Friday, May 21, 2010

Kemarahan yang melampuai batasan!!!!! *jadi super saiyan ke5*

Hoh! Siapakah gerangannya yang bertuah itu? Bukan sorang tau tapi ramai. Dalam 1 kumpulan. Kumpulan ni sememangnya kumpulan yang taktaulah nak kata bangang tapi boleh lulus pula ek serta berpendidikan. Hmm~ Kumpulan ni aku namakannya "SIGNALESS GROUP"!!! So, segala orang2 yang termasuk dalam kumpulan ni dan telah menganiayai aku, mereka itulah yang diBENCI oleh daku. Nak tak nak terpaksa juga membenci mereka ini kerana BETUL2 TELAH MENYUSAHKAN HIDUP AKU!!!! *jadi super saiyan ke5 seperti Goku*

Oleh itu, katakan YA pada ANTI-SIGNALESS ni. Disebabkan orang2 sebeginilah telah mengundangkan kemalangan di jalan raya berlaku. ADA FAHAM TAK wahai kalian semua (PARA MANUSIA YANG SUNGGUH TIDAK SUKA NAK BAGI LAMPU SIGNAL)???!!!! Kenapa ek korang tak suka nak bagi signal????? Bukannya payah benar pun, takat tolak bawah tolak atas je benda alah tu. BUDAK KECIL pun TAHU BUAT tau! Tak malukah kalian semua? Ni semua gara2 sikap MALAS NO.1 yang ada pada diri. Takat nak bagi SIGNAL pun MALAS. Ntah pape tah! Time ambil lesen kenderaan bukan main berhemah lagi bagi SIGNAL. Lepas tu dah lama2, jadi HANCUS! Grrrr~

Mengapa aku begitu marah dengan mereka ini? Kerana mereka adalah PUNCA KEMALANGAN & MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN~~~!!! Oh ye, lagi 1 golongan yang MENYUSAHKAN HIDUP ORANG LAIN -> SUKA PARKING TEPI JALAN YANG TAK SEPATUTNYA DI-PARKING. 2 golongan ni lah adalah orang2 yang paling aku benci!

Buktinya....

Situasi pertama :
BANGI, 18 MEI - Aku tengah pandu di lorong kanan yang sememangnya lorong khas untuk bawa laju sekitar 80-100km/h. Kemudian tetiba je ada sebuah kereta mewah NISSAN SENTRA berhenti secara tetiba. Apa lagi aku pun brek mengejut ah siap berbunyi tayar KEMBARA serek atas jalan dengan kuat SCREEEET!! dan itu adalah kali pertama aku buat brek mengejut tau sepanjang pemanduanku. Yang paling bangangnya lepas aku brek mengejut tu barulah si PEMILIK NISSAN SENTRA tadi nak bagi lampu signal untuk buat U-turn. Tak ke bangang namanya tu! Ha padan muka kena sebijik bangang. Lain kali bila nak buat u-turn ke masuk simpang ke BAGILAH SIGNAL BODO*! Alhamdulillah aku sempat brek. Kalau tak sempat na'uzubillah kemungkinan aku DILANDA KEMALANGAN dek sikap bangang pemilik kereta NISSAN SENTRA tu, dan mungkin juga tak dapatlah aku nak keluar bersama dengan member2 time tu.

Situasi kedua :
McD BANGI, 21 MEI
- Ni berlaku tengah hari tadi. Yang ni kes pasal orang2 suka sangat parking tepi jalan HINGGA MENYUSAHKAN ORANG LAIN TERMASUK AKU! Di McD sebelah PKNS tu adalah satu laluan ni yang sememangnya BUKAN LALUAN SEHALA. Tapi mereka berdegil juga dengan parking di LALUAN 2 HALA tu dengan 1 alasan YANG CUKUP2 MUNASABAH yakni "PENATLAH JALAN JAUH", "PANASLAH NANTI JALAN JAUH2 SEMATA-MATA NAK PERGI McD" dan sekaum dengannyalah. Cukup munasabahkan? *senyum sinis* Mana tak negara Malaysia ni banyak orang yang overweight disebabkan KEMALASAN BERJALAN KAKI, jalan sikit je pun MALAS. Ntah pape tah. Sambung balik. Ha, di laluan tersebut aku pun masuklah dari simpang PKNS nya laluan an bukan yang dari simpang jalan besar. Kemudian aku dah sampai tengah dah ada sebuah GEN2 oren ni pula menyibuk masuk. Ah! Aku peduli apa takmo ah mengalah pasal aku yang masuk dulu. Lepas tu 2 couples Cina yang berada di tepi dengan sorang mamat Kenari (parking di tepi jalan) semuanya backup GEN2 tu. WHAT THE FOOD! Aku masuk dulu so dia ah yang kena undur. Grrrr~ Dah sebab ramai vs 1 an, so dengan PAKSAnya beserta perasaan GERAM + MARAH aku undur belakang dan stay back di tepi dekat simpang kuar tu sementara menunggu kereta2 yang daripada simpang McD berambus dari lorong tu. Semua ni berlaku BERPUNCA KERETA2 yang tak berdosa tetapi PEMILIK2 KERETA yang PARK di TEPI LALUAN tu dengan BOTH SIDE yang BERDOSA kerana TELAH MENYUSAHKAN ORANG LAIN dan AKU! Sementara tengah tunggu kereta2 lain berambus dari situ, tetiba aku kena PIN! bunyi HON yang AMAT SUMBANG daripada kereta BMW di belakang kereta aku. BODO*! TAK NAMPAK KE ADA KERETA2 NAK BERAMBUS KELUAR TU WEY~????!!! Lepas semua kereta dah berambus, aku pun teruskan semula perjalanan menuju ke McD yang tertunggak tadi. Tapi time aku tengah pusingkan KEMBARA ku tu, aku sempat pandang belakang dan tunjuk sebijik BUKU LIMA dekat kereta BMW yang BAJET BAGUS tu! 1st time wey, aku buat camtu dekat orang. Ni bermakna limit marah + geram tu dah memang MENEMBUSI HADnya. Tu mujur aku tayang PENUMBUK, kalau aku tayang yang guna jari hantu tu camne, lagi dahsyat an. Alhamdulillah aku masih waras lagi even kemarahan dah teramatlah melampaui batasannya.

So, anyone please even once don't mess up with me till I totally get angriest. Once someone have make me feel angriest, of course unexpected thing can happen. Believe or not it's up to you. Tapi aku TAKKAN SESEKALI bertindak dengan menyelitkan perkataan serta kelakuan mencarut. I'm not that kind of person.

So, itulah SEBAB-MUSABAB AKU BENCI PADA ORANG2 YANG TAK SUKA BAGI LAMPU SIGNAL & PARK KERETA DI TEPI JALAN

7 comments:

Wahidah Shukri said...

hm tulah, pah pun lg rajin dari diorang kn?
:p
sabo2
rase mcm baca berita pulak xD



hari tu aku penah tgk 1 kete ni kena ludah sbb parking kat tmpt yg xsepatutnya lol

Tensai7 said...

em betul! :D
haha, tapi ni berita yg kasar siap ada dialog kasar lagi xp

ho, bagus org tu. Lain kali aku pun nak perdajalkan gak ah kete2 yg x parking kat tmpt yg x sepatutnya *evil's side looking*

Wahidah Shukri said...

hah ko jgn gedik nak buat pedajal org
bior Allah je yg membalasnya
kita xlayak Pah
:)

Tensai7 said...

aloh, sape srh org tu menyusahkn aku. so,biarlah dia rs gak camne aku rs. barulah adil an. hehehe~ *gelak jht*

Wahidah Shukri said...

suko hati mung la Ipah :/

Tensai7 said...

xdelah, aku xlah sejahat tu lagi takat ni. sbb tiap kali nk jd jht (pedajalkan org lain) sure lps tu aku kena blk xD

k o r o m y s t said...

Owh... lupa lak nak upload satu gambar keta bangang (siap saje close up nombor plet dia lagi muhahaha) masa kat drivethru mcD Bangi. Tu memang hampes giler aaa keta tuh. Konon nak masuk drivethru tapi dok amek laluan keta nak kuar dari mcD tanpa ikut lalun drivethru.

Nanti la upload. Cambest gak rasa kekeke...