Saturday, May 08, 2010

3 events happen that near to accident today

Woo~ Tajuk tu sungguh agak creepy kan. Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Ilahi. Allah masih melindungi kami 3 beranak (aku, abah, & abang). Tapi serius wey memang hampir2 gila ah nak menghadapi accident. 3 kali pula tu! Perkara ni terjadi masa perjalanan kami baru pulang dari kampung (ada kenduri di kampung). Kira perjalanan nak pulang ke hometown lah ni.

Insiden pertama :
- Hampir nak berlanggar dengan penunggang motor yang tidak berhelmet pula tu. Masa tu tengah lalu jalan kampung. So lane jalan pun 1 jelah an. Opposite lane kitorang ni ada lori dan kereta. Kemudian tetiba je ada muncul sebuah motor ni mencelah di tengah2 pembahagi jalan tu (tengah2lah antara left & right lane). Kitorang pun brek mengejutlah dah dia tetiba muncul. Orang tu pun menggelabah dah dengan keadaan motor yang sukar nak dikawal dah masa tu. Pendek kata hampir2 nak terjatuhlah. Alhamdulillah dia dapat mengelak gak even dia pun kelam-kabut mengawal motor tu. Muka serius gila nampak sangat cuak do~~~ Itulah tak reti nak sabar kan dah terjadi perkara yang hampir nak accident.

Insiden kedua :
- Ni pun kes sama gak tetiba je muncul juga. Tapi kali ni bukan orang lagi dah. Haa~ Apakah.....????? Bukanlah. Sure fikir yang bukan2 an? Yang kedua ni adalah sejenis binatang yang memang suka tinggal di hutan. Apakah binatang tu? BABI HUTAN! xD
Babi hutan tu dah kena langgar sikit dengan lori di opposite lane kitorang. Tapi babi tu tetap nak teruskan juga jalan even dah kena langgar [kuar semangat perjuangan betul babi hutan ni]. Kemudian kitorang lak ah yang jadi mangsa lepas lori sebelah dah jadi mangsa langgar babi tu. Tapi kitorang sempat brek [another again brek mengejut =___=]. Besar gila babi hutan tu!

Insiden ketiga :
- Ha, yang ni pun sama gak. Tapi yang ni kesian gila pasal binatang yang sungguh comel kena langgar, yakni kucing putih. Mula2, abang aku perasan tau ada seekor kucing putih ni macam teragak-agak nak melintas. Tapi last2 dia ambil keputusan nak melintas gak. Malang tidak berbau kucing tu terkena langgar dengan kereta depan kitorang. Agaknya orang tu pun tak sempat nak mengelak / brek. Kemudian, kitorang pun mengelaklah daripada dilanggar bangkai kucing tu, begitu juga dengan kereta2 di belakang kitorang. Lepas tu, ada bunyi BAM! Abang aku nampak di cermin belakang ada motor kena langgar dengan kereta. Tak perasan camne kena langgar tapi memang motor tu jatuhlah. Agaknya gara-gara semua nak mengelak daripada melanggar bangkai kucing tersebut kot. Tapi kesian ada mangsa kedua lak yang kena langgar. Penunggang motosikal lak tu.

Itulah dia, kejadian2 yang berlaku kepada kami yang hampir membawa ke arah accident. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi sekali lagi diucapkan kerana ianya tidak berlaku betul2.

Lepas tu, masa di highway Seremban, tetiba je layan kejap lagu tamil yang bergenre rock + hiphop. Ni gara2 abang aku ah yang tetiba je stop pilih channel. Ingatkan lagu apa sekali lagu rock + hiphop tamil. Lawak betul. Haih~ (-,-)

4 comments:

SanzoSama said...

Syukoo alhmdllh...selamat korg...
btw,pasal babi utan tuh...Hahahahahaha...kesian gile babi tuh..pe lah naseb die ek....

Tensai7 said...

tu ah pasal. tapi power ah babi tu still nak teruskan melintasi jalan even dah kena langgar dgn lori. siap bleh lari lagi tu wey! lol

k o r o m y s t said...

Ada macam pumbaa dak? (O_o)

SanzoSama said...

XDDDDDD...*gelak guling2*
pumbaa nak carik timon...hahahaha... singa kaki bulat langgar die...Hahahaha...cian btol...XD