pun setelah dah takde jdorama yg aku nak tengok.. aku nak perbetulkan semula anggapan aku terhadap jdorama ni.. sebenarnya drama ni x bosan langsung pun tapi sangat menarik untuk ditengok.. yelah mana taknye dia masukkan banyak moral yg memang boleh kita semua pelajari tau x.. khususnye tentang mengajar erti kehidupan sebenar manusia sesama manusia.. kalo yg kehidupan manusia sesama Allah tu memang kita dah tahu sejak lahir lagi sebab ianya asas aqidah kita.. kalo sape yg masih tak tau x tak sedar diri lagi tu manfaatkanlah banyak2 aqidah mu itu ek..

ok2, sambung balik topik.. ni aku nak buat rumusan sikit pasal cerita ni.. cerita ni pasal seorang cikgu yg bernama Kitashiro Naoko telah datang munculkan diri di sekolah menengah Minato.. sekolah Minato ni ada 1 kelas yg bermasalah bukan bermasalah dr segi perangai kenakalan sume tu tapi bermasalah sebab derang sume (budak2 kelas 3 tahun 2) tak percaya pada cikgu dan orang dewasa.. nak sebab pe? sebabnye derang sume ni pernah dikhianati oleh seorang guru sebelum ni.. that's why ah derang dah tak letak langsung lagi dah kepercayaan pada guru dan orang dewasa.. akan tetapi dengan kehadirang Kitashiro Naoko sensei ni, persepsi murid2 kelas 3 tahun 2 tu mula berubah sedikit demi sedikit.. beliau telah membuatkan juga setiap murid yg mengalami kederitaan berubah menjadi kebahagiaan.. tapi takdelah bila Naoko sensei ni muncul je terus berubah sume tu, beliau sebelum tu ada lah kena buli kena dipermainkan n sekaum dengannya oleh murid2 beliau tu.. tapi beliau terimanya dengan tabah dan masih sanggup anggap budak2 tu sume murid2 beliau & sayangkan beliau.. ini semua disebabkan Naoko sensei telah letakkan prinsip pada diri beliau iaitu lindungi murid2 beliau walau dalam apa jua keadaan pun dan percaya pada derang..
part endingnya an membuatkan aku rasa sedih dan sebak tapi takdelah sampai tahap NANGIS pun eh.. tak main ah nangis2 ni.. air mata aku amat berharga dan bernilai.. huahaha~ so, ianya akan mengalir pada perkara2 yg bernilai dan patut je.. takkan sesekali turun atas perkara2 yg kecil dan remeh.. heh.. yeah, inilah jiwa seorang Aries yakni berjiwa keras.. [yeke? O_O ntohle tibai je.. Xp]

Seito Shokun!


tengok, betapa tabah nye seorang cikgu ni an.. aku pun kagum gak dengan beliau.. memang bukan senang woo nak jadi seorang cikgu macam Kitashiro Naoko sensei ni tau.. aku pun teringin nak rasa mempunyai cikgu seperti beliau ni tapi apakan daya aku dah tamat sekolah~ TT^TT tak sempat nak merasainye.. tapi aku rasa takat ni belum jumpa lagi kot cikgu seperti Naoko sensei ni di Malaysia.. [waaargh, mampus aku kalo para cikgu membaca blog ni.. tapi aku bukannya nak mengkritik manusia2 yg bergelar cikgu pun.. Wallahi, takde niat..] kalo ada pun payahlah nak jumpanya.. tapi sebenarnya ada je cuma murid2 atau pelajar2 je yg tak reti nak menghargai guru2 derang..

so dengan ini, aku berharap semua cikgu di Malaysia ni baik yg tengah memegang jawatan ini dan yg bakal menjadi cikgu, jadilah cikgu yg tabah dan betul2 ingin lindungi murid2 seperti Kitashiro Naoko sensei ni.. so maknanya, korang kena tengok cerita "Seito Shokun" ni untuk menjadi seorang guru yg hebat dan berwibawa.. huahaha~

4 comments:

Wahidah Shukri said...

haha
tetibe teringat kat ckgu rosmini smngt nyanyi lgu Guru Malaysia

kami guru malaysiaaaaa~

lalalaaaa~

Tensai7 said...

ho,aku x ingt dah peristiwa tu..
pasal bukannye bg fokus pun time cikgu wat show kat dpn..
rasanye main or borak ke pe tah kat blkg tu..
hehe~ XD
almaklumlah x brape nak nampak dgn jelas so x bg fokuslah..

k o r o m y s t said...

Hik hik... kan ke bes kalo promote citer nih time hari guru nanti? =P

Tensai7 said...

a'ah an! tul gak..
patut derang tayang cerita Seito Shokun! sempena Hari Guru nanti..
tapi tulah tv-tv dekat Malaysia ni, asyik dok tayang drama Melayu yg sempena dengan Hari Guru je.. =____=
cubalah tayang cerita Seito Shokun! ni even sekali pun..