Tuesday, May 18, 2010

Hmmm~ *thinking*

"Sebagai orang2 IT terutama orang multimedia kena perlu rajin meneroka sendiri dunia multimedia ni dan selalu up-to-date dengan industri dan informasi terkini. Bukannya hanya duduk diam dan tunggu je ianya datang sendiri. Dalam dunia jugalah kita boleh buat bisnes contoh macam sesiapa yang ada kamera DSLR dia boleh tangkap2 gambar dan jualnya, begitu juga dengan camcoder. Takpun jadi freelancer offer diri untuk projek2 luar yang mendatangkan hasil lumayan" Itu adalah kata-kata daripada seorang lecturer bagi subjek "Audio & Video editing in Multimedia" yang dinasihatkan kepada kami pada kelas beliau pukul 8am pagi tadi.

Hmm~ Lepas dengar kata-kata beliau tu terasa macam mahu jadi seperti beliau menjadi freelancer di mana2 company yang memerlukan khidmat. Tapi bagaimana ek???? (O,o)

Umm, kalau nak buat bisnes dengan jual gambar2 hasil tangkapan dengan menggunakan kamera DSLR takdo lak kamera tu. Camcoder Handycam adalah. Tapi apakah perkara yang boleh dishooting untuk menjadikan shooting tu menarik dan boleh dapat sambutan daripada mana-mana company. Yelah, nanti takdelah aku hanya perolehi sijil akademik je. Nak gak tunjuk ada sijil pengalaman bekerja. Nanti mudah diambil terus jadi pekerja oleh mana-mana syarikat. Bak kata bapa saudarau ku sendiri, "Untuk challenge dengan budak2 Lim Kok Wing & MMU serta UiTM, kenalah rajin involve dalam segala contest yang diadakan terutama contest2 luar. Dan juga, kena sentiasa peka dengan industri masa kini". Hmm, lebih kurang sama kata-kata pakcik ku dengan lecturer ku tadi ek. Teringin tu memanglah dah lama wujudnya tapi BAGAIMANA???? Mau buat apa??? Mau shooting apa & delivered to siapa???? Waaaaaaaaargh~!! Tasukete! (>.<) Tapi memang teringin sangat nak jadi freelancer di waktu study ni dan involve contest2 luar.

3 comments:

k o r o m y s t said...

Tak semestinya shoot video or amek gambar. Freelance ada memacam jenis. Ble jadi freelance editor, writer, designer ... malah game tester pun ada ... tapi rasanya kat luar negara cam amerika jela xD

(ada tak profesion game tester kat Malaysia? nak apply! Huhuhu...)

Tensai7 said...

yolah, masalahnya nak jadi freelancer tu camne????? O_o
dari mana nak dapat task drpd company2????

ntoh, manalah org tau

k o r o m y s t said...

Laaa... google jela xD

Taip freelance jobs in malaysia ke apa ke.

Tak pun buat website pomot diri sendiri sambil kata 'saya wat freelance itu ini blablabla so pada sesape berminat sila hubungi blablabla' ... kat site tuh leh tunjuk portfolio/hasil kerja supaya ada kompeni tertarik nak amek sebagai freelancer ke. Tapi kenala rajin pomot site tuh xD

Tak pun ble je tampal flyers kat memana, dalam toilet awam gak ke hahaha... tulis sesape mau cari freelance camerawoman ke apa ke sila hubungi nombor ini blablabla...

Memacam cara ah. Yang penting usaha dengan nak tak nak jek.