Tuesday, May 11, 2010

Berjaya dah sikit, yossha!

Apa yang berjayanya? O_o

Ha~ apa lagi. Perubahan pada diri sendiri ah beb! Waah, memang berkesan kaunseling yang aku kena bulan lepas tu ek xD

Hari ni bermulanya sem baru, so kelas pun mestilah dah bermula juga an sebab jadual pun dah keluar [jadual FTSI ni sungguh cepat ek. Bagus & rajin betul staff2 FTSI ni (-__-)]. Sa, di bawah ni adalah list2 perubahan yang berjaya aku lakukan di awal permulaan sem baru :

* Datang kelas tak kisahlah ada ke tak. Yang penting datang. Who knows tetiba lecturer masuk ke. Contohnya macam Puan Shikin & Puan Ima -> Memang tak pernah takde ah kalau kelas mereka

* Duduk di depan [semangat gila xD]. Haha, kelas first (8-10am) lagi aku datang je terus pergi duduk di depan. Dah tak duduk jauh2 di belakang sebab aku fikir datang kelas ni untuk belajar bukan untuk tidur/borak/main. Siap sampai duduk berduaan dengan sorang mamat foreigner ni lagi tau [ei2, jangan fikir bukan2. Aku duk tempat biasa perempuannya side. Dia duduk lelaki nya side eh. So jarak antara kami jauh]. Mujur tak kena tangkap basah. Haha. Tapi malangnya kelas cancel (TT TT)
Agak bazir minyak kereta & runtuhkan semangat belajar aku di situ (=___=)

Itulah dia antara perubahan sikit yang berjaya dilakukan akhirnya [alamak, kini diriku mula menjadi skema pula xD]. Walaupun hari pertama sem baru, even berkorban minyak kereta kerana kelas sesi pagi 1 pun takde yang buat, tapi Alhamdulillah di sesi petang ada juga kelas akhirnya siap terus dah ada assignment lagi tu! Memang tak rugi & tak sia2 datang kelas di awal sem ni. Itulah dia, setiap perkara ada hikmahnya. Setiap usaha yang kita lakukan ada hasilnya. Bak kata pepatah Arab -> "Man jadda wa jadda wa man zaroa' asoda" (^_^)

Ini semua pun disebabkan aku ingat balik kata2 nasihat yang diberi dalam kaunseling tu. Kalau tak, mesti kehidupan aku sama je. Bosan ah camtu [patutle aku asyik rasa bosan je]. Tak rasa apa2 perubahan macam kemajuan ke kemunduran ke ke....ntoh. Ha! Tapi ada 1 je perkara yang tak dapat diubah-ubah sampai sekarang. Yakni... to be punctual xD Buktinya even datang kelas tapi tak menepati masa. Datang lambat xD Ni pun solat Isyak baru je nak ditunaikan sebentar lagi xp [ish3, ada ke patut solat Isyak buat pada pukul 12++am ((-__-))]

Azam di sem baru ini -> Mau datang semua kelas except jikalau sakit yang memang tak larat, buat assignments & projek terutama projek ah di awal waktu sebab takmo perkara di sem lepas berulang sekali lagi, dan berikan tumpuan time kelas & kurangkan tidur. Yosh! *api membara di belakang*

4 comments:

k o r o m y s t said...

Duduk depan aa bes. Lecturer ble kenal muka kita. Cam dapat berkat secara tak langsung tuuuu xD

Lagipun voice lecturer lagi clear and kita ble nampak apa yg lecturer tulis dengan jelas.

*duduk depan dalam setiap kuliah muhahaha...*

Tensai7 said...

ok2. pasni org try duk depan je ^_^

SanzoSama said...

Aku lak lately x sempat nak dok depan,ade je org yg chop dulu sume krusi dpn... XDDDD

Wahidah Shukri said...

haha
xhabis lg ko pasal kaunseling tu :p

ok la tu
ubah slow2
pasni bleh try jd punctual pulak
:D