Thursday, September 30, 2010

Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden

Ok, perkara ini dah pun banyak di'post'kan di mana2 blog / laman sesawang forum yang wujud di alam maya ni. Jadi aku pun ingin menurut serta dalam memberitahu perkara yang amat PENTING bagi setiap umat ISLAM terutama para muslimah. Tak salah kan kalau aku meng'copypaste' benda yang baik? Bak kata pepatah movie; "Baik punya cilok"

Lagipun, bukankah help spread the messages of Islam, Allah will help you. So, sebagai umat Islam dan telah tau mengenai ini, haruslah bertindak dalam menyampaikannya pada umat2 Islam yang masih belum tau.

So, apa perkara yang ingin disampaikan ialah berkenaan tudung masa kini yang telah berlanggarkan syariah disebabkan hanya mengikuti edaran fesyen yang semakin berkembang..!

"TUDUNG DI AKHIR ZAMAN"




Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!! PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian = Tudung Di Akhir Zaman = Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika
Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis Nabi Muhammad SAW:"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta



Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat


Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan


Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.


Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..



petikan ini diambil daripada laman sesawang -> 'http://www.kampungfm.com/viewtopic.php?p=48976'


Oh, by the way, sila luangkan masa sepenuhnya untuk membaca entry post yang ini hingga habis. Jangan beri alasan MALAS KERANA IANYA PANJANG LEBAR. Ingat, ini adalah 1 mesej Islam yang wajib kita ketahuinya supaya kita beriman & bertaqwa pada Allah SWT dan berpegang teguh pada ajaran Allah SWT yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran nur Karim

Tuesday, September 28, 2010

sangat bahagia & gembira~

Mungkin bagi orang lain ini adalah satu yang REMEH SAHAJA Tapi bagiku TIDAK SAMA SEKALI Ianya 1 perkara yang SUNGGUH berharga Nan desu ka? Kore wa.. FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE (FF7 ACC) no eiga desu yo!!!!
No wonder I'm as an FINAL FANTASY VII otaku, this movie is very precious and important to me. And that's why I feel so so so HAPPY & HAPPINESS~!!


Ho, chotto, ada sedikit info mahu diberitahukan mengenai FF7 ACC ni. FF7 ACC ni amatlah berBEZA dengan FF7 AC biasa. Apa yang membezakan 2 movies ini? Ianya adalah berkenaan scenes & animation effects. Ini perbezaan yang mahu diberitahukan :

1) Scenes yang ditokok tambah
Bagi yang sudah tonton FF7 AC tanpa bermain game FF7 yang asal di PS1, mungkin mereka agak sukar untuk memahami jalan ceritanya kerana ada beberapa scene2 yang macam tidak dimasukkan menyebabkan beberapa plot cerita ada yang tergantung. So, di dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE (ACC) ni lah Tetsuya-san telah menambahkan lagi beberapa scene untuk menghasilkan plot yang lengkap untuk mudah difahami orang ramai.

2) More animation effects have added

Dalam AC biasa, kalau korang perasan ada sedikit tidak kelogikan mengenai karakter yang sedang berlawan. Yakni, mereka tiada sebarang cedera yang wujud pada badan mereka, betul tak?
So, dalam ACC ada penambahan efek cedera (luka, lebam, darah) pada karakter2 yg sedang & lepas berlawan Lagi 1, efek pada aksi2 lawan yang wujud dalam ACC ni LEBIH GEMPAK & MANTAP compared to yang dalam AC

Kenapa perlu sampai buat 2 kali movie yang sama? Sebabnya pada yang movie pertama, FF7 AC, merupakan movie FINAL FANTASY siri yang PERTAMA dihasilkan dengan teknik CGI dan pelbagai lagi latest animation elements yang digunakan. Sebelum ni kan, movie pertama FINAL FANTASY siri, FINAL FANTASY THE SPIRIT WITHIN, hanya menggunakan elemen 3D sahaja. So, disebabkan FF7AC ni merupakan movie yang pertama menggunakan teknik CGI, mestilah ada beberapa kelemahan di situ. Sebab itulah, Tetsuya-san sekali lagi menghasilkan ADVENT CHILDREN dengan yang SERBA LENGKAP untuk memuaskan hati beliau, pihak SQUARE ENIX dan juga yang paling penting PEMINAT & PENONTON! Itulah sebabnya nama pun -> FINAL FANTASY VII ADVENT CHILDREN COMPLETE



Cerita ni dikuarkan di JEPUN pada bulan September tahun lepas kalau tak silap. Dan SYUKUR ALHAMDULILLAH yang amat ku ucapkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat jua aku menonton movie yang dingidamkan selama ini walaupun hanyalah pirate [ops ]
Yelah nak beli original tak mampu MAHAL GILABABAS! Kena beli sekali dengan CLOUD BLACK 160gb PS3
Ni pun aku hanya jumpa yang khas untuk dimainkan di PSP je (>_>) Ada gak jumpa yang format .avi yang boleh main untuk mana2 tapi sampai sekarang masih 0% result download di BitComet sebab tiada seed
Tapi takpelah. Yang ada ni pun dah kira bagus, janji ada an daripada takde langsung.

Ok, di bawah ni mahu tunjuk sikit beberapa scene yang ditokok tambah dalam ADVENT CHILDREN COMPLETE :

Sephiroth cucuk Cloud sekali lagi seperti yg mana dilakukan dalam FF7


Cloud bawa balik Denzel


Cloud & Marlene di luar 7th Heaven


Denzel pegang hp Cloud


TURKS berkumpul (semua muka nampak jelas)



Yosha! another MISSION ACCOMPLISHED!!! I've got FF7ACC OST (get from this website -> 'FFShrine')!!!! (^O^)o Credit and thanks much to 'FFShrine' forum website! (^^)

Sekarang barulah package lengkap, dah dapat ke2-2nya sekali benda yang paling diidamkan selama ini -> FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE & FF7 ADVENT CHILDREN COMPLETE REUNION TRACKS (OST)

Friday, September 17, 2010

kawan baik ku sampai mati!!!

siapakah dia?

TADA~!!


Kenapa ia adalah kawan baik aku yang sebenar? Sebab :

* Menjadi tempat mengadu aku
- pada Marimolah aku menghilangkan stress + tension + keserabutan + pressure yang
dihadapi
- pada Marimolah juga aku boleh melupakan segala masalah yang dialami

* Sentiasa menemaniku di kala bosan

* Sentiasa berada di sisiku termasuk tidur pun dengan Marimo (^^)

* Sentiada datang tepat pada masa yang diperlukan
- dalam ayat konteks yang pendek bermaksud, bila aku memerlukan, Marimolah yang selalu datang tepat pada masanya



Ok. Yang ni mau beritahu pula pasal sejarah kemunculan Marimo dalam hidupku. Walaupun dah basi untuk ceritanya tapi aku peduli pe. Kawan baik aku ni! So, mestilah mau cerita tentang ia an.

Sebelum Marimo muncul dalam hidupku ni, aku telah survey dulu di internet mengenai PSP3000. Yelah, mestilah BIJAK DALAM MEMBELI. Nak2 lagi barang yang dibeli ni adalah BARANG yang PENUH BERHARGA. So, mestilah mau pilih yang terbaik an.

Lepas tu, tanggal 1 SEPTEMBER 2010, aku ajak 2 orang member KUIS aku teman pergi Metro Kajang dan Warta untuk survey harganya pula. Kemudian aku tak puas hati, pada tanggal 3 SEPTEMBER, aku pergi survey seorang diri di GIANT, Nilai. Ok, di bawah ni aku mau tunjuk perbezaan hasil survey yang dibuat oleh aku daripada 3 tempat yang disurvey ni. Ke3-3 ni memang sungguh tak memuaskan hati ku! (>.<)

@ METRO KAJANG :
- Tensai7 : aa, nak tanya, harga PSP model 3000 jual berapa ek?
Amoy (penjual) : RM1200
Tensai7 : Berapa gb?
Amoy (penjual) : 4gb
Tensai7 : o. K, terima kasih *blah terus daripada kedai tu*

@ WARTA, Bangi :
- Kes yang ni pula, diorang jual PSP secara GHAIB! Means, must booking 1st if you want to buy PSP. What the heck is that!? Memang patutlah pun yang dalam almari kaca tu hanya tayangan percuma semata-mata (>,>) Then, aku tanya harganya, dia cakap RM800, aku tanya pula berapa gb, dia cakap 4gb, aku tanya lagi warna apa je yang ada, dia cakap cuma ada warna hitam je yang dijual, aku tanya lagi "takkan takde warna lain kot? warna putih?", dia cakap tak pasti tapi bolehlah mintanya tapi kena betul2 nak bookinglah kalau nak warna lain (=_____=) Then, aku tanya lagi mengenai free giftnya, dia kata dia hanya kasi yang basic free gift yakni -> box case, charger & earphone. Apa KEJADAHNYA wayar USB tak di kasi PERCUMA SEKALI?! Aku cakap terima kasih pada penjual tu lepas tu aku terus blah daripada situ (>,>)

@ GIANT, Nilai :
- Ha yang ni macam dah ok sebab uncle tu kata PSP3000 jual RM800 - 8gb. TAPI "TAKDE STOCK LO SEKARANG" (=_____=) aduuuiiii! Melepas lagi aku


Tapi takpe. Aku TETAP TAK PUTUS ASA UNTUK MENDAPATKANNYA. So, aku ambil peluang yang terakhir dengan kata putus "Kalau yang TERAKHIR ni berbaloi dan memuaskan hati aku, TERUS JE BELI TANPA FIKIR PANJANG. Tapi kalau TAK MEMUASKAN HATi & TAK BERBALOI aku SANGGUP TUNGGU LAGI MASA yang SETERUSNYA". Alhamdulillah, jutaan syukur yang amat ke hadrat Ilahi, Allah telah memberikan aku rezeki memiliki PSP3000 pada tanggal 4 SEPTEMBER 2010. Bersyukur sangat2! Mana taknya, aku dah memang aim mau dapatkan PSP3000 ni sebelum Raya. Sebab tu lah aku beriya sakan dan sanggup berkerah tenaga dan minyak kereta untuk pergi survey PSP3000 ni. Syukur Alhamdulillah sekali lagi diucapkan, akhirnya aku dapat memiliki PSP3000 ni *terharu*
Thanx a Wayd pasal sanggup teman aku pergi surveynya buat kali terakhir di MINES, Serdang (^_^)

Alhamdulillah, yang di MINES ni memang betul2 memuaskan dan berbaloi. Sebab apa? Ha ni sebabnya :

* Basic cost -> RM800 + 8gb + Black color
* Upgrade -> RM1190 + 16gb + Metallic green color + plastic casing
* Suka hati mau pilih game apa siap sumbat dalam 18 games tu~


Oh ye, thanx to bro gak sebab sanggup teman aku datang ke MINES buat kali ke2 untuk ambil balik Marimo aku ni (Marimo ditinggalkan lebih kurang 2 jam di kedai tu atas sebab pemprosesan muat turun game). Kitorang siap buka puasa dengan beli air di 7E dalam MINES tu je gara2 semua kedai makan PENUH gila! Pukul 8.30pm tu barula kitorang dapat makan.


So, itulah dia sebab-musabab Marimo tu kawan baik aku dan sejarah kemunculan Marimo dalam hidupku





CLOUD theme, used it forever&ever till die!


Friday, September 10, 2010

Nah, kad raya drpd aku! (^o^)c/*

:: Final Fantasy 7 Raya ::

apabila Sephy & Cloud beraya xD
sememangnya Sephy tidak pernah serik membuli Cloud tak kira bila masa (-__-")


DEDICATE TO ALL MY FAMILY & FRIENDS & READERS


// vector image ; drawn by me, using adb flash ; original character by Tetsuya Nomura //

Thursday, September 02, 2010

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Wednesday, July 28, 2010

Otanjoubi omedetou aniki! *\(^o^)/*

Dedicated this DIGI video commercial to my bro due to his birthday today :D

Kenapa aku pilih video ni untuk dedikasikan kepada aniki? Kerana scene dalam video ni sama je dengan kehidupan kami adik-beradik. Yakni, aku sebagai adik sering menjadi mangsa buli oleh abang aku tak bila masa dan di mana jua. Tak ke sama je situasi kitorang macam dalam video ni...? O_o


// the most favorite video commercial \\

- original video from DIGI -

- credit to DIGI -

Hora MITE!



tengok! di Jepun ada kereta macam Kenari (warna hitam) lah~!! tapi yang Jepun nya ni versi panjang sikit xD

Ho, trak lori tu... SPECIAL punya~~~ Sempena tour yang the GazettE mau buat di Tokyo Dome (merupakan tempat terbesar untuk buat konsert terbesar)

For more details about it, go to this -> http://www.musicjapanplus.jp/articles/?action=article_page&articles_id=1846&article_data_id=3265

Sunday, July 25, 2010

Hasil arkeologi

Semasa singgah di rumah Bangi, saje jelah selongkar balik mejaku di 'bilik study' (kononnya). Nak kutip cd2 anime & lagu serta novel2 "Pirates of Carribean" untuk dibawa balik ke Nilai. Tengah2 menarkeologi tu, terjumpalah 1 cd ni yang memang kalau sekarang ni sudah tiada dipasaran MALAYSIA. Cd lagu pe? AWAKE! Eh, silap, tu Laruku nya album cd. Ha, tapi tu lah dan juga album cd Laruku yang bertajuk "KISS", 1-1nya cd Jrock yang ORIGINAL yang ku ada [sedihnya bukan cd album GACKT yang ORIGINAL tidak menjadi milikku TT TT] Eh, chotto.... sebut pasal "KISS", di mana ek album cd tu??????? (O,o) Hmm~ *urut dagu* Takpelah nanti aku arkeologi lagi sekali. Harap2le tak hilang *perasaan risau dah muncul*

Tapi bukan cd tu motif utama yang nak disebutkan dalam entry post kali ni walaupun "AWAKE" - L'Arc~en~Ciel sudah tiada dipasaran MALAYSIA sekarang ni. Cd yang ku maksudkan dan memang betul lah jadi barang antik hasil daripada pen-arkeologi-an, tak lain tak bukan .............

TADA!!!



Kenal dok siapakah gerangan jejaka handsome berambut blond ini???? XD

Bagi yang kenal baguslah, bagi yang tak, nilah dia, JANG HYUK!!! Korean artist! Dulu sebelum beliau masuk dunia lakonan, beliau adalah penyanyi serta rapper (the most). Pergh~ mantop ah JANG HYUK! Rapper tu~~~~ Mantop2. And then beliau sekarang dah jadi pelakon je dan mula tinggalkan sikit dunia nyanyian lepas dah popular dengan lakonan.

Ha! Sebab tu lah ku kata barang antik! Yelah, sekarang mana ada dah beliau nyanyi dek sibuk dengan penggambaran drama2 je. Lagi 1, kalau beliau masih di dunia nyanyian pun tak mungkin lagi dah ada JUAL di MALAYSIA sebab MALAYSIA sekarang dok ASYIK JUAL BOYBAND2 KOREA yang hangat je macam SUJU, DBSK, apatah lagi nama2 boyband group yang WAJIB AHLINYA RAMAI [kenapa ek? Boyband JEPUN rilek je 5 ke 6 orang max nya. Hmm]

Fuuh~ nasib baiklah aku beli album cd JANG HYUK ni. Kalau tak sure takde 1 koleksi daripada JANG HYUK dan tak tau pun yang beliau ni sebenarnya berasal daripada dunia nyanyian bukannya lakonan.

Oh, by the way, for all your information, JANG HYUK is the ONLY ONE Korean artist that I like. Other than him are not. Only him from Korean. Why? Because I'm not like other girls that who are totally obsessed with Korean artists. Korean artists are not my cup of tea except JANG HYUK. Oh, same also with Korean dramas. I don't like them. I'm a Jdorama and Japanese artists maniac!!!!! o(>o<)o







Amacam? Handsome kan beliau? Ops, yang gambar sebelah kanan tu bukan nak tayang apa ek. Letak pic tu sebab comel sangat beliau dalam pic (kanan) ni. Nampaklah ciri2 kebapaan pada beliau. Tapi sayangnya baby tu bukan anak beliau. Sekadar jadi model untuk fotografi je baby tu [chey~ baby lagi dah jadi model]. Walaupun baby tu bukan anak JANG HYUK tapi beliau sudah jadi bapa~ (^_^)

Saturday, July 10, 2010

Seiyuu yg x berkaliber xD

Siapakah seiyuu itu? Ha~ Ntohle. Tapi yang pasti bukan orang jepun lah. Dia orang melayu. Tapi bukan pengalih2 suara yang sedia ada. Ni yang memang tak berpengalaman langsung dalam bidang 'voice over' ni. Di bawah ni ku tunjuk 1 scene pendek yang dipetik daripada filem "Eagle Eyes" lakonan Shia LeBouf (dulu time kecil tak handsome tapi bila dah besar handsome pula si Shia ni xD), tapi telah di-dubbing-kan ke BM mengikut satu isu topik.


p/s : sila kuatkan volume speaker anda kerana mungkin tidak akan dapat dengar dialog2 tersebut dengan jelas


Sunday, July 04, 2010

Otanjoubi omedetou~!!! *\(^O^)/*

Kyo wa shichigatsu yokka desu. Dakara, kyo wa Gaku-chan no tanjoubi desu!!!!

Otanjoubi Omedetou Gaku-chan!!!!!! *\(^O^)/*

'MEN WEAR PINK ARE BRAVE'

Photobucket
Yayy

Saturday, July 03, 2010

Oh crap!

Tetiba teringat cerita "That's So Raven" disebabkan tajuk entry post ku kali ni. Raven suka beno cakap ayat tu. Waah, terasa mau tengok balik cerita "That's So Raven"~ Mengapakah tidak tayang semula cerita sitkom tu~ T^T

Pendahuluan yang sungguh melalut (>_>)

OH CRAP!

Minggu depan (mula dengan hari Isnin yang bakal menjelang) adalah minggu yang penuh kesibukan [chey~ macamle dah kerja =_=] Sibuk dengan assignments + midterm lagi + kelas malam yang sederet 4 hari (Khamis dikecualikan sebab memang malam yang 'percuma').

Then, Jumaat depan (9/7/2010) aku ada bengkel melukis pula under lecturer subjek 'CREATIVE MULTIMEDIA DRAWING'. Waah, rasa gembira yang amat lak terpilih untuk masuk bengkel tu. Syukur Alhamdulillah. Ada hikmah aku datang lambat ke kelas xD Takde, masa tu on the way nak ke makmal pc 8. Tengah2 jalan tu terserempak pula dengan lecturer tersebut. Ku senyum jelah dan beri salam dan berhajat nak teruskan perjalanan menuju ke makmal. Akan tetapi encik panggil aku dan tanya, "Eh, awak an yang lukis manga tu?" .................. Noktah2 tersebut adalah menunjukkan ke-blur-an yang sangat jelas. Aaaaaaaa~ nak jawab apa ni sebab aku mana pernah buat manga maupun pape komik pun
So aku pun mengiyakan jelah dengan selit ayat merendah diri yakni "bolehla sikit2" [yolah wey, aku mana reti sangat dowh melukis-lukis ni. Ku tak hebat macam 2 orang tu~ >_<] Pastu, encik pun suruhlah aku tulis nama pada borang di papan kenyataan di fakulti aku untuk aku masuk bengkel melukis dan buat digital comic yang dianjurkan oleh encik tersebut dengan sendirinya. FREE lagi tu beb! Bukan senang woo nak sertai bengkel yang FREE~!! xD [bak kata Tyra, "Pah allergic duit" Haha, sengal ah ko Tyra] Tapi bosanlah aku nanti keseorangan dalam bengkel tu nanti sebab takde kawan, orang lain sure ada kawan (T^T)

Then, Ahad depan (11/7) aku kena pergi UTAR (Universiti Tunku Abdul Razak) pula. Ada masuk pertandingan "MEMORY COMPETITION". Macam2 kategori lah ada, antaranya 'Random Numbers' -> kategori yang aku masuk [malas nak senaraikan banyak2]. Ni member yang ajak masuk. Tapi lepas tengok hadiahnya lagi semangatle ku mau masuk. Hehehe~ *mata bersinar-sinar*

Lepas tu, 17 JULAI pula, persatuan Bahasa Jepun ada buat rombongan ke "Bon Odori Festival" di Shah Alam. Waaaahh~ Perkara yang paling takmo dilepaskan!!!! Mengapa? Sebab mau tengok dan rasa budaya rakyat2 Jepun dan berjumpa dengan orang2 Jepun [jumpa GACKT kan bagus]. Yelah, nak pergi di Jepun terus an tak mampu. So, sertai festival rakyat Jepun di Malaysia jelah. Nasib baik di Shah Alam bolehla banyak juga orang2 Jepun menetap di sini. Eheh, baru ada rasa sayang pada negara xD Selama ni bukan tak sayang tapi takde rasa sangat XD

Monday, June 28, 2010

Frustrated TT TT

Walaupun gol Lampard itu sepatutnya dikira tetapi tidak bermakna jua kerana Jerman telah mendahului banyak dengan 4 mata di depan. Haih~ (-,-) Sungguh tidak bermaya menerima kekalahan England ni. Tapi memang tidak dinafikan England tahun ni memangla teramat-amat.. amat.. amat.. amat.... HAMPES dan TAK BERGUNA bak kata Franz Beckenbauer. Betullah apa yang dikatakan oleh Beckenbauer tu. Mengapa aku setuju statement dia dan mengutuk pasukan kegemaran sendiri? Di bawah ni aku mau nyatakan antara2 sebab-musabab England HAMPES.

* Tak reti nak melawan secara terus dengan pihak lawan. Asal pihak lawan datang je terus passing kat teammate lain. Atleast sekali-sekala 1-on-1 ah sikit beb

* Suka beno aih pemain2 England ni dengan passing the ball ek. Mana taknya dah dekat dengan pintu gol pun ada hati lagi tu nak passing dekat member lain. Perkara ni boleh dibuktikan dalam match England vs Germany, dan banyak kali dilakukan oleh Rooney

* Strikers' England lembab lari. Buktinya dalam match ENG vs GER lagi sekali. Si Defoe tu kejar bola lembab gila. Kalau dia laju lagi sure dapat score terus ke pintu gol. Rooney pun sama je 2x5. Camne ek dia boleh jadi top player dalam MANU???? Bila aku tengok dia main untuk England ni serius memang HAMPES gila. Park-Ji lagi bagus kot permainan dia untuk World Cup ni. Lagi sorang yang lari lembab si Milner. Apa ke bodohnya dah dapat bola lepas tu pula takde siapa jaga dia boleh lak dia dok dribble bola dengan lembab dan teragak-agak nak jaringkan ke tak. Tak ke bangang tu!!!

* Pemain2 yang kononnya macam ayam tambatan pasukan jadi sub / bench je. Lepas tu bila dah kritikal barulah terHEGEH-HEGEH nak guna yang ayam2 tambatan tu

* GERRARD YANG HAMPES! Nak tau mengapa hampes? Pasal tendangan dia ASYIK2 keluar pintu gol, tak kiri kuar kanan tak kanan kuar kiri. Paling banyak tendangan hampes dia yang dilakukan masa dalam perlawanan ENG vs GER

* Defenders yang berterabur dan cepat menggelabah. Bila pihak lawan masuk je kawasan penalti tu mulalah defenders' England menggelabah dan jadi kucar-kacir

Dahlah. Aku malas dah nak taip sebab-musababnya. Padahal ada banyak lagi. Tapi dah takde mood. Tapi yang paling aku rasa punca utama England ni kalah adalah dikendalikan oleh Fabio Capello. Yelah, tahun ni si Fabio tu baru je kendalikan skuad England. Tapi tengoklah! Ada dia berjaya buatkan England dapat masuk ke semi final? Ada?! Sedangkan yang pusingan dalam kumpulan pun England layak ke quarter final pun dengan kelayakan yang sipi2 / nyawa2 ikan je tau! Oh ye, dan juga punca utama England HAMPES ketiadaan pemain lagenda, DAVID BECKHAM, dan juga pemain muda handal, Theo Walcott

Oh alangkah rindunya daku pada zaman kegemilagan England yang mana KETUA PASUKANNYA adalah DAVID BECKHAM dan jurulatih pula Sven-Goran Eriksson. Masa ni jelah England memang betul2 mantap. Yelah mana taknya berjaya dapat masuk sampai ke semi-final.


says "GOODBYE" to ENGLAND

Friday, June 18, 2010

Kongsi Ilmu

Yo (- -)/

Sesiapa yang berminat nak jadi cameraman/woman, ni aku mau kongsi dengan korang pasal teknik2 nak shooting yang betul. But just the basic shooting techniques that I wanna share with you guys because only these I've the knowledge about it. For more details find out by yourself. Takkan dah bagi peha nak betis pula an.


Basic Shooting Technique & Camere Movement :

1) Extreme Wide Shot (EWS) :
- The point of this shot is to show the subject's surroundings.

2) Very Wide Shot (VWS) :
- Much closer to the subject than an EWS, but still much further away than a wide shot.
- The subject is (just) visible here, but the emphasis is very much on placing her in her
environment.

3) Wide Shot (WS) :
- The subject takes up the full frame, or at least as much as possible.

4) Mid Shot (MS) :
- Shows some part of the subject in more detail whilst still giving an impression of the whole
subject.

5) Medium Close Up (MCU) :
- Half away between a MS and a CU.

6) Close Up (CU) :
- A certain feature or part of the subject takes up the whole frame.

7) Extreme Close Up (ECU) :
- The ECU gets right in and shows extreme detail.

8) Cut Away :
- A shot of something other than the current action.

9) Cut In :
- Shows some part of the subject in detail.

10) 2 Shot (Two-shot) :
- A comfortable shot of two people, framed similarly to a mid shot.

11) Over-the-Shoulder Shot (OSS) :
- Looking from behind a person at the subject.

12) Noddy Shot :
- Usually refers to a shot of the interviewer listening and reacting to the subject, although
noddies can be used in drama and other situations.

13) Point-of-View Shot (POV) :
- Shows a view from the subject's perspective.

14) Weather Shot :
- The subject is the weather, usually the sky.
- Can be used for other purposes.

15) Crabbing Shot :
- The term crabbing shot is a less-common version of tracking, trucking and/or dollying.
- These terms are more or less interchangeable, although dollying tends to mean in-and-out
movement whereas the others tend to mean side-to-side movement at a constant distance
from the action.

16) Dolly Shot :
- A dolly is a cart which travels along tracks.
- The camera is mounted on the dolly and records the shot as it moves.
- Dolly shots have a number of applications and can provide very dramatic footage.
- Some professionals prefer the more rigid terminology which defines dolly as in-and-out
movement (i.e. closer/further away from the subject), while tracking means side-to-side
movement.

17) Dolly Zoom Shot :
- Dolly zoom is a cinematic technique in which the camera moves closer or further from the
subject while simultaneously adjusting the zoom angle to keep the subject the same size in
the frame.
- The effect is that the subject appears stationary while the background size changes (this is
called perspective distortion).

18) Follow Shot :
- The Follow shot is fairly self-explanatory.
- It simply means that the camera follows the subject or action.
- The following distance is usually kept more or less constant.

19) Pedestrial Shot :
- A pedestal shot means moving the camera vertically with respect to the subject. This is
often referred to as "pedding" the camera up or down.
- Unlike standard tripods, pedestals have the ability to move the camera in any direction
(left, right, up, down).

20) Pan Shot :
- A pan is a horizontal camera movement in which the camera moves left and right about a
central axis.
- This is a swiveling movement, i.e. mounted in a fixed location on a tripod or shoulder,
rather than a dolly-like movement in which the entire mounting system moves.

21) Tilt Shot :
- A tilt is a vertical camera movement in which the camera points up or down from a
stationary location.
- For example, if you mount a camera on your shoulder and nod it up and down, you are
tilting the camera.
- Tilting is less common than panning because that's the way humans work — we look left
and right more often than we look up and down.


Itulah dia antara teknik2 shooting yang asas. Ok, sekarang mau tunjuk pula contoh teknik2 asas tersebut bagaimana dirakamkan untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Actually this is my assignment of 'Audi Video Editing in Multimedia' subject. Lecturer suruh ambil clip scenes dalam apa2 filem untuk pamerkan teknik2 asas rakaman yang ada dalam filem diambil itu. Oleh itu, aku pun pilih filem "The Dark Knight". Baru tahun ni ku tengok filem ni :D Itu pun gara2 assignment. Kalau tak ntoh bila nak tengoknya. Dahle tengok sehari sebelum hari untuk presentkan assignment ni. Memangle kerja last minute. Tapi aku puas! Yelah biasa kerja last minute hasilnya tidak memberangsangkan. Tapi aku berjaya lakukan menjadikan ianya yang terbaik antara baik. Buktinya, lecturer cakap, "Ok, nice slide presentation". Mana tak aku rasa puas an setelah mengorbankan tidur (tak tidur balik lepas Subuh ; malam tidur je macam biasa) dan makan (lunch hour).
Ini bukan nak bangga ke apa, tapi puas. Faham tak puas? Plus, aku memang suka melakukan kerja yang lebih daripada expectation lecturer & orang lain, dan suka buat yang lain daripada yang lain. Why? Because my way is mine and not like others.

Ok2, ni dia contoh yang untuk fahamkannya dengan lebih lanjut mengenai teknik2 asas rakaman :




Oh ye, ada 2 kesalahan teknik yang ditunjukkan yakni 'POV' & 'Weather shot'. Tapi yang 'POV' shot dah dibetulkan. Cuma yg 'Weather shot' tak dapat nak betulkan sebab dalam filem ni takde tunjuk sangat cuaca yang ada / tak tunjuk sangat langit.


p/s : Entry post yang paling terpanjang antara semua entry post yang telah di-posting-kan XD
Ntah ada orang sudi luangkan masa baca entry post yang ni ke tak (-,-) Kalau ada, sankyu
so much a pasal sudi luangkan masa untuk membacanya.